“Kalau Kantoi Kenapa Nak Bawa Bunga?,” – Diana Danielle Nafi Curang, Jawab Hal Cincin Hadiah Farid Kamil

Share

Pelakon, Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya yang juga aktor popular, Farid Kamil yang mendakwa kemelut rumah tangga mereka berpunca daripada gangguan orang ketiga.

Memetik laporan video Utusan Online, Diana menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah dan dia turut menegaskan masalah rumah tangga yang sedang dihadapinya ketika ini adalah sepenuhnya berpunca daripada Farid sendiri.

“Tiada. Itu fitnah. Masalahnya 100 peratus adalah daripada dia dan bukan saya,” katanya seperti yang dipetik.

Dalam pada itu, pelakon filem Imaginur ini turut mendedahkan cincin yang ingin dihadiahkah oleh Farid di mahkamah pagi tadi merupakan cincin perkahwinan yang telah dihilangkan oleh suaminya itu sejak lapan tahun lalu.

Malah, Diana turut mempersoalkan tindakan Farid yang tetap mahu memberikan sejambak bunga dan sebentuk cincin meskipun selepas menuduhnya mempunyai sokongan daripada orang ketiga.

“Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi tu, dia dah hilangkan selama lapan tahun. Baru hari ini dia nak beli semula cincin perkahwinan kami.

“Kalau betul saya ada orang ketiga, mengapa dia nak beli cincin kahwin buat saya? Kalau kantoi kenapa nak bawa bunga?,” soalnya.

Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menyifatkan tindakan suaminya itu bukan untuk menyelamatkan perkahwinan sebaliknya hanya ingin menjaga air muka sendiri.

“Dia bukan cuba nak menyelamatkan rumag tangga, dia nak menyelamatkan mukanya sahaja. Dah lapan tahun saya tunggu cincin, baru sekarang nak bagi,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai sebab mengapa dia tidak membenarkan Farid untuk bertemu dengan kedua-dua orang anaknya, Diana mendedah anak perempuannya, Aurora kini berada dalam keadaan trauma.

Terdahulu, Diana dan Farid hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi memaklumkan kepada mahkamah mengenai pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan konflik rumah tangga mereka, selepas Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Utusan Online

Published by
Rafiq Mazlan