Usahawan yang juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor dan bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad tidak mempunyai percanggahan dalam hal penjagaan anak tunggal mereka, Jebat Jayden.“Kalau Kita Menidakkan Hak Anak, Kita Berdosa,” – Nabila, Sharnaaz Pilih Kerjasama Baik Soal Penjagaan AnakKetika diminta untuk memberikan pesanan kepada pasangan yang tidak mempunyai persefahaman dan merebut hak penjagaan anak, Nabila berpendapat anak perlukan hak sebaiknya dari segi kasih sayang ibu dan bapa.

“Bila sudah berpisah, anak menjadi keutamaan. Semuanya berkenaan dengan anak, bukan sebab diri sendiri.

“Anak merupakan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan. Sebagai ibu bapa, kita harus memberikan hak dia sebagai seorang anak.

“Hak anak kena ada kasih sayang daripada ibu dan bapa. Jadi, kedua-duanya harus bekerjasama biarpun tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan.

IKLAN

“Kalau kita menidakkan hak anak, kita berdosa,” katanya jujur.

Tambah Nabila yang kini selesa menjalani hidup sebagai ibu tunggal, dia juga banyak belajar dari episod perceraian yang dilalui sebelum ini.

IKLAN

“Apa yang saya belajar ialah perkahwinan memerlukan dua orang yang mahu ikatan itu kekal.

IKLAN

“Usaha itu datang daripada dua belah pihak, suami dan isteri. Jika satu pihak sahaja, ia tidak okay,” katanya lagi.

Nabila dan Sharnaaz bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 2 tahun.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI