Ketika ini, drama terbaharu, Salju Rindu Di Bumi Aukland menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Selain keserasian yang ditunjukkan pasangan pelakon yang kini sedang hangat bercinta iaitu, Keith Foo dah Riena Diana, watak antagonis yang dilakonkan oleh pelakon senior, Shamsul Ghau Ghau turut menarik perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Shamsul mendedahkan dirinya menerima pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata geram dengan watak Talib yang juga merupakan bapa kepada Salju yang dilakonkan oleh Riena.
Katannya lagi, dia juga ada menerima cacian daripada netizen dek kerana terkesan dengan lakonannya di dalam drama berkenaan.
“Macam-macam maklum balas yang Pak Su terima daripada watak Talib dalam drama Salju Rindu Di Bumi Aukland.
“Ada yang memuji, mencaci dan tak kurang juga yang membenci Pak Talib,” tulisnya.
Ads
Pada masa sama, Shamsul memaklumkan dirinya tidak terkesan dengan komen-komen sedemikan sebaliknya menganggap dia telah memenuhi tuntutan daripada pengarah.
“Kata pengarah, kalau orang membenci Pak Talib, bermakna watak itu menjadi,” kongsinya lagi.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji mutu lakonan Shamsul selain turut meluahkan rasa geram dengan wataknya itu.
“Lakonan terbaik. Watak buat orang rasa geram dan nak rembat. Teruskan perjuangan Pak Su.
“Kalau jumpa Pak Talib ni memang makan penampar. Sakit hati tengok muka dia.
Ads
“Biasa tengok Pak Su bawa watak bapa yang baik, sporting dan kelakar tapi yang ini lain. Geram je rasa.
“Hujung-hujung Pak Su boleh masuk drama Tanah Kubur. Balasan tipu orang, abaikan keluarga dan pakai minyak pengasih,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Salju Rindu Di Bumi Aukland merupakan drama arahan pengarah Riza Baharudin dan ditayangkan di platform penstriman, Tonton.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shamsul Ghau Ghau
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni mengakui berasa amat bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Kolej Universiti Poly-Tech MARA, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jelas Haziq, kejayaannya itu sebenarnya banyak didorang oleh isteri tercinta, Ayunda Putri yang sentiasa ada bersamanya di kala senang atau susah.
Katanya lagi, dia juga berasa amat gembira kerana sekali dapat berkongsi momen tersebut bersama isterinya selepas kali terakhir mereka menghadiri majlis konvokesyen bersama sewaktu melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda pada tahun 2014.
Sering tampil dengan gaya boyish dan lasak, penampilan anak perempuan usahawan sensasi Datuk Seri Vida, Cik B yang menggayakan rambut palsu panjang mengurai mendapat pujian netizen.
Menerusi perkongsian Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 17, di akaun TikTok miliknya, selain menggenakan rambut palsu, Cik B turut menyarung gaun berkilauan untuk melengkapkan gayanya.
Menerusi video itu, Cik B merakamkan video lagu Swipe nyanyian rapper Alyph yang kini menjadi siulan di media sosial tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya menyatakan mereka tidak menyangka itu adalah Cik B, malah ada yang menyuruhnya untuk mengekalkan ‘look’ sebegitu yang kelihatan lebih manis dan ayu.
“Cik B, ini betul-betul kena. Cantik!
“Kan comel, feminin.
“Cantiklah Cik B.Macam Vicha pun ada, dua-dua pun cantik, comel.
“Lah Cik B ke?Hihi cantik sangat.
“Lawalah Cik B, macam pelakon Korea.
“Cik B macam ini baru ayu,” tulis netizen yang teruja dengan ‘transformasi’ gaya yang ditunjukkan Cik B.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein yang telah pun selamat dirisik bakal suami dalam sebuah majlis yang dilangsungkan sebentar tadi.
Difahamkan, keluarga belah lelaki yang berasal dari Kelantan, telah bertandang ke kediaman pihak perempuan di Cyberjaya.
Turut disempurnakan ialah sesi menyarung cincin buat Elly Mazlein oleh ibu bakal suami sebagai simbol penyatuan dua jiwa.
Majlis tersebut hanya dihadiri kedua ahli keluarga.
Semalam, penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu ada memuat naik beberapa foto yang berkaitan dengan majlis yang bakal dilangsungkan itu di Instagram.
Menerusi sekeping foto yang dikirimkan pembaca, bintang itu dilihat cantik mengenakan gaun rona keemasan sedondon dengan permata hati, Putri Sara Sephia yang kini mencecah usia tiga tahun.
Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014, bagaimanapun berpisah pada 15 Oktober 2015.
Elly menerusi temu bual bersama media mengakui bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan, namun semuanya akan dijelaskan secara terperinci menerusi satu sidang media khas.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!