Selain pelancaran single terbarunya, Temberang yang kini menjadi trending di media sosial, pada masa sama kecoh mengenai isu salah faham di antara penyanyi Ayda Jebat dan pereka fesyen.
Kisahnya bermula beberapa hari lalu apabila jenama berkenaan memaklumkan menerusi medoa sosial bahawa penyanyi itu tidak meletakkan kredit terhadap pakaian rekaan mereka yang telah digunakan sebagai gambar poster single terbarunya itu.
Terdahulu, penyanyi dan pelakon berusia 26 tahun itu telah meminta penata gayanya untuk memaklumkan kepada pereka fesyen terbabit mengenai kredit yang tidak akan diletakkan dalam promosi awal, termasuk pihak produksi Temberang.
Menjelaskan mengenai perkata tersebut, Ayda ketika ditemui di majlis pelancaran dan mini showcase Temberang di The Starling Mall, Damansara pada Khamis memberitahu, dia hanya mahu melihatnya dari sudut profesional, bukan hanya memikirkan soal sakit hati semata-mata.
“Saya fikir bukan daripada sisi kita punya sakit hati sahaja. Kita fikir positif untuk penata jaga juga. Dia mesti dapat apa yang telah diberikan, takkan lah poster saja atau hanya keluar sekali di Instagram.
“Mereka ada juga tanya sama ada saya nak tukar, sempat lagi. Saya cakap tidak mengapa. Rezeki dia, cuma dia silap langkah sikitlah. Kalau dia okay, saya boleh je. Banyak je baju dia yang saya suka bila tengok di instagram.
“Tetapi bila sudah jadi macam ni, saya tidak terfikir untuk bekerjsama lagi,” kongsi ayda jujur.
Pada masa sama, Ayda turut memberitahu apa yang telah berlaku ini juga adalah sebagai dia mengenangkan hasil kerja orang lain.
“Kalau dia cakap ada artis legenda yang boleh merendah diri, saya pun boleh cakap pereka feysen yang lebih hebat pun boleh merendah diri, sebab saya jelaskan dulu mengapa belum diberikan kreditasi.
“Kita kalau tengok kapsyen orang pun tak nak panjang-panjang. Jadi saya faham. Posting seterusnya baru kita kredit siapa yang sepatutnya,” jelasnya kepada MH.
Bagi Ayda, sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati terhadap mana-mana isu, perkara tersebut boleh dijernihkan secara bersemuka dengan dirinya sendiri.
Temberang sudah mula boleh didapati di semua platform digital bermula 28 Disember ini.
Foto: Instagram Ayda Jebat