“Kalau Nak Masuk Campur Boleh Jumpa Saya Dulu,” – Aaron Aziz

Share

Aktor Datuk Aaron Aziz, 47, mengambil pendirian untuk tidak lagi mengulas lanjut mengenai isu kontroversi di antaranya dengan pengarah Syamsul Yusof sebagai menghormati permintaan isteri, Datin Diyana Halik.

Aaron berkata, Diyana turut memintanya untuk tidak lagi apa-apa kenyataan berhubung isu berkaitan.

“Tiada komen, benda sudah habis kot. Sebab isteri saya kata jangan berikan apa-apa kenyataan lagi dan saya menghormati permintaannya.

“Jadi cukuplah. Mungkin dia tahu perangai suaminya bagaimana,” katanya kepada MH ketika ditemui pada Majlis Pelancaran & Jualan Promosi pembukaan Jakel di Shah Alam, hari ini.

Ditanya mengenai tindakan rakan pelakon yang memberikan reaksi berhubung perkara berkaitan, Aaron memohon supaya individu yang tidak terbabit dengan produksi filem The Original Gangster agar tidak masuk campur.

“Kepada pelakon atau individu yang tak terlibat dalam produksi, jangan bagi kenyataan atau masuk campur. Kalau nak masuk campur, boleh jumpa saya dulu,” katanya lagi.

Ditanya apa jalan solusi terbaik untuk menyelesaikan kemelut antaranya dengan Syamsul, Aaron secara umum, mohon maaaf kepada ibu bapanya terlebih dahulu.

“Tak ada sebarang konfrontasi… Saya cakap secara umumlah, minta maaf kepada mak dan bapak (Datin Patimah Ismail dan Datuk Yusof Haslam) dulu,” katanya.

Aaron pada masa sama menjelaskan situasi yang berlaku bukan gimik bagi mencetuskan viral.

“Ramai orang kata ini semua marketing. Tak ada. Saya jenis tak ada marketing buat buat cerita bodoh. Saya jenis senyap, tapi orang sudah buka mulut jadi saya terpaksa buat perkara sama,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Aaron kini sedang menjalani penggambaran filem berjudul Syerif yang diarahkan oleh adik Syamsul, Syafiq Yusof.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH