Pelakon dan pengacara, Ain Edruce menjelaskan majlis merisik yang dijalankan pada minggu lalu bertujuan untuk mempertemukan ibu bapa kedua belah pihak terlebih dahulu dengan lebih intim.
Menurut Ain, keserasian keluarga kedua belah pihak amatlah penting sebelum melangkah ke peringkat yang seterus
“Selepas buat majlis merisik, baru saya terfikir kenapa saya tidak bertunang terus sebab semua orang fikir saya bertunang.
“Tapi sebenarnya kedua ibu bapa saya pun belum pernah berjumpa dengan keluarga Amirul. Jadi, kami putuskan untuk mempertemukan mereka terlebih dahulu.
“Saya ini jenis family girl sikit dan kalau famili saya tidak dapat menerima famili Amirul agak susah sikit nanti.
“Jadi bila saya dah tengok kedua family bertemu dan berborak bersama-sama, Ain rasa happy dan tenang sangat,” katanya kepada MH.
Ain berkata demikian ketika ditemui selepas tamat mengacarakan acara karpet merah AME 2019 di Axiata Arena pada malam Ahad.
Ketika ditanya bila majlis pertunangan akan berlansung, ini jawapan yang diberikan oleh pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu.
“Kami rancang untuk bertunang InsyaAllah pada raya nanti iaitu pada bulan Jun.
“Tapi majlis perkahwinan masih lagi dalam berbincangan sama ada akhir tahun ini atau pun tahun hadapan,” jelasnya lagi.
Foto: Instagram Ain Edruce
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI