Sejak semalam, nama penyampai radio, Fizi Ali hangat diperkatakan netizen selepas sepotong videonya bersama seorang wanita tular di aplikasi Tik Tok.
Video berdurasi hampir 15 saat itu memaparkan Fizi dan wanita berkenaan mengenakan pakaian sedondon bewarna putih.
Perbualan di antara Fizi dan pemilik akaun Tik Tok, Cyidashahida itu bermula apabila wanita berkenaan memuat naik sebuah video mengenai harapan bapanya yang ingin melihat dia berjaya di dalam kerjayanya terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.
Komen yang ditinggalkan Fizi seolah-olah menunjukkan nada hampa kerana wanita berkenaan dilihat belum bersedia untuk menjalin hubungan serius.
Tidak terhenti di situ, wanita tersebut sebaliknya membalas semula komen berkenaan dengan memuat naik sebuah video yang memaparkan himpunan foto serta videonya bersama Fizi.
Ads
Malah, wanita tersebut turut mengatakan bapanya sudah pasti akan bersetuju sekiranya dia dan Fizi ingin menjalinkan hubungan yang serius.
“Kalau dengan awak, mesti ayah saya setuju,” tulisnya ringkas.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih hampir 1.2 juta tontonan di aplikasi Tik Tok dan telah mendapat reaksi bercampur baur daripada banyak pihak.
Ads
Malah, ada juga segelintir netizen yang beranggapan Fizi seperti terlalu cepat untuk ‘move on’ daripada perkahwinannya yang terdahulu.
Namun begitu, tidak kurang juga mereka yang meninggalkan komen positif dengan mendoakan perkara yang baik-baik.
Ads
Sekadar informasi, Fizi dan bekas isterinya yang juga merupakan pelakon, Shakilla Khoriri telah mendirikan rumah tangga mereka pada 18 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata mereka bernama Ameena Sofia yang lahir pada 14 Mac 2019.
Bagaimanapun, pada Disember tahun lalu, pasangan ini memutuskan untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Tik Tok Cyidashahida & Instagram Fizi Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menjadi hos bersama menerusi program hiburan, MeleTop di samping Nabil Ahmad, penampilan pelakon, Mimi Lana menimbulkan rasa kurang senang di kalangan segelintir penonton.
Ini kerana, persalinan senteng paras lutut yang dikenakan pelakon Cari Aku Syurga itu dikatakan tidak bersesuaian.
Menerusi posting tersebut, ada di kalangan pengguna media sosial yang memberikan pandangan serta nasihat buat Mimi agar mengenakan persalinan yang lebih sopan selepas ini.
Malah, ada di antara reaksi yang diberikan mereka mendapat maklum balas positif daripada Mimi.
Bagaimanapun, ada juga di antara peminat yang memuji keyakinannya di dalam menjadi pengacara dalam program yang bersiaran secara langsung.
Bahkan, ada di antara mereka yang menyifatkan pelakon filem Pusaka ini turut berbakat dalam bidang pengacaraan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos dan penyampai radio, Issey Fazlisham masih belum dapat menahan perasaan sedihnya apabila ibu tercinta, Asiah Haron pergi menhadap Ilahi pada Selasa akibat serangan jantung.
Malah, Issey atau nama penuhnya Fazlisham Mat Hussin turut meluahkan rasa rindunya apabila menatap serta berkongsi foto arwah di Instagram.
“Senyuman ni lah buat aku semangat setiap kali jumpa. Gambar ni 3 minggu sebelum Ma meninggal.
“Datanglah bidadari cantik macam mana pun, tak boleh lawan senyuman ni. Kita jumpa di syurga Ma,” tulis Issey sebak.
Dalam pada itu, Issey juga teringat-ingat akan objek yang sering digunakan arwah iaitu katil dan kerusi.
“Rindu yang tiada noktah. Jujur aku cakap, aku tak boleh tidur dekat rumah Kota Bharu lagi. Masuk jer rumah tu mesti ingat Ma.
“Tambah tambah bila tengok katil Ma dan tengok kerusi yang dia selalu duduk. Kalau buleh mintak, aku nak mintak seminit jah masa untuk kecek dengan Ma,” kongsi Issey sambil disertakan gambar halaman rumah.
Hos dan pengacara, Yana Samsudin ada memuat naik memori foto bersama ahli keluarga di Sarawak menerusi Instagram.
Nyatanya, perkongsian yang dibuat pelakon Wawa Semput itu awal semalam mengundang rasa syahdu apabila ada ahli keluarga yang telah pergi selamanya.
“Tetiba syahdu pula. Rindu Babeh & Tayung. Memori full, scroll la nak delete pic & video , lalu pulak pic ni.
“Tak tahu nak describe camne. Rindu tapi jauh, walaupun jauh tapi sentiasa di dlm doa & hati,” tulisnya.
Kongsi Yana lagi ketika di usia remajanya, dia terimbau perlu kerja keras demi keluarga tersayang.
“Ye lah, zaman muda yana , kena kerja keras nak beli tiket mak abah & adik beradik lain untuk balik sana. Tau lah kan kalau balik time raya Xmas & gawai harga tiket mahal.
“Ok, jangan tertanya yana ni kaum apa pulak. Mak yana muslim convert asalnya Bidayuh Kristian, Sarawak.
“Keluarga mak pribumi Sarawak. Diaorg tinggal dalam komuniti kecik, tanam pokok durian, lada hitam, padi bukit, dan makan hasil bumi.
“Mak pernah cerita kalau diaorg adik beradik masuk hutan nak kemas kebun atau ke kampung sebelah ambil masa 4 hari tau, berjalan kaki redah hutan bukit bukau. Salute lah, diaorang tak sesat pun,” maklumnya.
Pada masa sama, Yana turut berkongsi momen di mana ibunya telah diberi restu oleh kedua ibu bapanya bergelar seorang Muslim.
“Paling Yana salute, Babeh, Tayung & adik beradik mak (Aunty & uncle) beri peluang mak yana pilih jalan hidupnya (muslim) tanpa memutuskan silaturrahim sesama mereka.
“Jika di fikirkan pasal pengorbanan mak, jauh lebih kuat berbanding kami di sini.
“Tinggalkan keluarga, tukar agama dan ikut suami ke Johor. Sampai sekarang setiap kali dia call mak dia, mesti menangis,” jelas Yana yang turut meluah rasa rindu.
“Tapi tu lah, yana tulis ni bukan nak cerita pasal pengorbanan sesapa. Yana nak cerita pasal yana rindu orang orang tua keliling yana. Mendiang Babeh meninggal usia 99 tahun februari 2 tahun lepas.
“Korang tahu kan situasi bila petang orang tua datang berkumpul duk mengopi mengeteh , menyogel sireh depan rumah… menganyam tikar, menganyam bakul, asah parang kebun, bawa balik durian , lada hitam, padi sawah , padi bukit, rambutan & hasil hutan seperti rebung & sayur sayuran.
“Cucu kecik main main kat halaman rumah. Rindunya!!!!!! Ok lah. Tak sanggup nak sambung cerita. Semoga kita semua, mak abah mama abah, atuk nenek mendapat pengakhiran yang baik insyaAllah. Amin,” doa Yana panjang lebar.