Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra di sapa Chef Wan mendedahkan dirinya telah menerima tawaran untuk menjadi hos bagi beberapa buah program television berkaitan kulinari dan travelogue.
Menurut Chef Wan, tawaran tersebut telah diberikan kepadanya kerana para penonton dikatakan sudah mulai rindu untuk melihat kemunculannya di kaca televisyen.
Bagaimanapun, prorgam-program tersebut difahamkan memerlukan komitmen dan waktu yang agak panjang bagi proses penggambaran.
“Direktor Astro Prima mahukan saya mengacarakan progam 22 episod dan disiarkan pada bulan Ramadan. Mereka memerlukan waktu saya selama enam minggu. Januari hingga Febuari menjelajah dalam satu negeri sahaja.
“Pihak penaja mahukan saya juga sebab dah hampir tiga tahun saya tidak menjadi hos untuk program raya. Beberapa hari kemudian, datang pula satu lagi tawaran.
“Mereka mahukan saya muncul di sebuah program komedi travelogue di Jepun. Mereka perlukan dua minggu waktu saya untuk lapan episod. Ketika itu saya tidak berikan sebarang jawapan sebab saya masih perlu menyemak jadual,” tulisnya.
Ads
Tambah Chef Wan lagi, dia sebenarnya agak berat hati untuk menerima tawaran tersebut lebih-lebih lagi selepas mengetahui mengenai penyakit kanser ibunya yang semakin melarat.
“Saya asyik berfikir macam mana nak menjelajah ke tengah-tengah Asia untuk merakamkan program ini sekurang-kurannya tiga hingga empat minggu?
“Dua hari lepas, saya baru diberitahu yang penyakit kanser ibu saya sudah semakin merebak. Saya terpaksa mambuat keputusan untuk tidak menerima tawaran-tawaran di atas.
Ads
“Program jelajah ke Asia itu saya perlu tunda ke bulan May. Saya tidak boleh berikan komitmen pada program tersebut. Ibu saya akan sakit dan memerlukan rawatan yang serius. Saya perlu ada disampingnya,” kongsinya lagi.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi entri terkini di Instagram.
Bagaimanapun, Chef Wan tetap memuji sikap pihak penerbit kerana bersetuju untuk menangguhkan penggambaran pada bulan lain.
Ads
“Bayangkan kalau saya ke luar negara dan ibu saya jatuh sakit, macam manalah saya boleh senang hati nak bekerja kan? Jika dekat macam sejam dua penerbangan, boleh la balik.
“Jadi, saya fikir, keputusan yang terbaik adalah untuk tidak mengacarakan program tersebut demi menjaga ibu saya. Saya juga minta pihak Astro untuk menangguhkan siri jelajah saya ke bulan May atau Jun.
“Mereka bersetuju. Alhamdulillah. Ibu kita ni lah satu-satunya. Duit bila-bila boleh cari jika rajin dan berkemampuan tetapi masa berharga saya dengan ibu, tidak boleh dibeli lagi,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Chef Wan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio Kool FM, Rea atau nama sebenarnya, Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad ada berkongsi pengalaman bersalinkan anak pertamanya, Dhia Madeena yang dilahirkan Julai tahun lalu.
Rea, 33, menerusi Instagram mendedahkan, dia masih ingat akan kesukaran untuk melahirkan anak pertamanya itu, hingga petugas terpaksa meminta bantuan doktor lelaki demi memastikan dia mampu bersalin dengan baik.
“Ingat lagi kejadian dalam OT. Bilik sejuk yang amat. Menggeletar badan non-stop. Tengok doktor borak2 sambil nak keluarkan Dhia Madeena.
“Dah sampai time nak keluarkan Dhia, bayangkan doktor panik! Siap cakap ‘Ya Allah baby kenapa tak nak keluar ni!’.
“Bayangkan masa tu apa yang I rasa. Kalau doktor panic, I double triple panic tapi tak dapat buat apa sebab dah kena bius setengah badan.
“Doktor perempuan yang bedah I siap mintak nurses panggilkan doktor lelaki utk tolong tolak perut I supaya baby keluar.
“At last, keluarlah Dhia Madeena dari perut mommy. Masa tu mmg tak rasa apa2 sbb bius ada lagi. Tapi I nak keluar dari bilik tu cepat2 sebab sejuk yang amat. Sumpah tak tipu. Nurse bagi heater pun tak jadi apa,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut menyifatkan ia sebagai satu pengalaman yang membahagiakan apatah lagi apabila melihat anak membesar dengan baik di hadapan mata.
“Takpe Dhia. Tu semua pengalaman mommy lahirkan Dhia. Tengok awk membesar dengan sihat pun dah hilang semua sakit. Moga Dhia menjadi anak yang solehah dan dirahmati Allah selalu. I love you,” tulisnya.
Rea mendirikan rumah tangga bersama pemain dram kumpulan Drama Band, Faeez Ikhwan Abdul Halim pada 18 November 2018.
Foto: Instagram Rea Kool FM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Azad Jasmin berkongsi situasi menyayat hati apabila memaklumkan dia ada terserempak dengan seorang peniaga yang sanggup meredah hujan demi menjual burger di bahu jalan.
Jelas Azad, sedang kita bersenang lenang di rumah, masih ada orang-orang di luar sana yang bersusah payah meredah panas dan hujan semata-mata untuk mencari sesuap nasi buat keluarga.
Dikesempatan itu juga, Azad turut berharap agar sesiapa sahaja yang melalui kawasan tersebut untuk membeli burger daripada peniaga berkenaan.
“Tolong lahhhhh, sesiapa yang lalu kot area Shah alam, tolonglah budak ni, dia tak mintak duit, dia cuma mintak anda kalau terjumpa dia, belilah burger dia nah.
“Anda bantu dia Allah SWT guarantee bantu anda. Hujan Rahmat, Ya Allah Ku pohon padamu, Jagalah insan ini bersama keluarganya Amin Amin Amin.
“Kita bersenang di rumah, mereka mencari rezeki dalam hujan diluar… #kitajagakita,” katanya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, J Revolusi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Video berdurasi hampir seminit itu nyata mendapat perhatian ramai pihak selepas meraih hampir 200,000 tontonan selain turut dihujani ratusan komen.
Rata-rata netize memuji usaha Azad itu selain turut mendoakan semoga peniaga tersebut akan sentiasa dimurahkan rezeki.
“Aku tengok video ni doakan Allah sentiasa murahkan rezeki rezeki dan kayakan hang supaya lagi ramai hang akan bantu. Keep it up.
“Allahuakbar, sebab tu rezeki hang murah Azad. Sebab hang baik hati. Hat ni yang Allah nak kira pun. Jujur dari naluri hang bantu.
“Allah kesiannya cari rezeki terpaksa redah hujan macam ni. Semoga dimurahkan rezeki keluarga adik ni.
“Ya Allah sedihnya. Demi mencari rezeki berhujan pun takpe. Semoga adik tu dan Abang Azad dikurniakan rezeki yang melimpah ruah seperti air hujan yang turun,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Azad Jasmin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tajul Ariff sudah tampil membuat pengakuan dengan mendedahkan dirinya sudah berkahwin dengan isteri, Nurul Shamieza Eddie, 23, pada 10 Disember 2017 lalu.
Menurut pemilik nama lengkap Tajul Ariff Noor Md Shari seperti yang dipetik mStar, antara sebab utama dia merahsiakan perkara berkenaan kerana bimbang akan kehilangan peminat ketika sedang membina nama dalam industri seni.
Pada masa sama bintang berusia 21 tahun ini juga enggan mencampuri urusan peribadi dengan kerjayanya.
“Ya, memang betul saya sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017. Salah satu sebab saya tidak berkongsi kerana ketika itu saya tengah bina nama, jadi takut hilang peminat.
“Selain itu, saya juga tidak mahu privasi keluarga saya diganggu dan tak nak netizen mula campur adukkan kehidupan peribadi dengan kerjaya seni saya.
“Tapi saya tiada niat untuk sorok atau menipu mana-mana pihak.
“Kalau ikutkan, seluruh keluarga saya, isteri serta pihak pengurusan dan rakan terdekat mengetahui perkara ini,” kata Tajul seperti yang dipetik mStar.
Terdahulu, status bintang berkenaan menjadi tanda tanya ramai dan beberapa hari lalu, portal berkenaan ada mendedahkan mengenai sekeping foto yang dihantar pembaca yang meminta penjelasan serta mendakwa wanita yang didakwa isteri kepada penyanyi itu kini sedang hamil.
Lalu, penyanyi berkenaan turut mengakui isterinya kini sedang hamil lapan bulan dan dijangka melahirkan cahaya mata pertama mereka hujung November depan.
“Memang betul isteri saya sedang mengandung dan kandungannya kini sudah memasuki lapan bulan. Dia dijangka akan melahirkan bayi sulung kami pada hujung November depan.
“Saya berharap semua peminat dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya, isteri dan bayi kami yang bakal lahir. Saya mohon maaf kepada peminat, sejujurnya saya tiada niat untuk menipu anda semua,” pinta Tajul.
Jun tahun lalu, kecoh di laman sosial apabila Tajul dikatakan mengaku dia sudah berkahwin dengan wanita bernama Nurul Syamieza Eddie.
Bagaimanapun, Tajul menafikan perkara berkenaan selain peminat agar tidak salah faham dengan kenyataan yang dikeluarkan tanpa sengaja.
Foto/Sumber: Instagram Tajul/mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan, Ifa Raziah dilaporkan sudah sedar dan kini berada dalam pemantauan doktor di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, selepas pengsan di...