Tahniah diucapkan kepada penyanyi Wany Hasrita, 30, yang selamat bernikah dengan lelaki pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, dengan dua kali lafaz, di Glam Hall, Damansara Perdana, kira-kira jam 9.11 malam, hari ini.
Pasangan dinikahkan bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
Pada majlis itu, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian.
Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.
Wany yang popular menerusi lagu Menahan Rindu itu bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
“Alhamdulillah, saya bersyukur majlis pernikahan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Terima kasih kepada mak, ayah, keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat yang tanpa jemu menitipkan doa yang baik-baik buat saya tidak kira untuk kerjaya mahu pun peribadi.
Ads
“Insya-Allah, ini adalah fasa baharu buat saya dan suami. Perjalanan kami masih panjang. Tanggungjawab menjadi isteri dan dalam masa sama bergelar anak seni akan saya cuba berikan yang terbaik. Cuma, selepas ini tentu saja keluarga menjadi keutamaan saya.
“Saya berdoa agar semoga segalanya dipermudahkan. Paling penting juga, saya mohon untuk semua mendoakan yang terbaik buat saya dan suami dalam melayari bahtera perkahwinan ini,” katanya.
Berkongsi mengenai lelaki yang berjaya menambat hatinya yang juga bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak itu, Wany berkata hubungan mereka mula rapat sejak 2019.
“Kalau diikutkan saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi. Ketika itu saya mengenalinya melalui rakan baik saya yang juga sepupunya. Kenal macam tu saja.
Ads
“Waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi. Cuma, pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Jadi, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram (IG) dan banyak berhubung di situ.
“Tidak ada istilah ‘declare’ menjadi kekasih dalam perhubungan kami. Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius,” katanya lagi.
Pasangan sama cantik sama padan itu turut memilih untuk bertunang pada 26 Februari lalu sebelum mengakhiri perhubungan mereka di jenjang pelamin pada hari ini.
“Kalau diikutkan perancangan nak berkahwin dibuat lebih awal, tapi disebabkan jarak kami yang mana dia bekerja di Kuching, Sarawak, masa dan komitmen kerjaya, kami ambil keputusan untuk cari waktu paling sesuai untuk kedua-dua pihak.
Ads
“Ditambah pula kita sudah masuk fasa endemik, jadi kami fikir ini waktu yang tepat,” katanya.
Terdahulu pada majlis pernikahan itu, kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media telah diundang.
Busana kedua mempelai pula mendapat sentuhan pereka Altelia Amani.
Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada 24 Julai depan bertempat di Cheras, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rsmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nampaknya kisah ‘drama’ semakin panas melibatkan pasangan suami isteri, Aepul Drama Band dan Leez Rosli kian hangat diperkatakan gara-gara muzik video lagu Drama dari Drama Band mendapat reaksi pelbagai.
Membalas komen yang ditinggalkan netizen menerusi media sosial di Instagram, isteri kepada vokalis itu ada berkongsi pula cetusan hati.
Leez menyatakan, sudah menjadi lumrah manusia suka mencari kesilapan.
“Berlumba-lumba nak betulkan kesilapan dan dosa manusia lain..kifarah itu,kifarah ini.. sampai terlupa kifarah utk yg sdg rancak menulis itu wujud jgk (REFLECT).
“Yg salah mmg tetap salah.. tp seronok ke mengadu domba dan jd batu api? Konon nak prihatin dgn memberi nasihat tapi dalam x sengaja terlibat jadi batu api plk,” luahnya.
Katanya lagi, setiap komen yang ditulis seolah-olah menempah tiket untuk bersama di ‘sana’ nanti.
“Seronok yer bergaduh dlm comment2 Instagram sampai terlupa tutur bahasa masing2? Klu mcm tu,anda jgk menempah tiket bersama di ‘sana’ nanti..membuka aib itu adalah membuka rahsia yg tersembunyi (jika hakak silap,maafkan hakak) jd,rahsia apa sebenar nya yg dibongkar kan oleh mereka2 yg anda katakan bersalah..?”
Meskipun dipujuk untuk membuka ruangan komen, dia tetap enggan malah menyelar tindakan sesetengah pihak yang hanya pandai mengkritik.
“Sama jgk dgn abg Bang Bang tu, konon kupas issue tp x tanya pun mana2 pihak dulu.. scroll la blk video2 awk.. kritik sana, kritik sini.. seronok jd hero segala bawang.. ? to those yg penasaran DM2 suruh akk bukak blk ruangan comment di ig hakak,plz duduk diam2.. muhasabah diri sama2.. yg dah DM memberi nasihat, hakak terima dgn hati yg terbuka..Rasulullah SAW bersabda;
“Tidak akan masuk syurga orang yang melakukan namimah” (HR Bukhari dan Muslim),” kata bekas pelajar Akademi Fantasia ke-4 ini.
Terdahulu, muzik video Drama Band berjudul Drama mendapat kritikan pelbagai pihak apabila dikatakan menyindir beberapa selebriti yang terlibat dalam kontroversi.
Foto – Instagram Leez Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Senarai 12 lagu yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-37 menyaksikan pertembungan lima pemenang vokal terbaik sepanjang anugerah itu dianjurkan.
Antara yang layak ialah lagu nyanyian dan ciptaan Ernie Zakri berjudul Korban, Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Dayang Nurfaezah & Amir Masdi (Debu) dan Liza Hanim & Shila Amzah (Bahagiakan Dia).
Selain lima lagu itu, tujuh lagu lain yang layak ialah Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar, Satu Malam Di Temasek (Joe Flizzow & Sonaone), Nang (Iman Troye), Mainan (Naim Daniel), Payung Pelangi (Noki & MK K-Clique), Sengsara (Khai Bahar) dan Irama (Shiha Zikir).
Kesemua lagu itu diadili barisan juri profesional iaitu Damien, LY, Azlan Abu Hassan, Jenny Chin, Cikgu Shafi dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.
Menurut Mokhzani, AJL kali ini merupakan antara cabaran terbesar daripada pihak juri untuk memilih memandangkan kesemua 30 lagu yang bertanding memiliki keistimewaan tersendiri.
“Ini muzik-muzik paling sukar untuk pilih 12 lagu untuk mara ke peringkat akhir.
“Sebab semua genre dicampurkan dan untuk beri pengiktirafan kepada semua lagu, kami tak boleh lihat kepada satu-satu genre sahaja.
“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan pemilihan akhir ini sebab kriteria bukan hanya bersandarkan kepada lagu dan penyanyi semata-mata.
“Lirik dan melodi memainkan peranan besar dan penyanyi pula adalah perantaraannya,” katanya.
Mokhzani ditemui pada sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Sabtu.
AJL37 bakal bersiaran secara langsung pada 12 Februari depan di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebentar tadi, akaun Instagram program berita nombor satu negara, Buletin TV3 mengumumkan mereka bakal mengundang semula penyampai-penyampai berita lagenda tanah air untuk kembali bersiaran bermula 26 Mei hingga 1 Jun ini.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan itu, kesemua nama-nama besar ini dijemput semula sebagai penyampai berita bagi menjayakan sebuah projek istimewa bersempena ulang tahun TV3 yang ke-38.
“Penyampai berita legenda akan kembali bersiaran dalam Buletin Utama, setiap hari dari 26 Mei sehingga 1 Jun 2022 sempena Ulang Tahun TV3 ke-38.
“Nantikan kemunculan mereka!,” tulis pengendali akaun tersebut.
Antara wajah-wajah penyampai berita yang dikongsikan di dalam poster adalah seperti Zakiah Anas, Fuad Abdul Rahman, Zainal Ariffin, Nurfarahin Jamsari, Azmi Aziz, Ezzah Aziz Fawzy dan Azura Karim.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja selain turut mengimbau kembali momen-momen sewaktu zaman kegemilangan penyampai-peyampai berita ini
“Lagenda TV3. Membesar dengan diorang ni.
“Menggamit kenangan zaman 90-an.
“Rindu nak dengar lunak suara mereka.
“Semua best. Sebab hari-hari abah dok tengok Buletin Utama TV3.
“Wah, tak sabar nak tengok ni. Membesar dengan tengok berita dari mereka semua. Love sangat.
“Welcome back senior,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, stesen televisyen, TV3 bakal menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-38 pada tanggal 1 Jun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram TV3 & Zakiah Anas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!