Uncategorized

‘Kalau Orang Lain Punya Jangan Usik Eh’- Shila Amzah Kongsi Detik Perkenalan

Share

Kepada mereka yang sedang dilamun cinta tentu ingat detik perkenalan dengan orang tersayang kan? Kadang-kadang pertemuan itu tidak dijangka pun.

Dan kadang-kadang jodoh kita tu dah ada depan mata dah pun, cuma kita sahaja yang sibuk nak jaga jodoh orang lain kan?

Semalam, penyanyi, Shila Amzah ada berkongsi ‘perbualannya’ dengan tunangnya, Haris Idraki Elias satu ketika dahulu di laman Twitter miliknya.

“OMG! That was 8 years ago. How everything started way back then @hariselias,” tulisnya.

Siapa sangka rupanya sudah lama mereka berkawan. Dalam perkongsian itu juga, Shila menggalakkan agar mereka yang menyimpan perasaan pada seseorang supaya tidak putus asa.

“Siapa yang ada ‘crush’ tu kalau dia masih belum berpunya, boleh lah meneruskan hajat. Tapi kalau orang lain punya jangan usik eh,” tulisnya lagi.

Ouch! Sedas Shila bagi, MH faham sekarang ni pun kan macam-macam kes berlaku jadi mungkin niat Shila tu nak menegur…

Dalam pada itu, penyanyi berusia 28 tahun itu turut berkongsi debaran apabila bakal bergelar isteri dalam masa sebulan lagi.

“Saya sering menonton program ‘Say Yes To The Dress’ selama setahun kini dan tak sangka hari bersejarah itu akan tiba dalam masa kurang sebulan.

“Rasa emosi sangat, saya akan kembali sebentar lagi,” tulisnya

Wow! MH harap Shila tak stress sangat berkaitan dengan persiapan hari bahagianya itu. Kesihatan kena jaga juga tau. Apa-apapun, ‘all the best’!

Sumber: Twitter Shila Amzah

Published by
Khaleeda Rashikin