Selepas menerbitkan filem Seandainya Kau Ada, syarikat penerbitan juga penerbit drama Ayahanda, Zeel Production merancang untuk membawa karya kisah benar nukilan Allahyarham Azizi Abdullah itu ke layar perak.

Kata penerbitnya, Fadzil Teh, usaha untuk merealisasikan projek terbabit didorong sambutan baik ketika drama berkenaan disiarkan menerusi slot Lestary TV3 tahun lalu.

“Kalau Dipermudahkan, Kita Mahu Kekalkan Pelakon Sedia Ada,” – Drama ‘Viral’ Ayahanda Bakal Difilemkan, Ini Kata Penerbitnya “Kalau Dipermudahkan, Kita Mahu Kekalkan Pelakon Sedia Ada,” – Drama ‘Viral’ Ayahanda Bakal Difilemkan, Ini Kata Penerbitnya

“Kita baru nak ‘pitching’ usaha mengangkat drama itu ke pentas filem. Insya-Allah kalau semua dipermudahkan, kita mahu kekalkan pelakon sedia ada.

“Berkemungkinan versi filem ini masih mengambil sentuhan novel dan kita ubah mengikut keperluan semasa,” katanya.

Fadzil menambah, sekalipun membawa tema berat, ia meraih maklum balas positif penonton yang sekali gus berjaya menjentik emosi ramai.

“Di bawah arahan Datuk Ahmad Tamimi Siregar dengan skrip dihasilkan Maizura Mohd Ederis dan Wan Mahani Wan Hassan, drama itu berjaya memaku penonton TV3.

Ads

“Episod akhir drama ini yang disiarkan 31 Julai lalu, ditonton empat juta orang, mengikut sumber Nielsen,” katanya.

“Kalau Dipermudahkan, Kita Mahu Kekalkan Pelakon Sedia Ada,” – Drama ‘Viral’ Ayahanda Bakal Difilemkan, Ini Kata Penerbitnya“Kalau Dipermudahkan, Kita Mahu Kekalkan Pelakon Sedia Ada,” – Drama ‘Viral’ Ayahanda Bakal Difilemkan, Ini Kata Penerbitnya

Dalam pada itu, sebagai permulaan, drama itu akan dihasilkan dalam format telefilem istimewa raya terlebih dahulu bagi siaran Syawal kelima  di TV3 jam 9 malam.

“Format telefilem ini kita hasilkan selama dua jam. Lokasi bagaimanapun hanya akan dibuat dibuat di Selangor kerana kekangan masa dan masalah tarikh bercanggah membabitkan artis.

“Jadi tak dapat lakukan penggambaran di lokasi seperti drama ini iaitu di Perlis. Insya-Allah penggambaran akan bermula 17 April ini.

Ads

“Kita akan mengekalkan pelakon asal seperti Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Jalil Hamid, Noorkhiriah, Fikry Ibrahim, Hairi Safwan, Shah Jaszle, Rita Nadira dan ramai lagi.

“Akan ada juga penampilan istimewa pelakon wanita yang akan menjadi watak menantu kepada Hajah Noriah yang dilakonkan Ogy,” katanya.

Dalam pada itu, Fadzil juga bersyukur kerana drama berkenaan turut disenaraikan dalam pencalonan awal bagi empat kategori di Anugerah Telenovela 2022.

“Drama ini bersaing dalam pencalonan awal kategori Telenovela Popular dan Novel Popular. Malah Ogy dan Jalil juga berentap dalam kategori pelakon dan gandingan serasi,” katanya.

Ads

“Kalau Dipermudahkan, Kita Mahu Kekalkan Pelakon Sedia Ada,” – Drama ‘Viral’ Ayahanda Bakal Difilemkan, Ini Kata Penerbitnya“Kalau Dipermudahkan, Kita Mahu Kekalkan Pelakon Sedia Ada,” – Drama ‘Viral’ Ayahanda Bakal Difilemkan, Ini Kata Penerbitnya

Dalam perkembangan lain, produksinya juga sedang mencari bakat pelakon wanita baharu untuk membintangi drama muzikal terbaru yang akan disiarkan di TV3 kelak.

“Pencarian bakat wanita ini terbuka kepada semua bangsa, agama, saiz dan warna kulit. Bonus jika mereka boleh menari, menyanyi, bermain alat muzik dan aktif di media sosial.

“Syarat yang ditetapkan dari 18 hingga 26 tahun. Mereka juga tak perlu satu juta pengikut di media sosial kerana kita utamakan bakat baharu. Bakat ini tentunya tak ada pengikut ramai,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/oaroBHHqN-A

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI