Penyanyi terkenal, Haqiem Rusli akui kecewa dengan sikap segelintir pihak yang menegur isterinya, Anis Sofea dengan cara yang agak kasar dan terbuka berbanding secara peribadi.
Menurut Haqiem, meskipun tindakan isterinya untuk tidak lagi mengenakan hijab itu salah, namun, mereka seharusnya menasihatinya dengan cara yang lebih baik.
“Kadang-kadang rasa kecewa juga. Apa yang mampu saya katakan, nasihat itu mempunyai banyak fasanya. Bagi saya, fasa yang mereka lakukan itu sepenuhnya salah.
“Kalau mereka mencaci, mencarut dan menghukum walaupun perkara yang dilakukan isteri saya itu salah tapi ada caranya untuk menasihati.
“Lebih baik berjumpa secara berdepan dan cakap secara bersemuka. Cara yang lebih baik adalah dengan menghantar mesej personal kepada isteri saya.
“Kepada yang kenal tu, bercakaplah yang baik-baik tak kisahlah sama ada perkara itu salah atau betul. Nasihatlah dengan cara baik,” katanya ketika ditemu bual menerusi program Melodi yang disiarkan pada Ahad.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Tergantung Sepi ini menyifatkan dugaan seperti ini telah mematangkan hubungannya bersama isteri.
Ads
“Saya tak nak cakap banyak sebenarnya kerana bagi saya perkara itu normal. Saya dah lali nak menghadai perkara seperti ini. Saya sudah berada dalam industri ini sejak usia saya masih kecil. Saya dah lalui banyak perkara.
“Bagi saya dan isteri, lebih baik kami berdiam diri dan tak perlu nak aggresif di media sosial kerana ia akan memalukan nama keluarga.
“Hubungan kami sangat baik. Saya bukanlah nak cakap kami 100 peratus bahagia. Apa yang saya boleh katakan, liku-liku seperti kecaman netizen ini telah mematangkan kami dari segi bertoleransi dan berbincang,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, Haqiem juga percaya setiap ujian itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
“Allah juga tidak akan menguji sekiranya hambanya itu tak boleh nak hadap. InsyaAllah kami boleh menghadapinya.
Ads
“Kami sangat menghormati antara satu sama lain. Walaupun ada fasa-fasa yang harus kami lalui, kami tempuh dengan baik. Dia pun selalu ikut saya ke persembahan.
“Mungkin anda nampak kami ini seperti ada masalah tapi kami baik-baik sahaja. Kalau ada masalah sekalipun, kami tak akan bagi tahu. Buat apa nak bagitahu hal rumah tangga kami?,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Haqiem turut memohon semua pihak untukmendoakan terbaik buat dia dan isteri
“Pada netizen di luar sana, saya memohon maaf bagi pihak saya dan isteri andai sepanjang kami berkahwin, ada kesalahan yang kami buat. Saya berharap sangat, kalau anda marah sekalipun, bersihkanlah hati itu.
“Kadang-kala, mereka yang bercakap ini pun ada buat dosa. Mesti ada dosa dan aib anda yang Allah tutup.
Ads
“Tapi mungkin sebab kami ini orang yang dikenali jadi, privasi itu agak kurang. Itu adalah risikonya. Harapan saya, doakanlah yang baik-baik,” akhirinya.
Sekadar informasi, Haqiem dan Anis telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 19 November 2021.
Sejak kebelakangan ini, nama pasangan ini sering kali menjadi perhatian netizen selepas tular khabar angin yang mengatakan rumah tangga mereka kini bermasalah.
Bagaimanapun, khabar angin tersebut mulai perlahan selepas mereka sering kali dilihat bersama dan langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bahawa hubungan mereka sedang bermasalah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Youtube Melodi & Instagram Haqiem Rusli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Man Raja Lawak memberitahu bahawa wang bantuan yang didermakan sudah pun habis disalurkan kepada pihak yang memerlukan.
Perkara tersebut diberitahu pemilik nama lengkap Abd Rahman Kasim pada Jumaat.
Sambil memohon agar mereka yang mendapat bantuan tersebut menggunakan wang sebaiknya, Man turut memohon maaf kepada pemohon yang tidak berjaya.
“Saya Abd Rahman Kasim ingin memohon maaf kerana bajet 50k telah pun habis disalurkan sebentar tadi. Kepada mereka-mereka yang mendapat bantuan gunakanlah duit itu sebaik mungkin.
“Kepada yang gagal, mohon ampun dan maaf. Terima kasih kerana anda sabar menanti jawapan sehingga kini. Maafkan saya tidak dapat membantu anda di saat anda benar-benar memerlukan.
“Mohon maafkan saya yang hina ini. Sekian,” tulisnya pada lampiran entri terkini di Instagram.
Terdahulu, Juara Maharaja Lawak Mega 2019 ini mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk mengagihkan sebahagian wang kemenangannya itu bagi membantu meringankan beban mereka yang kesempitan di dalam menghadapi krisis COVID-19 ketika ini.
Meskipun ramai yang meneka identitinya di sebalik maskot Bunga Matahari, namun penyanyi Stacy menyifatkan kemenangannya menerusi Masked Singer Malaysia Musim Keempat (TMSM4) sebagai sesuatu yang bermakna.
Malah juara terbaru edisi TMSM4 itu terharu apabila peminat mengenali dirinya sejak awal menyertai pertandingan itu.
“Bagi saya itu kemenangan sebenar bila peminat mengenali saya walaupun cuba menyamar.
“Mereka begitu mengenali saya dan yakin Bunga Matahari ialah saya sejak awal walaupun saya mengunci mulut,” katanya.
Stacy menambah, para peminatnya difahamkan telah sudah mula mengundi sejak pusingan awal pertandingan berkenaan.
“Mereka mesej saya dan beritahu walaupun saya tidak mengaku mereka tetap undi dan sokong Bunga Matahari,” katanya.
Mengakui dia yang memilih kostum bunga tersebut, Stacy juga pernah hampir pitam iaitu ketika menyampaikan lagu Run The World.
“Baju berkenaan berat dan sebenarnya menghadkan pergerakan dan tarian, mujur semua membantu dan berikan kerjasama.
“Pada masa sama saya rasa kembali muda dan mengimbau dalam pertandingan dalam Akademi Fantasia,” katanya.
Stacy diumumkan juara TMSM4 menewaskan empat pesaing lain dalam pertandingan yang berlangsung malam tadi.
Selebriti lain di sebalik topeng ialah Mat Helang (Namie), Sang Kancil (Danial Zaini), Biskut Aiskrim (Adinda) dan Teratai (Nabila Razali).
Peserta TMSMY4 diadili barisan juri tetap antaranya Datuk Aznil Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.
Malah, penonton juga mempunyai kuasa menentukan juara dengan undian 20 peratus.
Sementara itu, pengacara, Datuk AC Mizal menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program itu yang berlangsung secara langsung selama 10 minggu di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur.
TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jika dilihat pada raut wajah yang dimiliki, pasti ramai diantara kita yang tidak dapat meneka usia yang dimiliki oleh pemilik nama penuh Sasha binti Mohd Saidin atau lebih mesra disapa sebagai Sasha Saidin ini.
Punyai raut wajah kacukkan membuatkan ramai terkejut saat mengetahui bahawa Sasha kini sudah pun berusia 47 tahun. Mana tidaknya, dalam usia menghampiri 50an kakak kepada pelakon kacak Zain Saidin ini juga amat pandai jaga badan dan penampilanya.
Ketika dihubungi MH, Sasha yang kini menetap di Dubai menzahirkan rasa syukur apabila dikurniakan kesihatan yang baik dan rupa paras jelita. Dalam nada merendah diri, ibu kepada Adam Arya ini berkongsi amalan kecantikan yang diamalkanya.
Sasha Bersyukur Warisi Genetik Keturunan Inggeris Sebelah Mak!
“Rutin tak banyak mana cuma kami beruntung bila ada yang kata saya dan Zain nampak muda dari usia. Kalau tengok Arya dan Aaisyah (anak Zain dan Che Ta), gen mak keturunan Inggeris memang kuat.
“Dari anak-anak sampai ke cucu warisi gen mak. Alhamdulillah, mak pun nampak muda dari usia, fizikal dan mental.
“Bahkan masa saya remaja umur 13 ke 14 tahun dulu muka saya nampak lebih macam budak-budak lagi. Sebabkan wajah keanak-anakan, saya tak popular dalam kalangan budak lelaki yang ingat saya masih kanak-kanak. Tapi sekarang ia satu kelebihan buat saya,” dedahnya sambil ketawa.
Titip Beberapa Tip Kecantikkan Yang Menjadi Amalan
Ketika disoal adakah terdapat sebarang amalan-amalan atau petua kecantikkan yang diamalkanya hingga kini, ini respon yang diberikan oleh Sasha!
“Dari dulu saya pastikan muka bersih dan cuci mekap. Penat macam mana pun saya akan cuci muka dan tak masuk tidur tanpa buang mekap. Saya juga guna skrub di T-Zone dan bahagian hidung. Pakai pelembap, dan letak minyak kelapa dara untuk kesihatan rambut.
“At my age, rambut still sihat. Dari dulu sampai sekarang, saya letak minyak tersebut yang ada bau bunga jasmin sekurang-kurangnya once every two weeks. Sekarang pun saya dah mula pergi gym dulu tak pernah pergi. Pergi sebab suami aktif ke gim. Kalau tak sempat, saya pergi walk at least 5 km or more. To get the heart going and stamina.
“Sejak usia cecah 40 tahun ke atas, jujur berat badan sebenarnya dah naik. Masa remaja dulu saya bertuah sebab high metabolism walau kuat makan tapi tak naik berat. Dalam kalangan Elite pun saya yang paling kuat makan. Bila dah 40, susah nak turun berat badan.
“Sekarang semua kena sederhana. Makan kena cut down. Kalau dah berumur nak kurus macam dulu tak boleh dah. Jadi, saya akan enjoy pergi gim sambil tengok Netflix ke. Tapi tak terlalu ekstrem dan kira kalori makanan. Yang penting, moderation dan terus amal gaya hidup aktif serta sihat,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, Sasha melangsungkan perkahwinan kali ketiga bersama duda anak dua, Sirhan Wahab pada Januari 2020 dan pasangan ini menetap di Dubai.
Empat tahun berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sasha yang juga suri rumah tangga tetap aktif dan bekerja secara sambilan di sana sebagai pengacara majlis, modelling dan memenuhi tawaran nyanyian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Selebriti sensasi, Nikita Mirzani, tetap bersuara meskipun kini sedang berada dalam tahanan di Polda Metro Jaya.Bersempena ulang tahunnya yang ke-39 pada 17 Mac, satu...