Penyampai radio, DJ Lin menyifatkan pengalamannya selama 22 tahun di dalam industri radio tanah air sedikit sebanyak menjadi faktor kejayaan dalam mengemudi radio Suria FM yang kini semakin mendapat tempat di hati para pendengar.

Jelas DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Kanan Suria FM, apabila dia diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut tiga tahun lalu mendedahkan, ada beberapa faktor yang harus dipenuhi sekiranya mahu bekerja dengannya.

“Alhamdulillah saya bersyukur, mungkin ini semua kerana pengalaman saya sendiri selama 25 tahun di dalam industri radio Malaysia.

“Saya bermula sebagai penyampai radio.
Saya dah melihat bermacam-macam legasi dan ragam-ragam sesetengah pihak.

“Bila saya diberi tanggungjawab sebagai ketua stesen radio Suria FM, saya akan pasti tiga kriteria ini diberikan keutamaan.

“Pertama sekali adalah barisan penyampai. Kedua pula mengenai konten yang mereka tawarkan dan yang ketiga adalah pemilihan lagu.

IKLAN

“Tiga elemen ini harus digembeling untuk kita tawarkan sesuatu yang dapat menawan hati ramai pihak,” katanya kepada MH.

“Kalau Nak Diva, Saya Boleh Jadi Diva Sebab…,”- Masalah Disiplin Penyampai Boleh Jejas Reputasi Radio, Ini Respon Jujur DJ Lin “Kalau Nak Diva, Saya Boleh Jadi Diva Sebab…,”- Masalah Disiplin Penyampai Boleh Jejas Reputasi Radio, Ini Respon Jujur DJ Lin

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid berkata sedemikian sewaktu ditemui di Konsert Digital Jelajah Suria di Warisan Hall Studio, Telok Panglima Garang, Selangor pada Rabu.

Jelasnya yang sinonim menerusi segmen Suria Cinta itu lagi, dia juga amat menitikberatkan mengenai soal disiplin para penyampai, lebih-lebih lagi apabila nama mereka semakin popular dan sentiasa meniti di bibir para pendengar.

IKLAN

“Kalau Nak Diva, Saya Boleh Jadi Diva Sebab…,”- Masalah Disiplin Penyampai Boleh Jejas Reputasi Radio, Ini Respon Jujur DJ Lin “Kalau Nak Diva, Saya Boleh Jadi Diva Sebab…,”- Masalah Disiplin Penyampai Boleh Jejas Reputasi Radio, Ini Respon Jujur DJ Lin

Menurut DJ Lin, sekiranya para penyampai mempunyai masalah dari segi sikap, kerjaya mereka di dalam bidang radio tidak akan kekallama.

“Disiplin penyampai juga penting. Saya selalu ingatkan para penyampai saya. Popular mana pun kita, harus tahu menghormati orang. Jangan sombong dengan orang dan bersikap ‘diva’.

IKLAN

“Kalau penyampai radio ada sikap atau pemikiran seperti ini, mereka tidak akan kekal lama. Biar kita merendah diri dan sebagai orang melayu kita kaya dengan adab.

“Sama ada nak bercakap dengan pendengar atau para media, bahasa harus dijaga dan jangan guris hati orang.

“Saya selalu cakap dengan mereka, kalau nak diva, saya boleh jadi diva sebab saya paling lama diantara mereka. Macam-macam dah saya tempuhi. Bagi saya diva tiada dalam kamus hidup saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Konsert Digital Jelajah Suria telah pun menghimpun barisan artis ternama tanah air seperti Datuk Awie, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Kugiran Masdo dan ramai lagi.

Selain DJ Lin, antara penyampai Suria FM yang turut hadir memeriahkan suasana termasuk Ajak, Fizi, Issey dan Sharifah Shahirah.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI