Pelakon, Rita Rudaini mendedahkan dirinya ada memasang hajat untuk berhenti daripada dunia lakonan bagi memberikan sepenuh tumpuannya dalam membesarkan anak-anak.
Memetik laporan Kosmo Online, dia kini sedang merangka perancangan masa depannya termasuklah mempersiapkan dirinya dalam menceburi bidang bisnes.
“Sebenarnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini saya rasa puas dapat duduk di rumah memasak, tengok anak belajar dan banyak lagi.
“Ikutkan saya punya perancangan dalam tiga atau empat tahun lagi sebelum umur masuk ke angka 50 tahun, saya nak berhenti jadi pelakon.
“Sebagai persediaan, saya buat bisnes wangian dan selagi ada peluang saya ambil walaupun kecil, janji ada rezeki.
“Asalkan anak-anak ada tempat berlindung dan cukup makan pakai, saya bersyukur,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Menurut pelakon filem, Mami Jarum Junior itu lagi, dia turut berhasrat untuk menghantar kedua-dua orang anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah tahfiz.
Mengakui sering terbawa-bawa dengan urusan dunia ketika usia muda, Rita mendedahkan dia kini lebih matang dan sedang berusaha untuk mendekatkan diri dengan ilmu agama.
“Saya secara perlahan dalam usaha mendalami agama dan merancang menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz, doakan semoga semuanya dipermudahkan,
“Allah bagi kita ujian kerana ada sebab. Jujur saya katakan, saya kini mula menjaga solat. Dahulu tidak, kerana saya terlampau mencintai manusia. Saya sudah kahwin, ada suami, ada anak tetapi tak bersyukur.
Ads
“Apabila ditimpa ujian barulah saya beringat. Allah tak tinggal saya, itu yang buat saya semakin kuat sebab tahu Allah sayang saya. Dari situ saya semakin menjaga hubungan dengan Allah,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini turut memaklumkan dia sejujurnya tidak menolak seandainya Allah mempunyai perancangan mengenai jodohnya.
“Mungkin Allah nampak kelemahan saya sampai ditarik satu demi satu orang yang saya sayang supaya saya kembali kepada-Nya.
Ads
“Mungkin, kalau saya masih di situ, saya takkan beringat dan berubah menjadi hamba-Nya yang lebih baik.
“Kalau Tuhan hantar ‘hadiah’ kepada saya, kenapa saya tolak? Mungkin itu adalah ‘pelangi’ untuk saya. Kalau Allah hantar jodoh, saya akan terima dengan reda,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.
Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 12 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 10 tahun.
Sumber: Kosmo Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kehilangan sebutir permata yang menyinari industri hiburan tempatan dan Indonesia, Ashraf Sinclair cukup mengejutkan ramai.
Bintang berusia 40 tahun ini dilapor telah meninggal dunia jam 4:51 pagi tadi di Hospital MMC, Jakarta, Indonesia.
Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung.
Sebagai mengimbau kenangan dan memori Allahyarham dalam industri hiburan, MH kongsi trivia mengenai arwah.
1. Lahir Di London
Dilahirkan pada 18 Sepetember 1979 di London, United Kingdom, pemilik nama penuh Ashraf Daniel Mohammed Sinclair ini seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak kekok untuk bergambar bersama peminat.
Pelakon, Nadzmi Adhwa muat naik video dia bersama rakan pelakon, Ardell Aryana, semalam.
Apa yang menarik perhatian apabila dia tiba-tiba mengucapkan ‘I Love You’ kepada Ardell dan wanita itu kemudian memberi jawapan yang tidak disangka-sangka.
“Kepala bana kau,” balas Ardell.
Nadzmi kemudiannya kelihatan terhibur dengan jawapan Ardell itu dan mencabar orang lain untuk berbuat perkara sama sepertinya.
“Lelaki kena gentle terus terang je. Mana tahu dapat “ Love You Too “ ke kan ? Saya cabar korang semua buat #WanitakuChallenge
“Senang je. Korang pick random siapa sahaja perempuan atau lelaki pergi cakap “ ILoveYou “ kat dia and tengok reaction dia.
“Lepastu tagg saya. Mana tahu jadi jodoh lepastu kan. Video yang paling win akan dapat hadiah dari team kami iaitu Limited Edition Cover Album #Wanitaku
“Selamat Mencuba. Sorry del jangan marah aku @ardellaryana aku gurau #WanitaKuChallenge,” tulisnya.
Di ruangan komen, kelihatan ramai yang terhibur dengan video tersebut dan mendoakan agar ada jodoh di antara mereka berdua.
Sebelum ini, hubungan rapat antara Nadzmi dan Ardell sememangnya diketahui ramai dan ternyata ramai juga yang mendoakan agar kedua-duanya akan berkahwin satu hari nanti.
Foto/Instagram: Nadzmi Adhwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang gadis yang menjadi mangsa ‘body shaming’ gara-gara melakukan video mengenakan make up menerusi aplikasi ‘siaran langsung’ di salah sebuah platform media sosial.
Perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senang di hari ramai pihak termasuklah pelakon, Que Haidar.
Menurut Que Haidar, dia menyifatkan kelakuan tersebut sebagai menjijikkan lebih-lebih lagi buat mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang normal.
“Baca komen-komen mereka buat saya mual. Perkara macam nilah yang buat saya rasa jijik. Kata-kata manusia yang sibuk menghitung kelainan orang lain. Menjadikan ianya normal tanpa sedar mereka menunjukkan mcm mana didikkan parents mereka.
“Mereka rasa ianya biasa, menjadikan fizikal sesama kita sebagai hiburan, SICK!! Apa-apa yang berbentuk body shaming, racist memang tak patut kita normalkan,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon filem, Lagenda Budak Setan ini turut beranggapan budaya seperti ini banyak didorong oleh pengaruh rancangan-rancangan hiburan di kaca televisyen masa kini.
“Antara penyumbang untuk mereka rasa perkara ini ok bila mereka tonton perkara ini dikaca TV/rancangan hiburan. Jadi tanggungjawab kita besar dengan pengaruh yang kita ada.
“Hidangkanlah pengaruh yang baik-baik kita sesama kita hanya perlu jadi lebih baik. Kita tak perlu untuk ke Universiti untuk belajar lebih beradab,” katanya lagi.
Sementara itu, Que Haidar turut memberikan kata-kata semangat buat gadis tersebut.
“Untuk adik ni, abang doakan semoga awak terus berjaya dalam apa-apa pun yang awak buat. Insyallah ramai yang sokong awak,” akhirnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa yang sama selain turut menyeru orang ramai supaya memberhentikan budaya tidak sihat ini.
Sumber: Instagram Qur Haidar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!