“Kalau Drama TV Lebih Dari Itu, Okay Je,” – Muat Naik Video Mesra Bersama Seorang Wanita Di Kedai Makan, Ini Penjelasan Aliff Syukri

Share

Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri mengakui kecewa dengan sikap segelintir pihak yang mempersoalkan mengenai video terbarunya yang dimuat naik di laman Instagram.

Video berdurasi hampir dua minit itu memaparkan adegan mesra Datuk Seri Aliff bersama seorang wanita di sebuah restoran.

Rata-rata netizen menganggap kelakuan bapa kepada enam orang anak ini seolah-olah seperti tidak menghormati perasaan isterinya, Datin Seri Shahida.

Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Datuk Seri Aliff menjelaskan video tersebut hanyalah sebahagian daripada plan promosi bagi jenama tudung keluaran syarikatnya.

Katanya lagi, dia dan isteri tidak mempunyai sebarang masalah seperti yang digembar-gemburkan oleh segelintir pihak.

“Astafirullah, apa masalah Rakyat Malaysia ni? Saya tak tahu apakah masalah kat video tu sampai kecoh sangat. Kalau drama tv lebih dari itu okey jerr.

“Syukur kami baik-baik sahaja. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf ada menyebabkan anda terasa dan sebagainya. Video tu hanya iklas pengajaran untuk promo koleksi terbaru primadona @as.hijabofficial,” tulisnya.

Tambah usahawan yang pernah muncul menerusi single, Cuba Bahagia itu lagi, sekiranya masyarakat di luar sana masih lagi tidak berpuas hati dengan kenyataannya, dia akan memuat naik video di sebalik tabir pembikinan posting berkenaan.

“Niat saya sekadar nak kongsikan tudung sahaja. Korang rasa patut tak saya posting video behind the Scene. Untuk korang tngok siapa sebenarya orang yang korang kutuk dalam video tu?

“Kalau ramai komen di bawah “nak”, lebih daripada 100 komen, saya akan posting.
Terima Kasih,” jelasnya lagi.

Terdahulu, video yang dimuat naik pada Sabtu itu telah pun berjaya meraih lebih 500,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.

Sumber: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

Published by
Aizam Manaf