Baru-baru ini, usahawan dan bekas personaliti TV, Siti Rohkhaida Abdul Kalil atau lebih dikenali sebagai Kiah Propa telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk membincang topik ‘Mantanku, Best Friend Ku’ di rancangan Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di TV3, pada Jumaat.
Di samping berkongsi pendapat bersama penonton secara virtual, Kiah memaklumkan sehingga kini menjalinkan hubungan yang baik bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Semuanya bagi merapat serta menjaga hubungan silaturahim dengan anaknnya.
“Saya mengambil pendekatan dan peluang merapatkan hubungan silaturahim anak dengan bekas suami. Bila kita ajar anak kita daripada kecil yang kita baik dengan bekas suami kita, itu adalah jalan yang terbaik untuk kita menghasilkan silaturahim yang baik supaya kita tidak menjauh antara satu sama lain.
“Sebenarnya siapa sahaja hubungan dalam rumah tangganya tidak bergaduh, tidak ada rumah tangga yang tidak ada tangisan, tidak ada rumah tangga yang baik dan sempurna. Tapi untuk mencapai satu tahap yang begini, harus ada reda dan ikhlas.
Ads
“Melepaskan cerita-cerita yang lalu dan bersihkan hati, jangan ada sekelumit rasa hati yang hitam.
“Maafkan dia, lepaskan keadaan itu dan ingat kita juga bukan kita sentiasa betul. Kita pun ada salah, tak salah untuk rasa merendah diri dan buang ego kita.
“Sampai bila pasangan yang bercerai mahu bergaduh dan saya bersyukur kerana bekas suami saya adalah seorang yang menerima dengan hati yang terbuka. Tengok balik diri kita, kita pun tak bagus tapi sampai bila kita mahu bergaduh? ,” katanya.
Selain itu, bekas hos rancangan hiburan Galaksi ini mengakui ada segelintir netizen yang menyarankan untuk kembali rujuk bersama dengan bekas suaminya setelah 7 tahun berpisah.
Ads
Bagaimanapun, usahawan berusia 42 tahun ini lebih selesa menjalinkan hubungan sebagai kawan dengan bekas suaminya.
“Sebagai seorang selebriti tak lah popular mana tetapi saya menerima segala cadangan serta pandangan mereka. Semua netizen mencadangkan untuk saya rujuk balik dengan bekas suami tapi buat masa ini saya hanya menganggap dia adalah seorang sahabat yang paling baik dengan saya.
Ads
“Jadi kalau kita dah letak diri kita sebagai kawan macam mana perasaan nak berkahwin itu ada? Kalau kita berkahwin dan bergaduh adakah rumah tangga kita itu akan bahagia? Adakah anak-anak akan mendapat suasana rumah tangga yang bagus? Tidak juga. Saya tidak mahu macam tu.
“Pengurusan rumah tangga kita doakan yang baik-baik, berserah keadaan ini kepada Allah SWT. Ingat jangan membenci lebih-lebih, suka pun kena bersederhana.
“Jangan benci pasangan kita, mantan kita tak kisahlah dia buat apa pun pada anda semua,” katanya lagi.
Foto: Instagram Kiah Propa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pereka fesyen, Rizalman menerusi Insta Story miliknya meluahkan ‘rasa kecewa’ kepada pengacara popular, Neelofa.
Menerusi video pendek tersebut, Neelofa dilihat memegang jambangan bunga merah bersama kad ucapan hari lahir bersimbol cincin dan kamera pantas meleret ke Datuk Hans Isaac yang hanya berdiri di tepi sambil memberikan senyuman manis.
“Kenapakah aku diperlakukan begini? Oh tidak..Pa…Pa…Pa…Kenapa?” luahnya.
Malah Rizalman secara berseloroh turut menyifatkan lelaki yang mempunyai nama yang bermula dengan huruf H sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.
“Aaaahhh, jantan kalau nama mula dengan huruf H memang aku tak boleh percaya,” kongsinya.
Pelakon versatil, Datin Seri Umie Aida awal pagi ini ada berkongsi sesi tahnik yang dilakukan oleh Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin buat permata hatinya, Nur Aisya.
Perkongsian foto dan video yang dimuat naik bintang Dukun menerusi Instagram itu menarik perhatian peminat.
“Alhamdulilah.. rezeki Nur Aisya dapat bertahnik dengan Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin.
“Semoga dapat barakah para Ulama dan menjadi anak yang solehan & taat pada perintah Allah. Dan sentiasa didlm rahmat Allah dan diberkatiNYA. Aamiin #bertahnik #sunat,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, para peminat turut menzahirkan rasa syukur dan berdoa agar bayi comel itu membesar menjadi insan solehah.
Sambil melalukan sesi tahnik, Umie turut berkongsi beberapa foto serta video liburannya di Insta Stories di sebuah lokasi percutian yang turut disertai anggota keluarga serta rakan terdekat.
Foto: Instagram Datin Seri Umie Aida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Mimi Lana ada berkongsi sekeping foto salah satu babak lakonannya bersama pelakon Farid Kamil dalam drama bersiri berjudul Masih Ada Rindu.
Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram itu, foto tersebut memaparkan kedua-dua pelakon itu sedang menjalani pengambaran bersama di Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTSH).
Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana pada masa sama turut menasihati orang ramai untuk sentiasa kekal duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) bagi melandaikan grafjangkitan Covid-19.
Pelakon berusia 26 tahun ini sempat meluahkan rasa kagum dengan permandangan cantik yang ada di hospital tersebut ketika menjalani pengambaran drama berkenaan.
“Look at that view from my hospital room! Beach view tau. Korang jangan mimpi la nak dapat view macam ni kalau korang dah positive covid, hospital pun dah hampir penuh..
“Jangan keluar Kalau tak ada urusan penting, jaga diri, jaga roti gardenia masing masing dekat rumah tu. eh? Duduk rumah tengok je #masihadarindu starting 2june ni pukul 7 petang ok!,” tulisnya.