Pelakon, Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia sememangnya amat memahami keperitan hidup yang terpaksa ditempuh oleh pempengaruh, Rossa Sera meskipun baru pertama kali berjumpa disebuah acara baru-baru ini.
Menurut Puteri Sarah, saat memandang wajah Rossa, dia dapat merasakan betapa hancurnya hati wanita tersebut apabila diduga dengan ujian rumahtangga.
“Pertama kali bertemu dengan Rossa Sera. Selama ini saya hanya baca kisahnya di media sosial sahaja. Bila berjumpa secara empat mata, saya dapat nampak betapa rapuhnya dia dan dia dalam keresahan.
“Kesian dia. Kita sendiri tahu bila hati kita hancur, perasaannya sama seperti sesat di dalam hutan. Tiada arah yang ingin dituju. Saya sangat memahaminya,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusuf itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberikan kata-kata semangat buat Rossa atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshafera untuk terus bangkit walau sesukar mana pun ujian yang melanda hidupnya itu.
“Hidup ini akan sedaya upaya cuba menjatuhkan kita. Tiada sesiapapun yang melindungi kita daripada realiti.
“Kadang-kala hati yang berkecai ini akan sedarkan kita untuk bangkit agar kita dapat melihat betapa berharganya hidup ini daripada kehidupan sebelumnya,” ujarnya lagi.
Malah, Puteri Sarah turut sempat berseloroh menawarkan isteri kepada pelawak, Shuk Sahar itu untuk menggunakan khidmat peguamnya jika perlu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh membaca perkongsian tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Rossa dan Puteri Sarah.
“Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan keduanya. Love you Puteri Sarah dan Rossa.
“Senjata paling kuat dalam diam adalah doa pada Allah dan terus tersenyum. Sakit di hati biar Allah yang urus.
“Kuatnya seseorang wanita itu.
“Semoga terus kuat. Allah sedang persiapkan yang terbaik untuk kalian berdua.
“Kedua-duanya wanita hebat,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sera Puteri Sarah dikatakan diduga ujian yang hampir sama apabila rumah tangga mereka didakwa telah diganggu oleh orang ketiga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana & Rossa Sera