Selepas menceburi bidang ‘lakonan’ drama pendek yang menjadi fenomena, bintang Youtube, Syahmi Sazli, Asif dan Yoe dilihat mahu cuba benda baru, dengan ‘terjun’ dalam dunia penyiaraan sebagai penyampai berita pula!
Ketiga-tiga anak jati Kelantan ini masing-masing cuba tampil berkeyakinan di depan lensa kamera ketika menyampaikan tajuk berita mengenai seekor biawak.
Malah, ketiga mereka turut disolek, mengenakan pakaian bersesuaian sebagai pembaca berita.
“Sep Kito Asif, Yoe & Syahmi Baca Berita
“Boleh ke Asif, Yoe & Syahmi baca berita ni???,” kongsi Instagram Buletin TV3.
Menerusi video berdurasi kira- kira empat minit itu, Yoe dan Asif masing-masing mempunyai karakter tersendiri.
Manakala, Syahmi pula tampil berkeyakinan.
Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan dan rata-rata terhibur dengan cara penyampaian mereka.
View this post on InstagramBoleh ke Asif, Yoe & Syahmi baca berita ni??? @syahmisazli @yoe_parey @julianapija @asifsuhaimi02
A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3) on
Video : Instagram Buletin TV3
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terkenang Makan Lempeng Masa Dulu, Nana Mahazan Lebih Sebak Imbau Memori Dengan Mak – “Suapan Pertama Aku Menangis…”
Pengacara Nana Mahazan memaklumkan dirnya kini mengeluarkan dua produk makanan terbaharu iaitu Sambal Bilis dan Sambal Bilis Petai di bawah jenamanya, Selauk Nana.
Di samping mempromosikan produk tersebut bersama pengikut di laman media sosial Instagram, hos berusia 38 tahun ini turut imbau kenangan menu Lempeng air tangan ibunya.
Oleh kerana berasa terlalu rindu dengan ibunya, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim pertama ini dilihat telah menyediakan menu ringkas tersebut.
Pada masa sama, Nana menambah ibunya sering sediakan juadah berkenaan sewaktu dia kanak-kanak.
“Aku buat lempeng masa ‘Live’ kat Facebook dan masa suapan pertama aku menangis sebab mengingatkan aku dengan Mak, aku rindu gila dekat Mak dan lempeng ni aku dah lama tak buat dekat 10 tahun.
“Aku tak pernah dapat rasa lempeng yang sesedap macam mana Mak buat tapi hari ini sebab teringin sangat nak makan dengan sambal ikan bilis jadi aku pun buat.
“Suapan pertama saya rasa sangat Ajaib, saya teringat zaman kanak-kanak saya sebab saya membesar dulu sebelum pergi sekolah Mak akan buat lempeng,” katanya.
Sekadar informasi, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan dilahirkan pada tanggal 1 Julai 1983 di Muar, Johor Darul Takzim.
Foto: Instagram Nana Mahazan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ya Allah, Sedihnya Aku…,”- Babak Isteri Kecewa & Air Mata Menjadi, Lakonan Siti Khadijah Raih Pujian
Sejak beberapa haru lalu, nama pelakon, Siti Khadijah Halim menjadi perhatian ramai selepas lakonannya di dalam drama Wanita Syurga memberikan kesan kepada penonton.
Babak meruntun jiwa sebagai isteri yang kecewa dan tersakiti yang dipaparkan di dalam episod 24 telah menunjukkan sisi kematangan Siti Khadijah sebagai seorang pelakon.
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon berusia 27 tahun ini menyifatkan babak ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa bantuan pelakon senior Marissa Yasmin yang membawakan watak sebagai ibu mentuanya.
“Saya ingin berterima kasih kepada Kak Marissa kerana menjadi gandingan pelakon yang baik semasa menjayakan babak ini.
“Babak ini sangat bermakna bagi saya,” tulisnya.
Katanya lagi, babak ini juga telah membuka hatinya untuk berusaha menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak pada masa hadapan.
