Menerusi temubual bersama pasangan pengantin baru, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana akhirnya membuka mulut berbicara soal video akad nikah yang tular di laman sosial minggu lalu.

Meminta maaf andai perilakunya di hari bahagia menimbulkan reaksi kurang senang sesetengah pihak, namun Ardell kecewa apabila netizen berterusan mengecam sehingga mengaitkan dengan soal malam pertama.

Saya minta maaf atas video yang tular sehinggakan ada pihak mengatakan saya cacat, timbul video parodi dan parkinson.

“Sebenarnya saya tiada niat. Walaupun kami berdua pelakon, namun detik istimewa suami lafaz akad ‘aku terima nikahnya’ membuatkan  kehidupan saya saat itu berubah.

“Saya mengidap anxiety dan tekanan yang sangat teruk, saya tidak boleh dikelilingi oleh orang ramai. Ketika itu semua perasaan timbul, nak marah pun ada.

IKLAN

“Kalau ikutkan hati saya mahu lari sebelum majlis. Saya memang tak mahu berkahwin kerana diserang panik.

“Itu yang sering terjadi. Sampaikan ada yang menyentuh isu malam pertama dan itu membuatkan saya bertambah tertekan.

“Setelah selesai bernikah, saya takut untuk keluar rumah. Pernah terjadi saya dan suami keluar untuk makan di Shah Alam, ada sekumpulan individu yang merakam gerak geri kami dan ketawa besar,” ulasnya tenang.

IKLAN

Nadzmi Adhwa turut meluahkan kekecewaan dan berharap agar netizen berhenti mempersendakan isterinya.

Sejujurnya sepanjang berkawan, kami tidak pernah bersentuhan. Saya juga gementar saat akad nikah. Saya sedih kerana kami membina masjid dan masyarakat persendakan kami.

IKLAN

“Kami tidak salahkan sesiapa kerana tidak menjangka ia akan tular. Saya tidak suka orang berkata yang bukan-bukan kepada isteri saya,” katanya.

Pasangan ini diijabkabul pada 1 September 2019 di kediaman keluarga Ardell atau Nurul Hidayah Mohd Amin.

Foto : Instagram Mingguan Wanita

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI