Pelawak dan penyampai radio, Ajak mengakui berasa sangat bersyukur kerana sehingga kini kerjayanya sebagai seorang penyampai masih lagi mendapat tempat di hati para pendengar.

Pada masa sama, Ajak turut menyangkal dakwaan segelinitir pihak yang merasakan kehadiran pelawak-pelawak sebagai penyampai radio hanya akan menutup pintu rezeki orang lain.

Jelas Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, tidak kiralah apa pekerjaan anda sebelum ini, sekiranya anda berbakat dan memiliki kritiria-kritiria yang telah ditetapkan, anda sebenarnya layak untuk menjadi seorang penyampai radio.

“Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu bagaimana penerimaan orang terhadap lawak-lawak saya. Buat masa sekarang Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya belum lagi terima komen-komen negatif.

“Cuma kalau nak katakan pelawak-pelawak yang jadi penyampai radio ni sebagai menutup rezeki orang lain, saya rasa tak mungkin.

“Sekali lagi saya ingatkan di sini, tak kisahlah apapun profession anda, kalau dia seorang postman pun dan dia berbakat, saya rasa dia layak untuk jadi penyampai radio,” katanya kepada MH.

IKLAN

“Kalau Dia Postman Pun Dan Berbakat, Saya Rasa Dia Layak,” – Pelawak Jadi Penyampai Radio? Ajak Shiro Sangkal Dakwaan Tutup Rezeki Orang Lain “Kalau Dia Postman Pun Dan Berbakat, Saya Rasa Dia Layak,” – Pelawak Jadi Penyampai Radio? Ajak Shiro Sangkal Dakwaan Tutup Rezeki Orang Lain

Ajak yang juga merupakan penyampai segmen Team Pagi Suria itu berkata sedemikian dalam satu temu ramah bersama MH baru-baru ini.

“Kalau Dia Postman Pun Dan Berbakat, Saya Rasa Dia Layak,” – Pelawak Jadi Penyampai Radio? Ajak Shiro Sangkal Dakwaan Tutup Rezeki Orang Lain

IKLAN

Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang anak ini turut mendedahkan sesiapa sahaja yang ingin menjadi penyampai radio harus menjalani sesi ujibakat terlebih dahulu dan prosesnya tidaklah semudah seperti yang disangka.

“Kita tak boleh nak menafikan bakat-bakat orang lain. Sebenarnya, nak jadi penyampai radio ini dia terbuka kepada semua. Boleh jadi anda seorang pelakon atau pengacara tapi dia kena lepas la dulu sesi ujibakat.

“Nak jadi penyampai radio kena jalani ujibakat juga. Tak boleh nak serkap jarang je. Prosesnya pun susah kerana kita kena tahu cara berkominikasi dengan betul dan peka dengan situasi semasa.

IKLAN

“Saya sebenarnya tiadalah belajar pandai sangat pun cuma cara saya bercakap tu yang buat stesen radio terima. Alhamdulillah saya masih lagi di sisi.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong. Kadang-kadang saya pun gelak sendiri juga,” jelasnya lagi.

Selain Ajak, Team Pagi Suria yang ke udara bermula jam 6.00 hingga 10.00 pagi turut menampilkan dua penyampai lainnya iaitu Issey dan Fizi Ali.

“Kalau Dia Postman Pun Dan Berbakat, Saya Rasa Dia Layak,” – Pelawak Jadi Penyampai Radio? Ajak Shiro Sangkal Dakwaan Tutup Rezeki Orang Lain

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI