Sejurus ditempelak sesetengah netizen yang memperkatakan mengenai penampilannya yang kurang sesuai saat memberikan ceramah motivasi baru-baru ini, Janna Nick menerima dengan baik terhadap teguran yang diterimanya.
Malah, bintang berusia 24 tahun ini secara profesional turut memohon maaf atas kesilapannya yang andai dikatakan kurang peka dalam memilih pakaian berdasarkan situasi.
“Silap saya. Saya akan perbaiki kalau ada lagi undangan untuk memberikan ceramah seumpama itu. Akan datang saya akan pakai pakaian yang lebih bersesuaian. Mungkin itu adalah yang pertama dan rasa itu adalah kesilapan sendiri.
“Ya saya akui kesilapan saya. Kadang-kadang kita tidak sedar apabila ditegur barulah kita tahu. Kalau mereka tidak tegur mungkin saya tidak akan tahu kesilapan saya. Saya kena terima,” katanya jujur kepada MH.
Pada masa sama, bintang Cari Aku Di Syurga ini juga akhirnya sedar untuk menyampaikan sesuatu dalam majlis berbentuk ilmu, dia perlu menjaga serba-serbi termasuk dalam hal penampilan.
Ads
“Nak menyampaikan satu benda yang ilmiah ni kita pun kenalah dalam keadaan yang sopan. Sebabnya kita nak sampaikan kepada umum di mana persepsi yang yang melihatnya berbeza-beza.
“Jadi untuk menyenangi mata semua orang, kenalah ikut kehendak ramai. Untuk kali yang seterusnya saya akan berpakaian yang lebih sopan,” jelasnya lagi.
Ads
Ditanya sama ada dia sudah serik untuk memberikan ceramah atas kritikan yang dilemparkan terhadapnya baru-baru ini, Janna ada jawapan sendiri.
“Saya rasa tak akan putus asa untuk menyampaikan ilmu atau berkongsi sebabnya saya lakukan ikhlas dan segala kesilapan yang kecil itu saya cuba untuk elakkan lagi pada masa depan,” terangnya ringkas.
Sebelum ini, Janna ada berkongsi sedutan video dirinya sedang memberikan ceramah motivasi selain berkongsi pengalaman yang sudahpun gigih mencari rezeki sendiri sejak berusia 14 tahun lagi.
Ads
Meski ramai yang memuji perkongsian Janna yang disifatkan memberi inspirasi dan bermanfaat, namun ada juga yang menilai sisi negatif terhadap apa yang dipakainya ketika itu.
Terdahulu, Janna ditemui ketika sidang media teater Malayu – Pawana Isabella di Bilik Nilam Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Khamis.
Selain Janna, teater arahan pengarah Erma Fatima bersama Naque Ariffin itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Johan Raja Lawak, Datuk Afdlin Shauki dan Azar Azmi dan ramai lagi.
Teater fiksyen bangsawan ini akan mula ditayangkan bermula 21 Ogos ini di Istana Budaya.
Penyanyi yang kini bergelar usahawan, Lufya Omar mengakui bukan satu perkara mudah untuk mengapai kejayaan dalam kehidupan.
Lufya yang sudah berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan kek lapis istimewa berharap agar orang ramai sentiasa bersikap positif dan tidak memberikan sebarang komen yang berunsur penghinaan atau sebagainya.
“Menegur jangan sampai menghina
Mendidik jangan sampai memaki
Meminta jangan sampai memaksa
Memberi jangan sampai mengungkit
“Relate dengan korang tak? Bukan senang nak senang dalam hidup. Kadang kita sendiri boleh nampak ujian dan cabaran dalam meniti kejayaan.
“Macam-macam hal pun ada. Tolong la kasi nasihat yang membina,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan kata-kata semangat agar ibu tunggal ini terus cekal dengan ujian dihadapinya.
Terdahulu, Lufya mendirikan rumah bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laan Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, pasangan tersebut sudah punpada 17 Jun lalu.
Foto: Instagram Lufya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Model dan pelakon, Ahya Rosli Ulumuddin ada berkongsi beberapa keping gambar percutiannya bersama isteri tercinta, Shahirah Sanusi.
Pasangan sama cantik sama padan ini mengisi masa bersama di lokasi berpulau di Thailand.
Pada masa sama, Ahya mengakui jika sebelum ini (zaman bujang) dia bercuti sendirian, tetapi selepas bergelar suami, dia kini gembira kerana kerana dapat menghabiskan masa bersama isteri tersayang.
“Sebelum kahwin selalu holiday sorang. Tapi sekarang dah ada teman. Bleh swim sama2.
“Mkn sedap sama2. Pasni nak gi sambung jakarta,” tulis Ahya ringkas di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Ahya, 32 yang juga anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri mendirikan rumah tangga dengan wanita berusia 27 tahun itu pada akhir Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian.
Ahya turut memberikan wang hantaran sebanyak RM30,000 kepada Shahirah.
Apa pun, seronok betul bila tengok pasangan bahagia cuti-cuti. Moga ikatan yang dibina kekal selamanya…
Foto : IG Ahya Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Amboi, panas rupanya video yang dimuatnaik Fizi Ali, suami kepada Shakilla Khoriri.
Video yang menunjukkan Fizi cuba bergurau dengan memetik bunga dan cuba memujuk isteri dengan lagu Alololo nampaknya menjadi kecaman netizen apabila Shakilla dilihat merajuk dan meninggikan suara.
Terbaru, dalam posting yang dikongsikan Shakilla di laman Instagramnya, dia membidas kecaman netizen yang dilihat keterlaluan sehingga ada yang mengatakan dia bakal sukar bersalin sekiranya tidak meminta maaf kepada suami.
“Cepat minta maaf dengan Fizi, takut nanti susah beranak.”
“Tak kelakar, Sedih aku tengok bini buat laki macam ni.”
Kesal dengan kata-kata yang dilemparkan, Shakilla memuatnaik kapsyen yang menafikan suaminya lelaki dayus.
“Tak baik kata Pizi Aley suami dayus.
Angpa pun agak2 lah.
“Aku ni pregnant je bukan buang tebiat tak tahu betul salah setiap benda.
“Aku ni memang belum sempurna nak tutup auratnya tapi takde lah jahil atau bodoh dalam menilai.
“Yang angpa konon tutup litup, solat lima waktu tak tinggal tu SEMPURNA ke? Kalau yakin masuk syurga angpa tak kan ada masa nak ngadap phone tengok media sosial.Nak kutuk orang sana sini.
“Jangan seronok sangat dok kata orang. Sat lagi air ludah jatuh bertepek atas muka sendiri baru tau,” tulisnya.
Mengakui bukan insan sempurna, Shakilla meminta agar netizen yang tidak menyukainya agar berhenti ‘stalk’ kisah peribadinya.
“Aku tau aku bukan isteri atau manusia sempurna tapi sekurang2 nya aku tak FAKE. Angpa dok kecam orang sana sini gambar pun tak berani tunjuk, Account pun private. Elehhhh……. berani belakang2 tahi kucing.
“Dah jangan semak. Aku tak nak benci orang. So unfollow aku atau siapa2 ja yang angpa rasa angpa tak suka. Ni dok follow, dok stalk pastu nak meroyan. Apa bendaaaaaa lah angpa.
“Depa tak tau hari2 i dok cium syurga i kat rumah.Walaupun kaki bau acem
“Hellooo @fizialisuria , tak sayang you pun,” tulisnya panjang lebar.