Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra di sapa Chef Wan mendedahkan dirinya telah menerima tawaran untuk menjadi hos bagi beberapa buah program television berkaitan kulinari dan travelogue.
Menurut Chef Wan, tawaran tersebut telah diberikan kepadanya kerana para penonton dikatakan sudah mulai rindu untuk melihat kemunculannya di kaca televisyen.
Bagaimanapun, prorgam-program tersebut difahamkan memerlukan komitmen dan waktu yang agak panjang bagi proses penggambaran.
“Direktor Astro Prima mahukan saya mengacarakan progam 22 episod dan disiarkan pada bulan Ramadan. Mereka memerlukan waktu saya selama enam minggu. Januari hingga Febuari menjelajah dalam satu negeri sahaja.
“Pihak penaja mahukan saya juga sebab dah hampir tiga tahun saya tidak menjadi hos untuk program raya. Beberapa hari kemudian, datang pula satu lagi tawaran.
“Mereka mahukan saya muncul di sebuah program komedi travelogue di Jepun. Mereka perlukan dua minggu waktu saya untuk lapan episod. Ketika itu saya tidak berikan sebarang jawapan sebab saya masih perlu menyemak jadual,” tulisnya.
Tambah Chef Wan lagi, dia sebenarnya agak berat hati untuk menerima tawaran tersebut lebih-lebih lagi selepas mengetahui mengenai penyakit kanser ibunya yang semakin melarat.
“Saya asyik berfikir macam mana nak menjelajah ke tengah-tengah Asia untuk merakamkan program ini sekurang-kurannya tiga hingga empat minggu?
“Dua hari lepas, saya baru diberitahu yang penyakit kanser ibu saya sudah semakin merebak. Saya terpaksa mambuat keputusan untuk tidak menerima tawaran-tawaran di atas.
“Program jelajah ke Asia itu saya perlu tunda ke bulan May. Saya tidak boleh berikan komitmen pada program tersebut. Ibu saya akan sakit dan memerlukan rawatan yang serius. Saya perlu ada disampingnya,” kongsinya lagi.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi entri terkini di Instagram.
Bagaimanapun, Chef Wan tetap memuji sikap pihak penerbit kerana bersetuju untuk menangguhkan penggambaran pada bulan lain.
“Bayangkan kalau saya ke luar negara dan ibu saya jatuh sakit, macam manalah saya boleh senang hati nak bekerja kan? Jika dekat macam sejam dua penerbangan, boleh la balik.
“Jadi, saya fikir, keputusan yang terbaik adalah untuk tidak mengacarakan program tersebut demi menjaga ibu saya. Saya juga minta pihak Astro untuk menangguhkan siri jelajah saya ke bulan May atau Jun.
“Mereka bersetuju. Alhamdulillah. Ibu kita ni lah satu-satunya. Duit bila-bila boleh cari jika rajin dan berkemampuan tetapi masa berharga saya dengan ibu, tidak boleh dibeli lagi,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Chef Wan