Uncategorized

“Kalau Nak Menggatal, Dah Lama Saya Boleh…” – Amelina Jawab Isu Dikata Bercinta Pelakon 15 Tahun Lebih Muda

Share

Baru-barui ini, kecoh bila timbul gosip yang mendakwa, penyanyi dangdut Amelina yang dikatakan sedang ‘main-main cinta’ dengan dengan pelakon, Hafiz Bahari.

Semuanya bermula gara-gara penyanyi yang popular menerusi lagu Asyik itu memuat naik sekeping foto bersama bintang muda berkenaan dengan kapsyen yang membayangkan mereka sedang menjalinkan hubungan mesra.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 43 tahun itu nyata terkejut dengan gosip berkenaan, memandangkan fokus dan komitmennya kini hanyalah pada seni.

“Tidak saya nafikan, saya terkejut apabila wujudnya isu berkenaan, lebih-lebih lagi bila ada yang kata kami bercinta. Kami pun baru berkawan dan saling mengenali ketika menjayakan persembahan di Kuala Kangsar, Perak awal Mei lalu. Memang tiada apa-apa hubungan melibatkan perasaan sebab saya ni memang jenis yang mudah mesra dengan semua orang, termasuk Hafiz. 

 

“Mungkin bila bergambar mesra dengan kapsyen sedemikian membuatkan ada beri andaian kami ni sedang bercinta. Tak ada pun. Memang saya cakap, doakan yang baik-baik. Maksudnya di situ, kita doakan yang baik-baik mengenai apa sahaja yang dirasakan positif,” katanya kepada MH.

Dalam ramai yang bertanya, ada juga komen yang seakan mengecam tindakan penyanyi berkenaan yang dilihat seolah-olah gatal dan tidak sedar diri, mahu bercinta dengan lelaki yang 15 tahun lebih muda daripadanya.

Mengulas mengenai perkara itu, Amelina menganggap mulut orang tidak boleh ditutup dan sebagai manusia biasa, dia turut tidak boleh memuaskan hati semua pihak.

“Saya tidak boleh nak puaskan hati semua orang. Kadang yang baik pun akan ada netizen yang kecam. Jadi tidak mengapalah asalkan saya tahu apa yang dilakukan tidak keterlaluan, saya okay saja.

 

“Nak kata saya gatal? Kalau nak menggatal, dah lama saya boleh boleh menggatal. Hakikatnya, kami hanyalah kawan biasa,” akuinya yang sudah lebih empat tahun bergelar ibu tunggal.

Terdahulu, Amelina pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan seorang lelaki berpangkat Datuk, namun dinafikan Amelina.

Dalam perkembangan lain, Amelina sedang merancang untuk melancarkan album mini solo tidak lama lagi dan baru sahaja dilantik sebagai duta perfume IR Signature by Rohaizat, yang diilhamkan sendiri oleh Amelina iaitu The Scent of Queen.

Foto: Instagram Amelina dan MH

Published by
Rafiq Mazlan