Pelakon drama My Sweet Lavender, Zara Zya, dilaporkan selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di kelenjar air liurnya di sebuah pusat perubatan di Damansara, semalam.

Ramai yang terkejut apabila secara tiba-tiba Zara memuat naik gambarnya yang sedang terlantar di katil hospital dengan bahagian tengkuk berbalut seperti baru selesai menjalani pembedahan.

Menerusi Instagram miliknya menjelaskan dia baharu sahaja menjalani pembedahan yang memakan masa selama tiga jam bagi membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian tepi pipinya.

 

‘Kalau Dibiarkan Boleh Jadi Kanser’ – Zara Zya

Ads

‘Kalau Dibiarkan Boleh Jadi Kanser’ – Zara Zya

Jelasnya lagi, ketumbuhan yang dahulunya kecil semakin membesar dan dia mengambil keputusan untuk membuangnya kerana ia boleh mengakibatkan kanser.

Difahamkan, Zara mula mengalami masalah itu sejak tiga bulan lalu.

Ads

“Kalau dibiarkan ia boleh menyebabkan kanser dan tiada lagi ‘expression’ di wajah Zara,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, Zara memberitahu keadaannya kini semakin stabil dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat mendoakan agar Zara cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Sama-sama kita doakan yang terbaik dan speedy recovery untuk Zara Zya. Amin

Ads

 

Sumber : Instagram Zara Zya

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI