Konsert minggu keempat program Famili Duo pada Ahad menyaksikan lima lagi gandingan keluarga telah pun berentap.
Paling mencuri tumpuan sudah tentu gandingan pelakon, Amyza Aznan bersama anak lelakinya, Adrian Adam yang membawakan lagu Ku Bersuara nyanyian asal, Ernie Zakri dengan baik.
View this post on Instagram
Lontaran vokal mantap serta kemampuan untuk melakukan ‘whistle voice’ sudah cukup untuk Adrian mengejutkan para penonton di rumah.
Malah, barisan juri yang dikendalikan oleh Mark Adam dan Didie Alias turut memberikan reaksi positif terhadap persembahan memukau itu seterusnya menobatkan mereka sebagai ‘Famili Duo Pilihan’ sekali gus membawa pulang wag tunai berjumlah RM10,000.
View this post on Instagram
Sehingga kini, video nyanyian tersebut telah pun meraih hampir 70,000 jumlah tonton di laman Youtube.
Video berkenaan nyata menarik perhatian ramai pihak terutamanya daripada para penggiat seni termasuklah penyanyi asal, Ernie Zakri.
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Amyza turut memasang hajat untuk melihat anaknya itu berkongsi pentas bersama Ernie andai diberikan kesempatan satu hari nanti.
Melihat ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan kemampuan yang dipamerkan oleh Adrian meski pun usianya masih lagi muda.
Selain Amyza, antara selebriti lain yang turut sama berentap pada malam tersebut termasuklah Fauzi Nawawi, Amalina Sharipuddin, Shajiry dan Liza Abdullah. Kesemua mereka bersaing menerusi kategori ibu bapa dan anak.
Terdahulu, program Famili Duo yang dihoskan oleh Uyaina Arsyad boleh ditonton pada setiap hari Ahad bermula jam 9.00 malam di saluran TV3.
Sumber: Instagram Amyza Aznan & TV3, Youtube TV3
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI