Hiburan

“Kalau Kita Baik, Jaga Perangai, Komited…,”- Nafi Job ‘Lebat’ Sebab Kontroversi, Muaz Zabir Percaya Rezeki

Share

Pelakon dan pengacara Muaz Zabir menafikan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa namanya kini semakin laris dan mendapat perhatian penerbit selepas terpalit kontroversi bersama penyanyi dan aktres, Bella Astillah.

Menurut Muaz, dia percaya pihak penerbit ketika ini lebih memandang kepada cara kerja berbanding populariti semata-mata.

“Sebenarnya, tidak juga. Kedua-dua tawaran lakonan yang saya terima ketika ini ditawarkan sebelum saya terpalit kontroversi lagi.

“Saya sebenarnya takut dengan kontroversi ini kerana kebanyakkan pihak produksi ketika ini tidak akan mengambil pelakon-pelakon yang ada isu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan saya yakin kalau kita ini baik, menjaga perangai dan memberikan komitmen 100 peratus dalam apa juga perkara, rezeki itu akan datang kepada ketika,” katanya kepada MH.

Bekas pengacara program Mbuzz itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara sambutan ulang tahun ke-40 TV3, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Muaz memaklumkan dirinya kini sudah belajar daripada kesilapan dan akan berusaha menjaga reputasinya sebagai anak seni.

“Kontroversi ini membuatkan orang ramai agak mengenali nama saya tapi bukan dengan cara yang elok.

“Jadi, saya kini berusaha untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dan mengelak daripada sebarang kontroversi.

“Untuk kontroversi yang sebelum ini, lebih baik saya berdiam diri,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai hubungannya bersama keluarga selepas terpalit kontroversi, ini jawapan Muaz;

“Keluarga tetap keluarga. Seteruk manapun kita, in sha Allah keluarga akan tetap terima kita.

“Bila kita berikan penjelasan sebenar, sedar kesilapan, mohon maaf dan mahu perbaiki kesilapan, mereka akan sentiasa menjadi tempat kita bergantung dan kembali.

“Keluarga saya menerima segala yang terjadi. Sebagai anak, saya terima segala nasihat mereka,” akhirinya.

Sebelum ini, nama Muaz Zabir menjadi perhatian ramai selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Bella Astillah.

Bagaimanapun, Bella membuat pengakuan hubungan terjalin antara mereka bertujuan untuk membuatkan suaminya, Aliff Aziz berasa cemburu.

Rumah tangga Bella dan Aliff sekali lagi goyah berikutan pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara, Mac lalu.

Muaz mengaku dirinya membuat kesilapan dan memohon maaf kepada semua pihak terbabit. Malah, Muaz berjanji tidak akan mengulanginya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf