Penyanyi Elly Mazlein memaklumkan dia akan berehat daripada kerja apabila usia kandungannya memasuki bulan kelapan.

Elly yang mersa disapa Kak Lina kini sedang lima bulan hamil anak kedua.

Menurutnya lagi, selagi dikurniakan kesihatan dan kemampuan untuk bekerja, dia akan terus bekerja seperti biasa.

“Kalau Jantina Saya Rahsiakan dulu,” – Elly Mazlein Bercakap Soal Anak Dalam Perut, ’Stop’ Kerja Bila Kandungan Masuk Bulan ke-8

“Kalau Jantina Saya Rahsiakan dulu,” – Elly Mazlein Bercakap Soal Anak Dalam Perut, ’Stop’ Kerja Bila Kandungan Masuk Bulan ke-8

“Setakat ini, kerja masih berjalan seperti biasa. Insya-Allah, saya akan mula berehat apabila kandungan saya sudah masuk usia lapan bulan,” katanya memetik Harian Metro.

Ads

Masih belum bersedia untuk mendedahkan jantina anak yang bakal lahir, Elly yang kini popular menerusi lagu Dusta Cinta itu meminta ramai agar kandungannya kali ini dipermudahkan.

“Kalau jantina, saya rasa saya rahsiakan dulu. Bila tiba masanya nanti saya akan kongsikan.

“Apa yang penting adalah doakan proses kehamilan saya berjalan lancar,” katanya yang masih melakukan beberapa komitmen kerja pengacaraan.

“Bagaimanapun, kerja pengacaraan yang dirakam dalam studio masih berjalan seperti biasa dan jadual saya untuk pengacaraan pun agak padat sehingga Ogos depan,” katanya.

Ads

“Kalau Jantina Saya Rahsiakan dulu,” – Elly Mazlein Bercakap Soal Anak Dalam Perut, ’Stop’ Kerja Bila Kandungan Masuk Bulan ke-8 “Kalau Jantina Saya Rahsiakan dulu,” – Elly Mazlein Bercakap Soal Anak Dalam Perut, ’Stop’ Kerja Bila Kandungan Masuk Bulan ke-8

Dalam perkembangan lain, Elly kini mengacarakan program hiburan terbaru TV3, Sumbang Suara.

“Ia adalah program hiburan yang sangat santai. Apa yang boleh saya katakan, program ini berbeza kerana ia mencari penyanyi bersuara sumbang.

“Dari segi pengacaraan pun, program ini tidak terlalu berpandukan skrip seperti program lain, sebaliknya lebih kepada borak seperti di kedai kopi,” katanya.

Ads

Selain Elly yang bertindak sebagai pengacara, Sumbang Suara turut menampilkan dua juri tetap iaitu Datuk Awie dan Hazama.

“Kalau Jantina Saya Rahsiakan dulu,” – Elly Mazlein Bercakap Soal Anak Dalam Perut, ’Stop’ Kerja Bila Kandungan Masuk Bulan ke-8 “Kalau Jantina Saya Rahsiakan dulu,” – Elly Mazlein Bercakap Soal Anak Dalam Perut, ’Stop’ Kerja Bila Kandungan Masuk Bulan ke-8 “Kalau Jantina Saya Rahsiakan dulu,” – Elly Mazlein Bercakap Soal Anak Dalam Perut, ’Stop’ Kerja Bila Kandungan Masuk Bulan ke-8

Program ini ditayangkan setiap Ahad jam 10.30 malam sebanyak 13 episod.

Setiap minggu, lima peserta berentap dan seorang peserta akan diumumkan sebagai juara mingguan.

https://youtu.be/3MLjyrxZDyc

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI