Pelakon dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi nasihat supaya sentiasa meluangkan masa bersama ibu tercinta walau sesibuk mana pun seseorang anak itu.
Menurut Fazley, ketika ini segala teknologi ada dihujung jari dan terpulang kepada kita untuk memanfaatkannya.
“Salam Jumaat semua, kita sering di ingatkan, jagalah ibu kita sehabis baik. Walau sesibuk mana pun kita berusahalah untuk memberikan masa buat ibu kita.
“Kalau dekat kita jengok dan kucup pipinya, kalau jauh jangan sekadar whatsapp, video call agar dapat melepaskan rindu ibu kepada anak, apabila dapat menatap wajah melalui videocall.
“Salam sayang buat ibuku @rsd.umi , salam sayang buat mama anak2ku @azrene_ahmad , salam sayang juga buat ibu mertuaku,” tulisnya.
Perkongsian tersebut dibuat oleh penyanyi lagu Bila April itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju selain turut menitipkan ucapan terima kasih diatas peringatan tersebut.
Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob