Penyanyi senior, Ashira Aziz mendedahkan sebagai seorang ibu, dia akan sentiasa mempertimbangkan setiap kemahuan anak tunggalnya, Megat Shazril yang kini semakin meniti usia remaja.
Menurut Ashira, sekiranya dia mengambil pendekatan untuk terlalu bertegas, berkemungkinan besar anaknya itu akan memberontak dikemudian hari.
Terbaru, menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Ashira memaklumkan dia telah pun membuat kejutan dengan mengatur temu janji anaknya berama kawan perempuannya yang dikenali sebagai Yana secara diam-diam.
View this post on Instagram
“Bila anak dah besar kita tak boleh nak halang dia nak berkawan. Benda yang tak baik kita tegur.
“Kalau kita membangkang ini tak boleh itu tak boleh, nanti budak-budak ni memberontak lagi susah jadinya.
“So, today mama dengan baik hati secretly buat temujanji dengan kawan perempuan dia ni tanpa pengetahuan dia. Yang penting depan mata,” tulisnya.
Bagaimanapun, bekas peserta Gegar Vaganza (GV) musim ke-7 ini turut mengingatkan kedua-dua mereka untuk berkawan dengan baik dan menghindari perbuatan yang tidak elok.
“Yang kelakarnya dia nampak macam abang padahal budak perempuan ni lagi tua dari dia hahaha alahai so cute! Happy Birthday once again Yana.
“Next year boleh celebrate sekali selang sehari jer birthday Yana dengan Aunty. Korang dua kawan elok-elok, jangan terjebak dengan benda-benda yang tak elok.
“Apapun pelajaran mesti diutamakan, ingat pesan mama selalu okay,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara didikan yang ditunjukkan oleh Ashira malah mereka turut menyifatkan Ashira sebagai seorang ibu yang sangat sporting.
“Nak mak macam Aunty ni juga lah.. lepas tu nak remaja balik. Okay bye.
“Macam anak-anak saya. Apa-apa semua saya tahu. Diorang suka share dengan saya.
“Mama yang sporting dan very supportive.
“Wow mama sporting sama la macm anak saya juga dalam diam ada kawan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, enam tahun lalu, Ashira telah pun berpisah dengan bekas suaminya dan semenjak itu, dia telah pun membesarkan anaknya seorang diri.
Kemudian, awal tahun lalu, penyanyi lagu, Di Ombak Resah ini telah pun mendirikan rumah tangga bersama anggota kumpulan Indigo, Bad.
Sumber: Instagram Bad Indigo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI