Pelakon terkenal, Zul Ariffin mendedahkan ibunya merupakan individu yang menjadi pemangkin semangat buat dirinya untuk terus mengecap kejayaan sepanjang bergelar anak seni.
Menurut Zul, dia senang melihat ibunya gembira bila setiap kali dia muncul di kaca televisyen atau memenangi anugerah.
“Saya berkecimpung dalam dunia seni ini hanya untuk buat mak bangga dengan saya. Dia boleh tengok saya di kaca tv dan tonton filem saya di panggung wayang.
“Sepanjang kerjaya saya, saya hanya mahu pastikan dia tersenyum tengok saya. Bila saya keluar tv atau menang anugerah, dia pasti akan telefon saya. Setiap pagi juga begitu. Saya akan bergelak ketawa dengan dia,” katanya.
Bagaimanapun, Zul memberitahu, perasaan teruja untuk bergelar anak seni seakan hilang selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 2017.
“Saya rasa tiada guna berlakon lagi. Siapa nak tengok? Ketika itu adalah kemuncak kerjaya saya. Tahun 2017, siapa sahaja yang tak kenal saya?
Ads
“Saya bertanya kepada diri, nak berlakon lagi ke? Mak aku bukan ada pun nak tengok. Nak berlakon filem lagi ke? Mak aku bukan ada lagi nak ikut road tour dan tiada lagi di kerusi pawagam.
“Kalau menang anugerah, siapa yang saya nak telefon di belakang pentas. Saya rasa seperti tiada guna,” ujarnya lagi.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem J-Revolusi itu menerusi satu sesi temubual bersama stesen radio, Sinar FM.
Ads
Namun, Zul memaklumkan perasaan ‘kosong’ tersebut berubah selepas dia menyedari ramai golongan berusia seperti ibunya yang masih menyokong perjalanan seninya sehingga hari ini.
“Kemudian saya tersedar, bila saya lihat orang-orang di luar, ada ibu-ibu orang lain yang bangga dengan saya. Bukan sekadar peminat tapi saya juga terima penghargaan daripada golong-golongan berusia yang lain.
“Jadi, saya teruskan tanggungjawab kerjaya saya hanya untuk pastikan mereka ini gembira. Kita pun bukan hidup lama. Dapat gembirakan orang lain pun dah cukup baik,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Zul akui terkilan kerana tidak berkesempatan untuk membawa ibunya menunaikan umrah.
Ads
“Bila melibatkan keputusan-keputusan lain, perasaan saya biasa-biasa sahaja. Sebab saya fikir kalau terlalu merancang pun buat apa?
“Tahun 2017, saya rancang untuk bawa mak tunai umrah. Namun, 2017 juga mak meninggal. Kemudian saya terfikir nak pergi umrah dengan siapa dan untuk apa? Kalau aku kahwin, siapa nak datang?
“Nak berjaya sangat dalam kerjaya, mak tak akan tersenyum lagi. Nak ke mana-mana pun, mak tiada lagi. Itu kesan yang saya rasai. Saya rasa kosong.
“Seiring perjalanan waktu, saya tersedar bagaimana sayang kita pada mak kita dan sayang mak kita kepada kita, sayang lagi Allah dengan kita.
“Saya rasa tenang bila sampai ke tanah suci dan disebabkan saya tak dapat bawa ibu ke sana, saya berhajat untuk membawa sesiapa sahaja yang punyai keinginan untuk ke sana,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sinar FM & Zul Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Tom memaklumkan dirinya terpaksa menerima rawatan di hospital setelah kandungannya dikatakan mengalami beberapa komplikasi.
Menurut Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, bacaa darah yang rendah dan masalah berat badan menurun juga mampu memberikan kesan terhadap kandungannya.
“Hari ini saya kena pergi hospital besar sebab kandungan saya ada banyak kompilasi. Salah satunya adalah air ketuban terlebih dan bacaan darah rendah.
“Saya kena dimasukkan darah dan ubat. Disebabakan gerd pula, saya jadi susah nak makan ubat. Berat badan saya pun tak naik. Jadi, kemungkinan saya kena bersalin secara pembedahan,” katanya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh isteri kepada penyanyi, Fuad Rahman itu menerusi sebuah hantaran di Tik Tok.
Dalam pada itu, Tom memohon doa orang ramai agar bayinya itu dilahirkan dengan selamat.
“Diharapkan saya dapat bersalin secara normal. Nak jaga pun lebih senang bila sudah ada di hospital. Tak kisahlah bersalin normal atau pembezahan asalkan bayi saya selamat.
“Doakanlah saya selamat. Saya tak pasti lagi sama ada saya ditahan di wad atau tidak,” kongsinya lagi.
Terdahulu, kandungan Tom Difahamkan sudah pun memasuki usia 37 minggu.
Sekadar informasi, Fuad dan Tom bernikah di Batam, Indonesia pada 26 Februari lalu.
Tom sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan itu dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.
Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Tik Tok Tom
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida atau sinonim dengan panggilan DSV telah memuat naik satu video ketika dia sedang mengadakan majlis makan malam di kediamannya menerusi akaun Instagram miliknya.
“lama tak makan gini..duduk bersila atas tikar.. ramai ramai meriah..macam dkt pasar malam..
gege riuh..BBQ bagai bagai..sedap erghh ada spe2 suka buat BBQ gini?” tulisnya.