Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berpandangan, kerjasama yang dijalinkan diantara dirinya bersama beberapa jenama restoran terkemuka tidak harus dipandang daripada sudut perniagaan semata-mata.
Sebaliknya, ia telah terlebih dahulu dinilai daripada aspek keserasian dan keyakinan yang penuh terhadap jenama tersebut.
Menurut Fazley, setiap jenama yang ingin berkolaborasi bersamanya, hendaklah sentiasa terbuka untuk menerima kritikan dan harus mempunyai sikap bertoleransi.
“Bila memilih jenama untuk berkolaborasi, saya sangat berhati-hati. Saya bukan jenis yang terima sahaja. Yang petama, jenama itu mesti saya dah pernah rasa dan yakin.
“Kedua, jenama tersebut mestilah sentiasa terbuka dengan apa sahaja cadangan saya. Ketiga, jenama itu juga mesti sudi ditegur dan diberi kritikan membina.
Ads
“Kalau saya kerja dengan jenama-jenama tertentu dan perlukan penambahbaikkan, bila mereka terima, itu yang saya mahukan. Kolaborasi merupakan perkahwinan diantara kedua belah pihak.
“Orang selalu ingat bila bekerja dengan jenama besar ini, ia sebagai satu perniagaan. Tapi sebenarnya tidak. Ia adalah perkahwinan yang perlu diperpanjangkan. Kita perlu sedia menegur, ditegur dan perlu ada dedikasi untuk bertoleransi,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu, Bila April itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengenalan duta dan prarasa menu baharu Kembara Ramadan X Raya Sojourn Tony Roma’s baru-baru ini.
Ads
Dalam pada itu, bapa kepada empat orang cahaya mata ini turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang mengatakan dirinya hanya ingin berkolaborasi bersama jenama-jenama besar sahaja.
Katanya lagi, dia juga lebih selesa untuk turut sama turun padang berbanding hanya menjadi wajah penghias semata-mata.
“Jujur saya katakan, saya tak kisah untuk berkolaborasi dengan jenama apa sekali pun. Saya pernah berkolaborasi dengan sekecil-kecil jenama yang Instagram followers baru sembilan orang sehinggalah yang memiliki followers berjuta-juta.
“Pada saya, bukan populariti jenama yang dicari, tapi ketelusan bila berkerjasama. Ada juga jenama-jenama besar yang nak bergabung dengan saya, tapi bila saya lontarkan idea, mereka tak mahu terima.
Ads
“Syarat saya hanya satu, kalau nak berkersama dengan saya, kena benarkan saya masuk dapur. Kalau nak pakai muka saya semata-mata, jarang saya terima,” ujarnya lagi.
Menerusi kerjasama ini, Tony Roma’s dan Fazley telah memperkenalkan empat menu baharu iaitu Brown Butter Pesto Australian Lamb Ribs, Honey Glazed Crispy Australian Beef Ribs, Torched Honey Mustard Half Chicken dan Frozen Romanita.
Menu edisi terhad ini diinspirasikan daripada semangat ‘Rembau to America’ dan tersedia mulai 2 April sehingga 31 Mei.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Khabar gembira dikongsikan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong apabila anakanda kembar baginda berdua telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.
Menerusi satu hantaran di lnstagram Istana Negara, dapat dilihat foto baginda berdua bersama anakanda-anakanda usai majlis menerima ijazah.
Sebelum itu, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menghadiri majlis graduasi Yang Amat Mulia anakanda-anakanda Baginda berdua yang diadakan di Kampus Royal Holloway, University of London di Egham, Surrey, United Kingdom pada 18 Julai 2022.
Majlis yang berlangsung pada jam 11.00 pagi waktu tempatan, YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi and Sosiologi.
Manakala, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan barisan pemimpin tertinggi universiti tersebut selain menghadiri majlis graduasi.
Turut berangkat sama ke majlis konvokesyen tersebut adalah anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Dibuka rasmi oleh Baginda Ratu Victoria pada 30 Jun 1886, Royal Holloway, Universiti of London, kini tersenarai dalam 25 universiti terbaik di United Kingdom.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Pelawak dan hos, Jihan Muse mengambil pendekatan terbaik apabila melakukan pembersihan di dalam rumah sebagai pencegahan kepada ancaman penyakit dan virus.
Menerusi entri terkininya di Instagram, hos Gegar Vaganza itu dilihat ada memuat naik foto serta video kerja-kerja pembersihan perabot dalam rumah yang telah dilakukan semalam.
Malah jelasnya, dia turut berpuas hati dengan servis yang diberikan petugas yang melakukan kerja-kerja pembersihan.
“Puas hati! Selalu kita sanitize tgn. Semalam kita sanitize rumah. Sebelum ni tak pernah tau pun service ni wujud.
“Kalau korang pun nak try blh cari @abdelcuci . Lagi2 skrg ni mcm2 jadi segala kuman virus bakteria mcm2 lah. Bukan lah nak kata confirm2 selamat tapi at least ni ada langkah pencegahan.
“Ataupun kalau bkn sbb virus pun niat je lah saja2 nak rumah bersih. Fresh rasa. Mcmana tgn kita fresh lps pakai sanitizer tu mcmtu jugakla dinding kita rasa.
“Kot. Selalu harga sanitize 1 rumah RM750 tp skrg @abdelcuci bg penurunan harga sbb keadaan skrg ni jadi RM299 shj,” tulis Jihan.
Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu melakukan riviu kerana puas hati dengan hasil yang diberikan.
“Saya review sbb saya puas hati. Alhamdulillah. Tq @abdelcuci . Oh btw diorg ade service cuci sofa & carpet jugak tu harga lain tny diorg lah. Sekian,” katanya sambil disusuli dengan beberapa tanda pagar.
Menjengah ke ruangan komen, para peminat rata-ratanya memuji serta bersetuju dengan inesiatif yang diambil Jihan sekeluarga, sebagai antara langkah keselamatan khasnya bagi mereka yang mempunyai anak.
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman...