Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran isterinya Zira Ayub yang ke-36.

Dalam ucapan tersebut, Nabil memanjatkan rasa syukur kerana dikurniakan pasangan hidup yang sentiasa sabar dan menerima baik buruknya sebagai seorang suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

“Selamat hari lahir wahai bini ku Zira Ayub. Terima kasih terima aku sebagai suami. Kalau ikutkan hati awak, dah lama saya jadi duda tapi alhamdulillah Allah letak kesabaran dalam hati.

“Saya dan anak-anak syukur sangat kita masih bersama berlima dan in sha Allah kalau awak sabar sikit lagi, sampai kita tua ya,” tulisnya.

Nukilan penuh makna itu dikongsikan sendiri oleh pengacara program Meletop itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

“Kalau Ikutkan Hati You, Dah Lama I Duda,” – Indah Nukilan Nabil Ahmad Buat Isteri Tercinta “Kalau Ikutkan Hati You, Dah Lama I Duda,” – Indah Nukilan Nabil Ahmad Buat Isteri Tercinta

Ads

Dalam pada itu, Nabil turut memanjatkan doa agar isterinya itu sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjaga keluarga serta kedua ibu bapanya.

“Saya doakan Allah beri awak kesihatan berpanjangan supaya awak ada kekuatan untuk jaga mak dan abah awak dan boleh terus jadi adik kesayangan abang dan kakak awak.

“Dan semoga Allah terima semua amalan awak untuk jadi bekalan di akhirat,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti terharu dengan ucapan manis tersebut selain turut mendoakan semoga Nabil dan isteri kekal bahagia hingga ke syurga.

Ads

“Ala, sweet betul apa yang awak tulis ni.

“Kalau sudah pelawak, apapun dia kongsikan tetap lawak bagi kita.

“Selamat hari lahir. Semoga kekal hingga ke syurga.

Ads

“Sampai herot muka Zira kena cium. Muka isteri annoyed kena cium macam tulah,” antara komen-komen netizen.

“Kalau Ikutkan Hati You, Dah Lama I Duda,” – Indah Nukilan Nabil Ahmad Buat Isteri Tercinta

Sekadar informasi, Nabil berkahwin dengan Nazirah Ayub pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Nayla Mikayla, Leyla Medyna, dan Mishall Imani.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nabil Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI