Aktor terkenal, Remy Ishak menyarankan kepada para pendatang baharu untuk berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk memulakan kerjaya di dalam industri seni tanah air.

Menurut Remy, perkara tersebut mula dirasainya setelah lama bergiat aktif sebagai seorang anak seni.

“Kalau Mereka Tanya, Saya Cakap ‘Tak Payah La,” – Remy Ishak Nasihat, Fikir Masak-Masak Sebelum Jadi Pelakon

“Sekarang ini, kalau ada budak-budak baru yang ingin bertanya kepada saya macam mana nak masuk ke dalam industri seni, saya akan cakap ‘tak payah la’.

“Perkara ini saya sifatkan seperti satu kitaran. Dulu kita tak rasa lagi. Satu ketika dahulu, sewaktu saya masih bekerja di sebuah hotel, saya pernah berjumpa dengan Abang Afdlin dan bertanyakan perkara yang sama.

“Tapi dia macam tarik muka dengan saya. Saya keluar bilik tu sampai menyumpah-nyumpah. Saya tertanya-tanya macam ni ke kehidupan seorang artis? Tapi bila saya dah duduk di tempat Abang Afdlin, baru saya faham.

Ads

“Kalau ada budak baru datang dan bertanyakan kepada saya, mungkin perkara sama juga yang akan saya katakan,” katanya.

Pelakon filem Harum Malam itu berkata sedemikian dalam satu temu bual bersama stesen radio, Sinar FM yang dikongsikan menerusi laman Youtube.

“Kalau Mereka Tanya, Saya Cakap ‘Tak Payah La,” – Remy Ishak Nasihat, Fikir Masak-Masak Sebelum Jadi Pelakon “Kalau Mereka Tanya, Saya Cakap ‘Tak Payah La,” – Remy Ishak Nasihat, Fikir Masak-Masak Sebelum Jadi Pelakon

Bagaimanapun, Remy menjelaskan sekiranya mereka benar-benar punyai minat di dalam bidang glamour ini, mereka harus punyai keberanian untuk berhadapan dengan setiap cabaran.

Ads

“Bukannya kita ni tak nak sokong. Kalau ada yang nak terjun ke dalam dunia seni ini, kita alu-alukan. Namun, kalau ada bidang akademik yang lain atau yang lebih bagus, rasanya lebih elok pergi ke bidang itu dahulu.

“Industri seni di Malaysia ini agak kecil. Kita alu-alukan orang-orang baru yang lebih bersemangat dan industri pun perlukan mereka tapi mereka kena berani lalui setiap cabaran yang ada. Bidang ini sangat mencabar,” kongsinya lagi.

“Kalau Mereka Tanya, Saya Cakap ‘Tak Payah La,” – Remy Ishak Nasihat, Fikir Masak-Masak Sebelum Jadi Pelakon

Ads

Terdahulu, Remy kini sedang giat mempromosikan filem terbarunya yang berjudul Harum Malam arahan pengarah terkenal, Dain Said.

Selain Remy, filem tersebut turut dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Bront Palare, Iedan Aedan dan Nadiya Nisaa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Remy Ishak & Youtube Sinar FM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI