Selepas mencipta fenomena tersendiri menerusi filem sulung, Mael Totey The Movie, pengarah dan YouTuber, Muhammad Syahmi Sazli, 27, tampil dengan karya baharu bertajuk 35MM yang disifatkan berbeza daripada karya-karyanya sebelum ini.
Masih mengekalkan Mohd Asyiff Suhaimi atau Asif, 20, dan Yoe Parey atau Muhammad Ashrul Hakim Lukman, 24, termasuk dirinya sebagai peneraju utama, Syahmi menjelaskan, melalui 35MM, penonton akan melihat sisi berbeza lakonan mereka bertiga.
“Filem ini adalah berkonsepkan fantasi komedi. Cuma lawak-lawak spontan yang menjadi identiti karya saya seperti dalam cerita Mael Totey The Movie dan drama spontan sebelum ini sudah tiada. Maksudnya elemen seperti tengok kamera ketika berlakon sudah tiada.
“Ketiga-tiga watak utama ini tampil dengan karakter lebih serius. Kalau anda mahu tengok sisi berbeza Asif dan Yoe Parey yang berlakon dengan lebih serius, anda perlu menonton kelainannya sendiri,” katanya kepada MH.
35MM berkisarkan tentang sebuah kamera klasik yang ditemui oleh tiga bersaudara, Mi, Yoe dan Asif.
Ads
Ketiga-tiga mereka kemudiannya terperangkap dalam lima zaman iaitu Dinasti China, zaman penjajahan British dan Jepun di Tanah Melayu, tahun 1992 serta tahun 1997.
“Mereka bertiga cuba untuk kembali ke zaman asal tetapi kemuncak filem ini menyaksikan Yoe tidak mahu kembali atas satu sebab yang berlaku. Sebab apa? Semuanya ada dalam filem ini,” kata Syahmi sambil menjelaskan karya ini adalah arahan bersama Seni Bayan atau nama sebenarnya Ahmad Hashim.
Selain Asif dan Yoe Parey, filem yang menemui penonton bermula hari ini (21 Jun) di Astro First turut menampilkan pelakon lain seperti Hushairy Hussein, Kenji Sawahi serta pelakon-pelakon yang pernah menerajui drama spontan Syahmi Sazli.
Ads
Bercerita mengenai pembikinan 35MM, Muhammad Syahmi berkata, filem itu mengambil masa selama tiga bulan bermula Disember tahun lalu.
“Pada awalnya kami menetapkan tempoh 21 hari untuk sesi penggambaran tetapi berlaku beberapa kejadian yang tidak dapat dielakkan sehingga ianya berakhir pada bulan Mac lalu. Filem ini juga tampil dengan teknik imej janaan komputer (CGI) yang keseluruhan pembikinannya menelan belanja sebanyak RM1 juta,” jelasnya.
Ads
Filem Mael Totey The Movie sebelum ini meraih kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan di platform Astro First.
Ia mula ditayangkan pada 22 Oktober 2020 dan dilaporkan memecah dominasi rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris untuk tayangan platform itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syahmi Sazli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan kenyataan Ayda itu malah mereka turut memberikan cadangan bagaimana untuk mengelak daripada terperangkap dalam situasi tersebut.
Ala, jangan risaulah Ayda. Di zaman serba moden ini tiada siapa pun yang fikir fasal langkah bendul ini lagi.
Apapun MH doakan semoga Ayda cepat bertemu dengan jodoh pilihan. Amin!
Sumber: Twitter Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awalnya, kumpulan wanita yang menggelarkan diri mereka sebagai DOLLA, mulai memancing perhatian ramai selepas membuat persembahan penuh tenaga di Final #RapStarERA 2020.
Ditubuhkan pada awal tahun lalu, DOLLA terdiri daripada empat gadis cantik yang berbakat besariaitu Sabronzo, Tabby, Syasya, dan Angel.
Tidak mahu persiakan bakat, mereka hadir mempertaruhkan single sulung, Make You Wanna yang dihasilkan Bryan B., iaitu komposer dan produser lagu yang terkenal dari Australia sementara lagu itu mendapat gubahan dari Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta.
Lagu tersebut merupakan sebuah lagu dengan unsur nakal dan seksi tentang keyakinan diri serta kekuatan seorang wanita.
Mesej yang ingin disampaikan adalah bagaimana keyakinan diri dan keberanian seorang wanita dalam membuktikan bahawa setiap manusia itu berharga dan berhak untuk dihormati.
Menerusi lagu yang rancak dengan melodi yang menarik ini, DOLLA berharap dapat ia mampu memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan wanita generasi baru di negara ini.
“Kami mahu menghala perhatian kepada kepentingan merasa yakin dan selesa dengan diri sendiri. Wanita yang berkeyakinan tinggi akan lebih menyerlah dan menarik perhatian ramai pihak,” kata Syasya mewakili DOLLA.
Sementara itu, Sabrina menambah, single tersebut juga dapat membuatkan peminat untuk turut sama menari.
“Saya gembira kerana lagu ini menonjolkan kekuatan wanita. Bukan saja sesuai dimainkan di radio tapi ‘Make You Wanna’ membuat kita terasa ingin menari.
“Orang yang tidak suka menari pun akan menari bila mendengar lagu ini,” jelasnya.
Make You Wanna terbitan dan edaran oleh Universal Music Malaysia dan Lion Music Group Malaysia boleh didengari di semua platform pengstriman termasuk Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Shuib mendedahkan majlis perkahwinannya bersama Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah pada 23 Jun depan bakal mendapat tajaan lebih RM1 juta.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, tajaan yang diterima bukan berbentuk wang ringgit, tetapi lebih kepada lokasi, busana nikah dan barangan kemas yang akan dipakai Watie.
Majlis raja sehari pasangan ini akan dilangsungkan di Putra Glass Hall, Putra Height, Selangor pada 8.00 malam.
“Alhamdulillah, sekitar RM1 juta lebih begitu, termasuk barangan kemas. Bagaimanapun, majlis kami tidak ditaja sepenuhnya memandangkan saya dan Watie turut mengeluarkan bajet sendiri untuk beberapa keperluan.
“Apa pun saya bersyukur kerana ada pihak yang sudi berkongsi rezeki dan saya mengharapkan agar majlis kami nanti berjalan dengan lancar,” katanya kepada MH.
Shuib dan Watie berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Walimatulurus Shuib & Watie di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Ditanya mengenai perjalanan majlis raja seharinya nanti, Shuib menjelaskan mereka memilih untuk tidak bersanding, sebaliknya hanya melangsungkan majlis nikah sahaja.
“Memandangkan ini adalah perkahwinan pertama Watie, bagi saya tidak adik sekiranya majlis hari bahagia dibuat secara ringkas.
“Jadi akan ada pelaminan untuk ahli keluarga dan rakan-rakan yang mahu merakam gambar kenangan bersama kami, insyaAllah,” katanya lagi.
Majlis perkahwinan mereka akan disiarkan secara eksklusif menerusi program Walimatulurus Shuib & Watie bermula 24 Jun di Astro Ria sebanyak empat episod.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penganjuran Makar Fest bukan sekadar sebuah karnival makanan dan gaya hidup, sebaliknya menjadi platform untuk menghargai ikon muzik tanah air.
Menjawab dakwaan kononnya festival ini...