“Kenapa selama ni saya diam, semuanya kerana Jebat.” Itu kata pelakon, Sharnaaz Ahmad apabila ditanya mengenai perkembangan terkini perihal rumah tangga yang dibina bersama kakak kepada Neelofa, Noor Nabila.
Jelasnya lagi, dia mengambil tindakan sedemikian demi menjaga aib semua pihak.
“Budak-budak zaman sekarang tak perlu tunggu lama. Apabila umur enam tujuh tahun, mereka sudah mula pandai main telefon, boleh tahu apa yang terjadi.
“Saya tak mahu nampak keburukan itu. Kejap lagi kalau saya bercerita buruk mengenai Nabila, impak itu pada Jebat. Dia akan tahu apa yang berlaku.
”Jadi daripada kita bercerita mengenai keburukan rumah tangga, dia masih lagi isteri saya. Tak kan saya nak cakap hal buruk mengenai dia?
”Kalau orang cakap buruk fasal isteri saya pun, pasti saya akan marah. Tapi apa yang dia telah cerita mengenai saya, sepatutnya kalau hal rumah tangga kita, pada mak bapa pun kita tak patut cerita. Demi menjaga aib masing-masing. Kalau apa yang diperkatakan itu betul, tak mengapalah juga. Bagi saya, malas nak bergaduh,” katanya kepada MH.
Sharnaaz turut mengakui, fasa hidup dengan mempunyai keluarga sendiri membuatkannya lebih matang.
Ads
”Dulu kita ni memanglah panas baran, tapi itu transisi saya pada zaman yang tak matanglah. Bila sudah berkahwin, kita ‘kahwin’ dengan tanggungjawab. Kita ada isteri dan anak, jadi kita perlu lebih matang.
“Tapi kalau kita banyak berlembut pun tidak boleh. Orang kata kita tak boleh hilang ‘gerun’ kita. Suami ni kena ada ‘gerun’ dia sikit. Hal itu saya jaga,” katanya lagi.
Sementara itu, proses yang panjang melibatkan rumah tangga mereka juga turut disentuh bapa kepada seorang cahaya mata itu.
“Sebagai lelaki, apabila kita diijabkabul ia bukan rasa seronok. Sebaliknya lebih kepada perasaan terharu sebab kita akan jaga anak orang dan ada tanggungjawab.
“Kemudian, kita dengar atau tidak lafaz taklik selepas akad nikah? Saya dengar dan ingat setiap ayat itu. Ketika ia dibaca itulah saya sedih. Adakah kita mampu untuk jalankan? Itulah yang buatkan saya terfikir dan kini ia sudah sampai ke situ.
Ads
“Orang tanya, kenapa belum lepaskan dia, adakah kerana masih sayang atau nak seksa dia? Ini bukan soal seksa, sayang atau tak usaha untuk berbaiki, itu semua sudah tidak penting.
“Ini soal yang satu, kenapa kahwin? Kalau aku kahwin untuk bercerai, aku tak kawinlah. Buat apa aku kahwin? Kalau semata-mata nak dapatkan satu kurniaan Allah depan mata untuk seksa dia? Bukan macam tu.
”Yang boleh saya cakap, bila kahwin saya bukan nak bercerai. Tetapi kalau betul nak bercerai, bukan keluar daripada mulut saya. Sebab saya manusia dan saya ‘gentle’,” ujar Shaarnaaz yang turut meyifatkan, biarlah pihak mahkamah menentukan segala.
Aktor ini juga pada masa sama tidak mahu berkongsi lanjut mengenai soal hak yang diinginkan kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Ads
Terdahulu, keduanya telah hadir pada sesi prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 16 Januari lalu yang menyaksikan wakil dalam proses timbang tara (hakam) yang dilantik kedua-dua pihak gagal mencari kesepakatan sekali gus mahkamah menggugurkan hakam yang diwakili serta menetapkan 27 Februari depan untuk melantik hakam baru.
Sebelum ini pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini.
Sementara, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.
Bagi prosiding JKP, Sharnaaz melantik rakan baiknya sebagai wakil manakala Noor Nabila melantik bapa tirinya Abdul Halim Khan.
Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini mencecah usia lebih setahun.
Pelakon itu ditemui media di lokasi penggambaran filem Polis Evo 3, di Kuala Lumpur pada Khamis.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Nak bersiap agak lama, tapi saya sudah terbiasa dan seronok untuk bersiap lama-lama.” Demikian kata penyanyi, Aina Abdul selepas ditanya mengenai persalinan uniknya ketika membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), pada Ahad.
Mengenakan persalinan bak ‘dedaunan dan akar pokok’ bersempena dengan konsep ‘Tree of Life’, Aina mendedahkan dia bersiap hampir beberapa jam.
“Sebab bagi saya kalau bersiap sekejap tu macam peliklah pula nanti. Dari mula solek dan pakai busana, adalah dalam dua tiga jam juga.
“Sebab ada banyak perincian di dalam persalinan ini dan saya perlu persiapkan diri. Ya saya seronok memandangkan ini juga sebahagian daripada cara saya untuk bagaimana terjemahkan lagu itu,” katanya.
Aina menambah, dia gemar untuk menitikberatkan kesemua elemen penting di dalam persembahan.
“Mungkin ada penonton yang lebih senang untuk melihat visual persembahan berbanding vokal, tapi saya di sini sebagai anak seni yang suka untuk adunkan segalanya dalam sesebuah persembahan.
“Saya bertuah kerana ada pasukan yang boleh merealisasikan keinginan itu,” katanya lagi.
Terdahulu, lagu yang dipertaruhkan Aina, Jangan Mati Rasa itu diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga di AJL38.
Aina turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Penyanyi Pilihan Alha Alfa dan Vokal Terbaik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas dikatakan ada berlaku perselisihan faham dengan pelakon, Fikry Ibrahim, pengarah, Michael Ang tampil menjelaskan mengenai situasi terkini.
Berkongsi pentas bersama Fikry di malam Final Ratu Hijabista 2020, Michael yang diundang sebagai juri jemputan menjelaskan tiada gunanya untuk bermasam muka apatah lagi menyimpan dendam.
“Benda berbalas mulut dan bergaduh semua ni, pada saya jika anda dah menyuarakan mengenai masalah dan tahu mengenai perkara tersebut itu sudah cukup buat saya.
“Buat apa saya nak simpan lagi. Dalam hidup ni buat apa nak berdendam-dendam. Semua perkara sudah pun diluahkan. Saya pun dah buat kenyataan saya sendiri. Ada yang saya mengaku dan ada juga yang tidak.
“Bila soal kerja pula, kita jalankan je tanggungjawab kita. Apa guna nak bermasam-masam muka atau tak bolek masuk satu set. Fikiran kolot semua tu.
“Tiada benda nak selesaikan pun sebab tiada masalah,” katanya kepada MH.
Michael berkata demikian sewaktu ditemui di sesi sidang media selepas berakhirnya Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 yang berlansung di Sri Kembangan pada Rabu.
Dalam pada itu, pelakon drama, Titi Kayu ini juga menyifatkan dia tidak kisah seandainya ditugaskan untuk berkerjasama dengan Fikry selepas ini.
“Kalau ada keperluan kerja dan ada perkara yang harus dibuat bersama, saya tak kisah. Saya professional orangnya.
“Bila kita buat satu drama, orang yang akan menentukan hero dan heroin adalah pihak stesen televisyen.
“Saya tak buat pilihan cuma kadang-kadang saya boleh bagi pendapat mengenai pilihan saya.
“Kadang-kadang pihak stesen akan terima apa pilihan kita. Ada masa juga mereka tolak sebab mereka ada pilihan mereka sendiri.
“Jadi, kalau perkara itu terjadi dan pihak stesen mahukan dia, saya tetap akan offer. Saya tak kisah,” kongsinya lagi.
Ketika ramai yang memuji mengenai tahap professionalisme yang ditunjukkan oleh Michael, ini reaksi yang diberikan tuan badan;
“Industri ni kecil buat apa nak gaduh-gaduh. Kalau saya tak professional saya tak datang. Mesti saya dah tolak dah.
“Tiada peluang nak bertegur siapa malam ni. Sampai-sampai je saya terus pergi make up kemudian terus masuk set.
“Takkan tengah-tengah live tu saya nak tegur pula,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!