
Awal tadi, pelakon sensasi Zarina Anjoulie ada berkongsi pandangan peribadinya mengenai watak Budi yang dilakonkan Naim Daniel menerusi drama bersiri, Pia.
Kata Zarina dia menyukai keberkesanan lakonan bintang muda itu dalam menghayati watak.
“I suka la tengok dia ni his so good at acting. Kalau laki lain mati balik tak nak ambil watak ni semua nak yang macho je control handsome but @naimdaniel killed this,” tulisnya menerusi Instagram.
Lalu, perkongsian Zarina itu turut mendapat reaksi dari peminat yang sama setuju dengan skil lakonan Naim menerusi Pia.
Terdahulu, Pia yang turut didukung pelakon hebat lain seperti Alif Satar dan Zara Zya mengisahkan mengenai Pia yang tersepit di antara statusnya sebagai isteri serta pada masa sama perlu memikul tanggungjawab bagi menjaga adiknya yang kurang upaya selepas kedua ibu bapa tiada.
Pia bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di TV3.
Foto: Instagram Zarina/ Naim Daniel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Akan Gunakan Untuk Beli Pakaian, Buat Rawatan Rambut Dan…,” – Selepas Dapat Hadiah Dari PM, Sugu Pavithra Terima Gaji Sulung Sebagai YouTuber

Pasangan YouTuber suami isteri, ‘Sugu Pavithra’ yang kian meraih perhatian menerusi barisan video masakan, sudah pun mendapatkan ‘gaji’ daripada laman YouTube.
Menrusi laporan Bernama, S. Pavithra datang ke Pejabat Pos Besar Perak dari Sungai Siput bagi membuat tuntutan bayaran gaji tertunggak itu sebaik menjadi rakan YouTube (YouTube Partner) dengan penuh kegembiraan dan berbekalkan beberapa perancangan untuk keluarga tersayang.
Ibu kepada dua anak berusia 28 tahun yang berasal dari Buntong ini seperti yang dipetik memberitahu, gaji sulung sebagai YouTuber itu antaranya, akan digunakan untuk membeli pakaian baru buat mereka sekeluarga.
“Kami bukan orang senang. Sekarang dah dapat gaji walaupun tak banyak seperti yang heboh orang bincang di media sosial, tetapi saya dan suami sangat gembira kerana lama menunggu dengan penuh sabar.
“Saya akan gunakan untuk beli pakaian, membuat rawatan rambut dan membeli barangan kelengkapan sembahyang di rumah,” katanya.
Sementara itu, dia dan suami M. Sugu turut menafikan mereka telah membuka beberapa akaun Facebook dan Instagram atas nama ‘Sugu Pavithra’ sejak 16 Mei lepas.
Sebaliknya mereka setakat ini hanya mempunyai akaun YouTube sahaja.
“Saya berharap kawan-kawan (warganet) dapat membantu laporkan kepada pihak berkuasa perkara ini kerana saya bimbang ada yang akan mengambil kesempatan,” kata lelaki berusia 29 tahun itu.
Pada masa sama, Pavithra turut mengucapkan berterima kasih kepada Bernama kerana menjadi media pertama menyiarkan laporan temu ramah bersamanya pada 8 Mei lalu, sekaligus melonjakkan namanya di laman sosial.
Terdahulu, pasangan ini turut menerima perhatian ramai apabila mendapat ucapan tahniah daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut disertakan bersama beberapa hadiah termasuk tripod yang menjadi perangsang buat mereka untuk terus berkongsi video memasak.
“Selepas tersiar temu ramah dengan Bernama saya mula sibuk, setiap hari berpuluh-puluh panggilan dan ada juga stesen radio dari India yang mahu temu ramah saya, kerana suami pemalu.
“Hidup kami kini berubah dan saya terpaksa menyediakan satu buku untuk susun jadual temu ramah atau kunjungan,” katanya lagi.
Pavithra berkata disebabkan itu, dia dan suami tidak dapat berkongsi klip video memasak dengan kerap kerana hanya mempunyai satu telefon bimbit dan risau terdapat panggilan masuk jika sedang membuat rakaman.
Sumber: Bernama
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alyah Tunda ‘Launching’ Baju, Hormati Sesi Bacaan Yaasin Rakan Artis Berdepan Ujian Covid-19; “Moga Sahabat Kembali Pulih, Hanya Allah Tempat Mengadu.”

Penyanyi Datin Alyah memaklumkan sesi pelancaran busana ‘ready to wear’, Koleksi Kerna Sayang yang sepatutnya dilancarkan pada Jumaat terpaksa dianjakkan kepada suatu tarikh baru.
Menurut Alyah, keputusan tersebut dibuat bagi menghormati sesi bacaan Yaasin buat rakan selebriti yang sedang berdepan ujian melawan wabak Covid-19.
“Kepada semua yg dikasihi dan disayangi, bagi menghormati sahabat2 seperjuangan dlm bidang seni yang menghadapi musibah Covid-19.
“Pihak kami memohon maaf dan terpaksa menundakan waktu pelancaran koleksi KERNA SAYANG buat sementara waktu.
“Semoga sahabat2 kita kembali pulih seperti sediakala itulah harapan. Hanya Allah tempat mengadu dan meminta,” jelasnya.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Thank You Allah ini menerusi satu hantaran di Instagram yang dikemas kini.
Bagaimanapun, peminat yang membeli persalinan Muslimah berkenaan masih boleh melayari laman web yang disertakan pada ruangan kapsyen.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Alyah turut sama menyertai sesi bacaan Yaasin buat Siti Sarah yang dilakukan secara virtual, malam tadi.
Terdahulu, peminat sejak minggu lalu mendoakan kesembuhan buat selebriti yang terpaksa dikejarkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19 iaitu penyanyi Fazli Zainal dan Siti Sarah.
Menerusi laporan media, Fazli Zainal yang kini bergantung kepada ‘double oxygen’ dan dipantau doktor selepas dikejarkan ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur selepas tahap oksigennya menurun sehingga 75 peratus pada 31 Julai lalu.
Sementara Siti Sarah yang hamil lapan bulan pula terpaksa melalui proses pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan lebih awal secara pembedahan, petang selepas tahap oksigen menurun sejak pagi Jumaat.
Dia sebelumnya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras akibat tahap oksigen tidak stabil, awal pagi Khamis.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Habis Duit Show & Tabung Kahwin,” – Bisnes Studio Jamming ‘Lingkup’ Sebab Asyik Bercinta, Isteri Lan Solo Kongsi Cerita

Sebelum mengusahakan perniagaan kedai runcit, isteri kepada penyanyi Lan Solo, Sheila Razlan ada berkongsi kisah mengenai kegagalan mereka ketika pertama kali menceburi bidang bisnes sewaktu sebelum berkahwin.
Menurut Sheila, dia bersama Lan pernah membuka sebuah studio latihan muzik namun usaha meraka gagal kerana dikatakan tidak fokus dan terlalu asyik bercinta pada ketika itu.
“Nak throwback sikit la. Ini adalah BISNES PERTAMA kami. KY & LS baru je bertunang masa tu. So kami plan untuk buka studio jamming dekat Taman Permata.
“Masa ni habis segala duit gaji/ duit show/ duit tabung kawen kami korek untuk merealisasikan impian nak ada bisnes bersama.
“Fuhh! Bisnes ini TIDAK BERJAYA ye sebab ada unsur percintaan kat situ. Fokus banyak pada dating & dating. Fokus kerja tu 20% je kot yang lain semua dating,” tulisnya.
Kisah menarik tersebut dikongsikan oleh ibu kepada empat orang anak itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Tambah Sheila lagi, kejadian tersebut menyebabkan mereka terpaksa memanjangkan tempoh pertunangan untuk mencari duit bagi melangsungkan perkahwinan.
“Dah la habis duit lepastu pergi dating pulak, lagi la tak berduit! Nak kahwin gigih cari duit. Tu yang extend tunang smpai 2 tahun tu. Tapi nasib baik kahwin. Jodoh kami panjang. Alhamdulillah.
“Gila tak jadi kahwin. Segala tabung ayam, tabung itik semua KY pecahkan. Demi cinta katanyaaa.
“Perjalanan kami jauh weh dan panjang. Sampai la kami ada SOLO BORNEO MART hari ini. Semua hasil idea dan angan-angan kami berdua. Nah jadi.
“Pasni KY akan pastikan LS dah tiada angan-angan atau impian lain. Risau pulak aku.
Kalau LS nak merasa muntah paku, kau coba la ada impian dan angan-angan lain.
“Coba, will see. Aku akan fail kan segala gantirugi dr 2009 – 2020! Haderrr,” selorohnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur selain turut mendoakan agar perniagaan Sheila bersama suami sentiasa sukses.
Terdahulu, Lan dan Sheila telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Disember 2009.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Akid Qassyaff, dan Nur Aman Quxandra
Sumber: Instagram Sheila Razlan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI