Menyingkap semula persembahan pada minggu ketiga, peserta Terpaling Juara, Shaz telah dikritikan hebat netizen gara-gara kesilapan lirik sewaktu membawakan lagu Purnama Merindu dendangan asal penyanyi nomor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menceritakan mengenai situasi sebenar, Shaz memberitahu pada ketika itu, fikirannya tiba-tiba menjadi kosong sehingga dia terpaksa menyebut apa sahaja perkataan yang terlintas agar tidak merosakkan persembahannya itu.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan punca kesilapan saya pada minggu lepas adalah disebabkan saya blank ketika di atas pentas. Sebenarnya, masa mula-mula dapat tahu saya akan membawakan lagu Tok Ti, saya rasa agak gementar kerana bukan semua orang mampu dan berani meenyanyikan lagu beliau.
“Untuk nyanyian biasa mungkin boleh tetapi untuk menyanyi di pertandingan memang sangat mendebarkan. Ketika itu fikiran saya kosong dan perkataan ‘hiasan sanggul’ itu muncul secara tiba-tiba. Saya mengaku itu memang kesilapan saya,” katanya kepada MH.
Lantaran itu, Shaz atau nama sebenarnya Shazreen Shaharum telah membuat permohan maaf secara terbuka dan berharap agar semua pihak dapat memberikannya peluang untuk memperbaiki kesilapannya itu.
Ads
“Jadi, saya ingin memohon maaf kepada para penonton terutamanya para peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Saya sendiri merupakan peminat beliau. Saya tahu saya telah mengecilkan hati ramai pihak kerana ini merupakan lagu kesukaan ramai.
“Berilah saya peluang untuk memperbetulkan kesilapan saya ini,” katanya ketika ditemui selepas tamat konsert minggu ke-4 Terpaling Juara malam tadi.
Pada masa sama, Shaz turut menzfikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya sengaja ingin mengubah lirik dan tidak menghormati penulis lagu tersebut.
Ads
“Saya memang ada menerima banyak mesej daripada netizen sampai saya tak terbaca tapi saya ada juga ternampak komen-komen yang mengatakan saya seperti sengaja mengubah lirik lagu tersebut dan tidak menghormati penulis lirik. Saya menafikan tuduhan.
“Bagi saya, ketika saya blank itu, kalau saya memilih untuk menghentikan persembahan atau berdiam diri, saya bukan sahaja akan menghancurkan hati saya sendiri tetapi juga kapten dan penyokong yang datang dari jauh. Itu lagi teruk.
“Perkataan itu sahaja yang terlintas di hati saya. InsyaAllah saya berjanji untuk tidak mengulangi lagi kesilapan itu,” akhirinya.
Pada konsert malam tadi, Shaz telah membawakan lagu Canggung nyanyian asal Wany Hasrita.
Ads
Selepas dua minggu menggondol gelaran persembahan terbaik, rentak cemerlang itu tidak dapat diteruskan apabila tewas kepada penyanyi senior, Hazami.
Shaz dan penyanyi senior, Rahmat Mega merupakan peserta dibawah bimbingan kapten, Hael Husaini.
Pada konsert minggu ke-4 itu, penyanyi Ifa Raziah menjadi peserta pertama yang mengucapkan selamat tinggal bagi program Terpaling Juara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Shazreen Shahrum
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Rita Rudaini mendedahkan dia sebenarnya tidak pernah terdetik untuk mengungkit kembali soal pemberian nafkah daripada bekas suaminya yang juga merupakan pemain bola sepak, Aidil Zafuan.
Jelas Rita, sekiranya dia mempunyai niat untuk melakukan hal sedemikian, perkara tersebut telah pun dia lakukan sejak dari dulu lagi.
“Saya tak pernah ungkit pasal duit. Kalau saya nak ungkit pasal duit nafkah RM3,000 tu, dah lama dah saya berbunyi. Ni dah tahun 2021, anak saya pun dah 12 tahun tapi saya tak pernah bersuara.
“Saya pun tak pernah pergi ke mahkamah buka fail baru. Jadi tiada isu tetapi pihak di sana yang mulakan dulu. Masa tu dia tak sebut amaun berapa jadi saya pun sebutlah,” katanya kepada MH.
Ketika ramai yang mempertikai mengapa Rita masih menghantar dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna ke sekolah swasta jika dia merasakan wang nafkah tersebut tidak mencukupi, ini penjelasan yang diberikan Rita;
“Ada pula yang kata. Duit RM3000 ni cukup. Bagi yang cukup, cukuplah dia. Tapi betul ke cukup? Kira betul-betul. Walaupun ada yang mempertikai saya hantar anak bersekolah di sekolah swasta. Ada yang cadangkan saya hantar mereka ke sekolah kerajaan.
“Apa ingat sekolah kerajaan seringgit je ke? Sekolah kerajaan sekarang tak macam zaman kita dulu.
“Walaupun sekolah kerajaan, kerja sekolah kena print, kena ada printer dan juga laptop. Zaman kita dulu semua cikgu sediakan tapi sekarang semua kena buat sendiri,” katanya lagi.
Rita berkata sedemikian ketika ditemui sewaktu menjalani sesi penggambaran program MHthrowback, baru-baru ini.
Jelas pelakon filem Mami Jarum ini lagi, antara sebab dia menghantar anak-anaknya itu ke sekolah swasta adalah kerana soal keselamatan dan berkemampuan.
“Saya hantar mereka ke sekolah swasta sebab saya rasa saya mampu. Kalau tak mampu saya pun tak hantar. Tapi tak pernah pun saya nak berlagak.
“Saya pilih sekolah itu sebab ciri-ciri keselamatan dia memang ketat. Bukanlah niat saya nak kata sekolah kerajaan ni tak ketat tapi kita pun nampak macam bila tamat sesi persekolahan, ramai yang duduk di luar pagar.
“Macam di sekolah anak saya, tak boleh berada di luar pagar. Mereka kena ada di dalam kawasan sekolah. Ibu bapa datang ambil dan cikgu pula lepaskan sorang-sorang. Itu yang saya nak sebenarnya,” jelasnya yang turut menyifatkan setiap ibu bapa pastinya punya perancangan masing-masing buat anak-anak.
Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dapat dinafikan, skala seni pelakon Meerqeen kian bersinar sekaligus disebut sebagai antara pelapis generasi baharu yang dilihat bakal memahat nama besar dalam industri lakonan selepas ini.
Menutup hujung tahun lalu dengan satu momen yang manis apabila tersenarai di tangga ke-55 Lelaki Paling Kacak Dunia 2022, Meerqeen atau nama sebenar Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berkata segala usahanya terbalas apabila orang luar sudah mula menyedari kehadirannya.
“Saya rasa dihargai sekarang sebab orang luar dah nampak usaha saya, dah tahu siapa Meerqeen, benda itu buat saya senang untuk bekerja.
“Bagi saya definisi kacak bagi setiap orang berbeza-beza. Sebab pada saya kacak itu apabila seorang lelaki tampil ‘proper’ dalam menjaga imej dan ketrampilan. Jaga penampilan, that’s all,” katanya kepada MH.
Berkongsikan tipsnya dalam menjaga penampilan, anak kelahiran Kuala Lumpur ini berkata kunci kepada semua perkara itu adalah dengan mengelakkan diri daripada berhadapan dengan situasi tekanan.
“Rutin saya setiap hari sentiasa basuh muka, tidur awal, sentiasa jaga pemakanan dan be happy sebab kita tak boleh nak stres sepanjang masa.
“Kalau kita stres nanti kita akan berada dalam mood yang kita tak nak bersiap dan sebagainya. So, just be happy,” katanya lagi.
Sementara itu, ditanya siapakah antara jejaka kacak menerusi kaca matanya sendiri, Meerqeen berpendapat dia pelakon Hollywood, Michael B Jordan serta rakan artis iaitu Hun Haqeem dan Nadhir Nasar mempunyai ciri-ciri tersebut.
Menerusi sesi Ask Me Question di Instagram baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengakui menerima banyak reaksi isteri berdepan suami yang tidak mahu membantu menguruskan kerja rumah.
Menurut Ayda atau nama lengkapnya Nur Suhada Jebat, malas untuk membantu bukan situasi terbaik dalam melayari rumah tangga.
“Dekat igs saya ramai wife jawab yang suami dorang taknak tolong buat kerja rumah, suka main game je.
“Okay. Kalau @nabilmahir main game, ni muka dia tidur. Muka shuben korang camne? Ni pose lepas penat kena tembak dalam game kot.
“Manusia tak sempurna. Terima seadanya. Tapi malas bukan alasan yer. Nak seribu daya, taknak seribu dalih ya abang! Anak nak, makanan sedap nak, kemas sikit tak nak!
“Bangun! Tolong your wife now! Tag shuben korang yang ‘rajin’ tu. #AydaJebat #NabilMahir #LuckyMe,” tulisnya.
Ayda telah sah bergelar isteri kepada pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari lalu dan kini sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka, Oktober depan.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Shukri Yahaya mencuri perhatian ramai apabila berkongsi beberapa keping foto sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini bersama keluarga yang turut memaparkan isterinya, Tya Adnan yang kini tampil mengenakan niqab.