“Disebabkan Ardini, telah wujudnya rasa mempunyai cahaya mata. Rasa yang tak semua orang boleh rasa.
“Terima kasih Dini. Saya sayang awak. Saya sangat sangat bersimpati dengan awak. Alangkah baiknya kalau saya ada untuk melindungi awak,” kongsinya lagi.
Lakonan mantap yang ditunjukkan oleh Siti Khadijah itu turut menuai pujian daripada rakan artis.
“Saya tonton lakonan Ardini. Awak buat dengan baik. Saya menangis,” komen Syami
“Apa ni? Babak ini bikin saya melalak beriya tau. Terbaik. Lakonan dan keserasian yang sangat baik yang ditunjukkan oleh keduanya. Jadi inspirasi buat saya saat menyanyikan lagu Masih Ada Rasa Itu nanti,” kata Misha Omar.
“Ya Allah sedihnya aku menangis,” komen Adriana Adnan.
Sekadar informasi, Wanita Syurga merupakan sebuah drama yang diadaptasi novel yang ditulis oleh novelis Sophilea.
Selain Siti Khadijah dan Marissa, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Redza Rosli, Riena Diana dan Nazim Othman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rasa Helpless, Respek Dekat Peniaga,”- Khemah Terbang & Kilat Sabung Menyabung, Alif Satar Dedah Cabaran Berniaga Di Bazar Ramadan
Baru-baru ini, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar menceritakan mengenai momen-momen mencabar yang harus dilaluinya sepanjang berniaga di bazar Ramadan.
Menurut Alif yang kini rancak mengusahakan bisnes sate, ada kalanya mereka terpaksa berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sehingga menyebab operasi mereka tergendala.
Katanya lagi, ada ketika dia berasa seperti tidak berdaya apabila diuji dengan cabaran sedemikian.
“Harini memang REAL. Khemah nak terbang, kilat sabung menyabung, arang kayu api pulak basah, memang nervous and rasa helpless la sebab order dah masuk,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Anugerah Terindah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Bagaimanapun, Alif mendedahkan momen-momen tersebut sebenarnya telah banyak mengajarnya untuk lebih memahami mengenai penat lelah dan kekuatan semangat para peniaga yang lebih berpengalaman daripadanya.
Tambahnya lagi, dia juga kagum dengan kecekalan para peniaga gerai yang tidak pernah mengalah meskipun sering ditimpa dengan pelbagai ujian.
“Masa ni la Alif betul-betul faham betapa mencabarnya orang yang mencari rezeki dengan cara berniaga begini. Panas, hujan, ribut, karenah pelanggan kena hadap hari-hari.
“Sebulan Alif dekat tepi jalan ni hampir setiap hari, apa yang saya boleh cakap, Alif betul-betul respect dekat peniaga-peniaga. Korang memang the ‘real hustlers’ of life,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangak yang sama selain turut memberikan kata-kata semangat buat Alif.
“Semoga semuanya dipermudahkan buat peniaga-peniaga yang sedang mencari rezeki.
“10 tahun dah berpengalaman begini. Memang lumrahnya peniaga sabar dan tabah je ubantnya.
“Semoga terus kuat para peniaga. Moga tabah dan ikhlas dalam dugaan berniaga. InsyaAllah murah rezeki.
“Sebab tu bila hujan lebat akan teringat dekat orang berniaga yang guna khemah macam ni.
“Lumrah berniaga macam ni. Demi sesuap nasi untuk keluarga,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, sepanjang bulan Ramadan ini, Alif telah memualakan bisnes sate yang bertempat di Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).
Dalam perkembangan lain, artis versatil ini juga telah melancarkan beberapa projek khas bersama kumpulan nasyid popular, Raihan menerusi lagu-lagu yang diberikan nafas baharu seperti Puji-Pujian x Syukur, 25 Rasul, Rayuan Rindu dan Assolatuwassalam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Alif Satar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI