Selepas berakhirnya konsert grup wanita sensasi, Blackpink di Kuala Lumpur pada 4 Mac lalu, nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak semena-mena turut trending di media sosial.

Hasil pemerhatian MH, hal tersebut berlaku disebabkan kedua-dua kumpulan peminat dilihat berbalah selepas konsert Blackpink yang dihadiri hampir 62,000 penonton tidak mampu menandingi jumlah penonton konsert Fantasia Siti yang diadakan pada 2004.

Pada ketika itu, jumlah penonton yang direkodkan adalah seramai 70,000 orang.

Tidak berhenti disitu, peminat Blackpink juga mendakwa grup Korea Selatan itu lebih berbakat berbanding Siti kerana mereka mampu menyanyi, rap dan menari dalam satu masa ketika membuat persembahan.

Bercakap mengenai perkara tersebut, penyanyi lagu Biarlah Rahsia ini akui sedikit tertekan namun, dia lebih selesa untuk memandang hal ini daripada sudut positif.

“Kalau Mengata Celine Dion, Saya Pun Akan Pertahankan Cuma…,” – Jadi Perbandingan Konsert BlackPink, Siti Mohon Peminat Tak Gaduh

“Kadang-kadang stress juga bila ada yang membanding-bandingkan. Bagi saya, selepas fasa pandemik berakhir, Allah kembali membuka rezeki untuk semua orang lebih-lebih lagi buat anak seni. Kini, kami boleh berkarya semula.

Ads

“Anda sendiri boleh lihat betapa banyak konsert-konsert yang boleh diadakan ketika ini. Pada masa sama, para anak seni ini sudah boleh mencari makan,” katanya kepada MH.

Siti berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Satu Suara baru-baru ini.

“Kalau Mengata Celine Dion, Saya Pun Akan Pertahankan Cuma…,” – Jadi Perbandingan Konsert BlackPink, Siti Mohon Peminat Tak Gaduh

Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia faham bila peminat mempunyai pendirian masing-masing tetapi tidak perlulah sehingga mencetuskan pergaduhan besar.

Ads

“Saya tak faham mengapa perlu ada perbandingan-perbandingan seperti ini. Saya terkejut kenapa nama saya tiba-tiba trending pada waktu itu. Rupanya para peminat ini sedang bergaduh.

“Bagaimanapun, saya faham bila peminat mempunyai pendirian mereka masing-masing. Kalau saya meminati seseorang artis contohnya Celine Dion, saya pun akan pertahankan kalau ada yang berkata bukan-bukan pada dia.

“Pada saya, perkara itu normal tapi tak perlulah sampai timbulkan pergaduhan besar-besaran. Nak berdebat di media sosial, sikit-sikit je saya faham lagi,” ujarnya lagi.

Ads

“Kalau Mengata Celine Dion, Saya Pun Akan Pertahankan Cuma…,” – Jadi Perbandingan Konsert BlackPink, Siti Mohon Peminat Tak Gaduh

Dalam perkembangan lain, Siti bakal menganjurkan Konsert Satu Suara Vol.3 dan akan bergandingan bersama dua penyanyi hebat tanah air, Jay Jay dan Ernie Zakri.

Konsert tersebut bakal berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur pada 13 Mei ini.

Tiket sudah pun mula dijual sejak Selasa lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI