Sebelum ini, tular di laman sosial apabila peserta Big Stage 2022, Sofiaa Marieylla mendedahkan yang nama sebenarnya ialah Siti Mariam, hingga meninggalkan reaksi pelbagai netizen.
Ini kerana, ada yang mempertikaikan kenapa nama asalnya jauh berbeza jika mahu dibandingkan dengan nama komersialnya, Sofiaa Marieylla.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, dia yang sinonim disapa ‘Mummy Jerung’ menjelaskan pemilihan nama pentas itu adalah kerana kesesuaian.
“Sebenarnya, saya sudah mula membuat persembahan sejak saya di bangku sekolah lagi. Sekitar usia 16 tahun, saya banyak menyertai pertandingan menyanyi di peringkat daerah dan juga negeri.
“Jadi, ketika itu saya rasa macam tak sesuai pula untuk menggunakan nama Siti Mariam sebagai nama pentas. Jadi, saya mula terfikir untuk menggunakan nama lain,” katanya.
Menurutnya lagi, nama Sofiaa itu dijumpai secara kebetulan ketika dia membaca buku dan menonton video.
“Masa itu, saya ada baca buku dan menonton video. Kemudian ternampak nama Sofiaa. Jadi, saya fikir, sedap juga nama ni.
“Kemudian Marieylla pula macam dekat dengan Siti Mariam. Lalu, saya putuskan untuk menggunakan nama Sofiaa Marieylla sebagai nama pentas,” katanya lagi.
Dia pada masa sama ada sebab lain mengapakah menggunakan nama pentas tersebut.
“Bagi saya, Siti Mariam itu nama yang baik, sebab nama itu nama ibu Nabi Isa kan. Jadi, kalau saya viral atau jadi apa-apa, saya tak mahu nama itu dikecam,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/hNmqkJiXUPc
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI