Hiburan

“Kalau Nak Komen, Dah Lama Saya Buat…,” – Zahirah Macwilson

Share

Aktres, Zahirah Macwilson kekal dengan pendiriannya untuk tidak memberikan sebarang respon berhubung kontroversi yang melibatkan namanya dan suami, yang juga merupakan pelakon Aiman Hakim Ridza.

Menurut Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, sekiranya dia mahu memberikan sebarang kenyataan, sudah tentu dia berbuat sedemikian sejak awal kontroversi ini bermula.

“Pada saya, kalau saya nak komen, sudah lama saya akan komen.

“Rasanya anda juga boleh melihat sendiri setakat ini.

Zahirah dan Aiman berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi raya Clarks With Zahirah di The Exchange Mall (TRX), Kuala Lumpur pada Rabu.

Terdahulu nama Zahirah menjadi bualan hangat netizen selepas pelakon, Fathia tampil dalam sebuah video menyamakan wajah Zahirah seperti bibik atau pembantu rumah.

Fathia dipercayai berkongsi perkara itu ketika membalas komen netizen yang memberitahu Zahirah lebih cantik berbanding dirinya menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Pelakon drama Ariana Rose itu turut mendakwa bibir aktres berkenaan dipercayai hasil daripada pembedahan plastik dan bukannya asli.

Malah Fathia memberitahu dia bersyukur kerana tidak bersama pelakon
Aiman Hakim Ridza sebaliknya bekas teman lelakinya itu berkahwin dengan
Zahirah.

Sejak daripada insiden itu, Zahirah dan Aiman dilihat tidak pernah memberikan sebarang kenyataan dan memilih untuk menjalani rutin hidup seperti biasa.

Sekadar informasi, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur dua tahun.

Malah, Zahirah juga kini sedang menunggu hari untuk melahirkan cahaya mata kedua.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf