Penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah, Aina Abdul mengakui pernah menjalin hubungan cinta dengan lelaki berdarah kacukan Malaysia-Filipina, namun hubungan tersebut terhenti di tengah jalan selepas masing-masing membawa haluan.

Pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani berkata, sejak putus cinta dengan jejaka berkenaan, dia belum terfikir untuk mencari pengganti sehingga hari ini.

“Lepas putus, kami tak berhubung dan masing-masing bawa haluan. Saya akan cuba untuk ingat memori lama, mahu rasa kesedihan itu, jadi saya tengok Instagram dan Facebook dia.

“Dia kini dengan siapa dan jika ada gambar bersama wanita lain dengan gaya mesra, mungkin dia sudah temui penggnati saya,” kata Aina kepada MH.

Hubungan cinta yang berakhir kira-kira dua tahun lalu menjadikan penyanyi berusia 27 tahun ini semakin matang, termasuk dari segi penghasilan lagu.

IKLAN

“Semua lagu saya adalah berkaitan dengan kisah peribadi saya. Lagu Sumpah itu juga kisah cinta saya sebelum ni.

“Saya dah lama single dan selesa status begini. Mungkin apabila saya single, saya ada banyak idea untuk buat lagu.

“Karier saya baru nak bermula, jadi kalau saya hanyut dengan percintaan, saya takut tak ada masa.

“Jadi saya lebih selesa berkawan dengan semua orang buat masa ini,” jelasnya.

IKLAN

Aina akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 pada Ahad ini mempertaruhkan lagu Sumpah hasil ciptaannya sendiri.

Terdahulu, Aina ditemui di majlis pelancaran kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep di IOI Mall, Putrajaya pada Jumaat.

IKLAN

Bertemakan Realisasikan Impian Anda, kempen tersebut bakal memilih 12 pemenang bertuah untuk ke 12 destinasi pelancongan menarik selama tiga hari, dua malam di Bali, Hanoi, Jeju, Istanbul, Sydney, Beijing, Tokyo, Perth , Maldives, Jeddah, Almaty dan Borocay.

Pertandingan tersebut akan berlangsung setiap bulan untuk 12 bulan berturut-turut.

Maklumat lanjut, boleh layari www.nuprep.com.my

“Kalau Hanyut Dalam Percintaan, Saya Takut…,” – Aina Abdul Dedah Cerita Putus Kasih Dengan Jejaka Kacukan Filipina-Malaysia “Kalau Hanyut Dalam Percintaan, Saya Takut…,” – Aina Abdul Dedah Cerita Putus Kasih Dengan Jejaka Kacukan Filipina-Malaysia

Foto : Instagram Aina Abdul

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI