Pelakon dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi nasihat supaya sentiasa meluangkan masa bersama ibu tercinta walau sesibuk mana pun seseorang anak itu.
Menurut Fazley, ketika ini segala teknologi ada dihujung jari dan terpulang kepada kita untuk memanfaatkannya.
“Salam Jumaat semua, kita sering di ingatkan, jagalah ibu kita sehabis baik. Walau sesibuk mana pun kita berusahalah untuk memberikan masa buat ibu kita.
“Kalau dekat kita jengok dan kucup pipinya, kalau jauh jangan sekadar whatsapp, video call agar dapat melepaskan rindu ibu kepada anak, apabila dapat menatap wajah melalui videocall.
“Salam sayang buat ibuku @rsd.umi , salam sayang buat mama anak2ku @azrene_ahmad , salam sayang juga buat ibu mertuaku,” tulisnya.
Perkongsian tersebut dibuat oleh penyanyi lagu Bila April itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju selain turut menitipkan ucapan terima kasih diatas peringatan tersebut.
Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nikah: “Sudah 80 Peratus Persiapan Sudah Dibuat,” – Kamal Adli-Uqasha Senrose Rancang Buat Tiga Majlis, Namun…
Pasangan selebriti, Kamal Adli, 35, dan Uqasha Senrose, 29, bersyukur kerana urusan menjelang hari bahagia mereka dipermudahkan, namun memilih untuk tidak mendedahkan tarikh pernikahan sebenar sehingga ia benar-benar muktamad.
Merancang untuk melangsungkannya di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka untuk majlis akad nikah, bintang drama Setelah Terlafaznya Akad ini juga dijangka mengadakan tiga majlis resepsi.
Bagaimanapun perkara tersebut bergantung kepada situasi semasa ketika ini.
“Ikutkan perancangan, majlis pertama khas untuk keluarga, teman rapat serta media, manakala majlis kedua pula untuk rakan artis. Majlis ketiga pula kami rancang untuk peminat yang banyak memberikan sokonga, insya-Allah,” kata Uqasha.
Sementara itu, Kamal dan Uqasha yang ditemui sejurus program MeleTop pada Selasa turut berkongsi, persiapan hari bahagia itu juga hampir selesai.
“Sudah 80 peratus persiapan sudah pun dibuat. Kita sudah ‘locked’ untuk beberapa perkara misalnya dari segi persalinan kahwin dan makanan yang bakal dihidangkan nanti, insya-Allah.
“Cuma cabaran yang paling besar bagi kami setakat ini ialah jadual kerja. Malah ada ketikanya Uqasha terpaksa uruskan berseorangan kerana komitmen kami berbeza-beza.
“Tetapi tidak mengapa kerana sebahagian besar persiapan, Uqasha yang tentukan,” katanya.
Ditanya mengenai apakah reaksi yang diberikan dua adiknya yang juga pelakon, Nelydia dan Raysha Rizrose, Uqasha memberitahu mereka turut tumpang gembira dan teruja.
“Adik-adik sangat positif dan menyokong. Malah ketika ini mereka sentiasa ada bersama-sama saya selain tawarkan diri teman saya uruskan hal berkaitan kahwin,” katanya.
Uqasa dan Kamal pada masa sama turut berharap agar majlis perkahwinan mereka nanti berjalan lancar sebagaimana yang diharapkan terutamanya alam berdepan cabaran COVID-19.
“Harapan saya, keadaan COVID-19 semakin reda apabila tiba waktu kami diijabkabulkan. Jadi, tiada masalah untuk tetamu merentas negeri.
“Alhamdulillah, banyak perkara yang saya belajar ketika membuat persiapan perkahwinan. Apapun, saya hanya ingin Uqasha gembira kerana dia mempunyai majlis perkahwinan impian.
“Apa temanya, biarlah menjadi rahsia terlebih dahulu, insya-Allah kami akan umumkan apabila tiba masanya,” kata Kamal.
Terdahulu, hubungan dua bintang ini dikatakan mula rapat selepas bergandingan menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad dua tahun lalu dan kemudiannya sekali lagi berpasangan di dalam drama Perempuan Tanpa Dosa pada Oktober, tahun lalu.
Pendedahan pengarah, Michael Ang yang secara gurau ‘memecahkan rahsia’ dalam media sosial yang mendakwa Kamal dan Uqasha sudah menghadiri kursus perkahwinan ketika penggambaran drama Perempuan Tanpa Dosa turut mencuri tumpuan warganet.
Kamal akhirnya melamar Uqasha secara langsung pada Anugerah MeleTOP Era 2020, Disember tahun lalu yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bangkit Miliki 3 Kilang Kosmetik Dan Jenama HAUS,” – Kisahnya Jadi Viral, Bekas Pekerja Bank Ini Pernah Rugi RM2 Juta Buka Kilang, Tapi Rezeki Allah Tak Salah Alamat
Kegagalan sekali hingga mengakibatkan kerugian kira-kira RM2 juta saat kilang kosmetik dibuka bersama suami pada tahun 2016 tidak pernah membantutkan perjuangan usahawan viral, Eiyma Jalil.
Malah episod kegagalan akibat isu kesilapan teknikal bancuhan bahan digunakan dalam produk kosmetik tidak memenuhi piawaian pelanggan itu dilihat sebagai isyarat yang seterusnya menjadi iktibar berguna.
Bagi bekas pekerja bank dan bekas jurusolek artis dengan nama penuh Norazimah Jalil ini, kegagalan itu menjadi titik tolak kepada kejayaannya kini.
Dia hingga kini memiliki tiga kilang kosmetik sendiri dan jenama produk kecantikan, Haus Cosmetics dan banyak kisah suka duka dan perjalanan turun naik usahanya itu dikongsi di aplikasi TikTok bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-41 pada 5 Januari lalu.
@eiyma.jalil Episode 42: Motivasi diri sangat penting untuk kekal positive dan berjaya cemerlang. Selamat datang 2023. Happy birthday to me♥️ #haus #magicpinky #compactpowder #eiymajalil #stressrelief #anxiety ♬ original sound – eiymajalil COSMETIC FORMULATOR
“Hasil duit simpanan, saya berjaya dan nekad membuka kilang kosmetik sendiri sekitar 2016. Masa itu cita-cita besar dan melangit kerana kilang berkenaan menjanjikan formula halal tahap antarabangsa.
“Tapi malang tak berbau, kilang itu kerugian RM2 Juta pada tahun kedua operasi iaitu 2017. Saya termenung dan jatuh terduduk mengenangkan nasib diri. Jumlah kerugian itu bukan kecil anak.
“Namun gagal sekali, bukan bererti gagal selamanya. Tapi kita perlu bangkit, konsisten dan fokus dengan impian yang mahu digapai. Ia bukan sesuatu yang mudah, namun setiap yang terjadi terselit hikmah bermakna,” kata Eiyma.
Menerusi video sama yang sudah pun menerima tontonan lebih 100,000 kali itu, Eiyma mengimbas kembali memori lama pada zaman mudanya.
“Memang rindu zaman dulu kala waktu remaja dan zaman kanak-kanak. Saya anak sulung daripada empat beradik, datang dari keluarga sederhana. Saya pernah belajar di sekolah agama. Lagak saya dulu macam ustazah, jangan main-main.
“Tahun 2000, saya menamatkan pengajian di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Kuantan, Pahang. Kemudian, terus dapat kerja di bank. Tahun 2018 saya berkahwin dengan Azizi Mohd dan dikurniakan tiga cahaya mata.
“Malah saya sempat sambung pengajian ijazah sarjana di UiTM, Shah Alam pada 2019. Masa itu, saya bekerja bank sambil belajar selain jadi jurusolek artis,” katanya yang ketika tempoh itu turut hamil tujuh bulan anak pertama.
Tambah pemilik syarikat GIM Cosmetic Industries Sdn Bhd ini lagi, istilah putus asa tiada dalam kamus hidupnya.
“Saya berusaha bangkit semula memikirkan idea baharu. Allah bagi jalan keluarkan jenama kosmetik Haus pada 2017. Saya, suami, staf dan ejen bertungkus lumus menaikkan jenama ini siang dan malam.
“2020 saya juga mula memberanikan diri membuat lintas langsung di media sosial, walaupun muka saya tak lawa. Saya optimis mengajar masyarakat dan pengguna mengenai bahan, teknologi dan cara cari produk selamat.
“Siang malam lintas langsung, walaupun tak ada orang ‘view’. Selepas beberapa tahun konsisten, ia membuahkan hasil,” katanya lagi.
Eiyma menjelaskan rezeki Tuhan tidak pernah salah alamat.
“Tahun 2021, Tuhan beri nikmat terindah di era pandemik COVID-19 apabila bedak Magicpink Compact terjual 100,000 unit. Taruhan produk baharu, suplemen Beaubright juga berjaya dicetuskan dengan kolaborasi saintis dari Switzerland yang juga pengasas Mibelle Biochemistrry, Dr Fred Zullie.
“Lebih manis kembara perjalanan ini turut diiktiraf anugerah Superbrand dan Nona Superwoman Award. Harapnya akan ada banyak lagi kejayaan manis, kecemerlangan dan terus kaya menyusul selepas ini,” katanya optimis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Pukul Anak Masuk Penjara,” – Habis Pecah Berderai Pinggan Sharifah Shahirah ‘Dikerjakan’ Anak Gadis
Tidak mampu menahan kemarahan apabila anaknya, Allisha Tahir memecahkan pinggan mangkuk apabila diminta membantu di dapur.
Gurau Sharifah Shahirah, kalau dipukul bimbang masuk penjara, namun apabila dimarah seolah-olah tidak lut.
“Geram tahap maxima…nak pukul anak masuk penjara…kata mak garang.
“Marah dah tak lut.
“Haaaa ambik ..pecahkan pinggan …angkat pinggan pun vongokkk.
“Tak suruh nanti tak reti..bila suruh ni jadinya,” tulisnya.
Melihatkan reaksi Allisha yang tersenyum sambil merakam gelagat ibu yang sedang menahan marah menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan netizen. Kata mereka, jika dahulu anak-anak begitu takutkan ibu bapa.
Namun ada juga yang lucu melihat keletah Shiera memarahi anak sulungnya.
Allisya merupakan anak Shiera hasil perkahwinan terdahulunya bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.
Shiera kemudian diijabkabul dengan pelakon Ijoy dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Foto : Instagram Shiera
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI