Pelakon, Siti Elizad semalam berkongsi pengalaman ‘hiba’ yang membuatkan dia hilang selera makan.
Kisahnya, pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu sedang mengambil makanan sebelum ditegur seseorang yang membuatkan dia tidak lalu makan.
“Ambil portion byk ni sbb niat nak share berdua . Tibe2 di tegur ‘ BANYAKNYEEE AMIK! Cukup ke utk org lain nak makan?!
“Langsung letak pinggan & berlalu pergi . Just nak share , kalau korang nampak org nak makan , JANGANLAH DITEGUR SEBEGITU RUPA.
“P/s : Isu makan rasanya semua org pun akan terasa hati jika ditegur seperti itu . Please learn how to respect people feeling , tambah2 soal M.A.K.A.N.
“#MohonTerasa #SebabSayaBukanJenisBerkiraBabMakan #RezekiAllahItuLuas #NakBalik Terima Kasih . Titik,” luahnya di Instagram.
Susulan itu, di ruangan komen kelihatan ada netizen yang turut bersetuju dengan kenyataan Elizad itu.
Pada MH, lain orang mungkin lain caranya, ada yang menganggap itu sekadar gurauan namun ada yang akan terasa dengan soalan begitu.
Apa-apapun, MH harap perkongsian Elizad ini akan menjadi pengajaran buat yang lain. Ada orang sensitif bab makan tau!
Foto/Instagram: Siti Elizad