Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa bakal menantunya yang juga merupakan pelakon, Elisya Sandha kini sudah pun tinggal sebumbung bersama keluarganya.

Jelas Sheila, jangan hanya disebabkan Elisya sering kelihatan ada di rumahnya pada malam hari, para netizen boleh menabur fitnah sesuka hati.

Katanya lagi, Elisya juga merupakan seorang wanita yang tahu menjaga batas serta air muka kedua orang tuanya.

“Ada pula yang tanya pasal gosip dia belum kahwin tapi dah duduk sini ke? Hello…dia belum duduk sini lagi. Disebabkan dia ada di sini di malam hari, korang menabur fitnah kata dia tinggal di sini.

“Jangan fitnah, berdosa. Dia masih ada mak bapak yang perlu dijaga nama, air muka dan tidak boleh menconteng arang. Dia tahu tatatertib dirinya sendiri,” katanya lagi.

Ads

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

“Kalau Mereka Cuba Lakukan Perkara Tak Diingini, Kaki Sis Sampai Dulu,” – Berhenti Tabur Fitnah, Sheila Rusly Nafi Elisya Sandha Kini Tinggal Serumah “Kalau Mereka Cuba Lakukan Perkara Tak Diingini, Kaki Sis Sampai Dulu,” – Berhenti Tabur Fitnah, Sheila Rusly Nafi Elisya Sandha Kini Tinggal Serumah “Kalau Mereka Cuba Lakukan Perkara Tak Diingini, Kaki Sis Sampai Dulu,” – Berhenti Tabur Fitnah, Sheila Rusly Nafi Elisya Sandha Kini Tinggal Serumah

Dalam pada itu, Sheila turut menambah, dia juga lebih gemar sekiranya Elisya meluangkan masa bersamanya untuk belajar memasak berbanding menghabiskan masanya dengan hanya melepak.

Ads

Jelasnya lagi, dia juga boleh memantau segala tindak tanduk anak dan bakal menantunya itu sekiranya mereka ada dekat bersamanya.

“Daripada dia pergi melepak tak tentu arah, lebih baik dia pergi rumah mak mertua dia dan belajar masak.

“Kedua-dua mereka ada dekat depan mata sis. Kalau dikatakan mereka cuba melakukan segala perkara-perkara yang tidak diingini, kaki sis sampai dulu.

Ads

“Jadi, jangan tabur fitnah dekat menantu kita. Tak baik,” jelanya lagi.

“Kalau Mereka Cuba Lakukan Perkara Tak Diingini, Kaki Sis Sampai Dulu,” – Berhenti Tabur Fitnah, Sheila Rusly Nafi Elisya Sandha Kini Tinggal Serumah “Kalau Mereka Cuba Lakukan Perkara Tak Diingini, Kaki Sis Sampai Dulu,” – Berhenti Tabur Fitnah, Sheila Rusly Nafi Elisya Sandha Kini Tinggal Serumah

Terdahulu, anak kepada Sheila, Uzair Haqimy telah pun melansungkan majlis pertunangannya bersama Elisya yang juga merupakan adik kepada pelakon popular, Fasha Sandha pada tanggal 31 Januari yang lalu.

Sumber: Instagram Sheila Rusly

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI