Memuat naik beberapa keping foto yang menunjukkan komen netizen menyebut namanya beserta seorang gadis comel, Datuk Seri Aliff Syukri mempersoal apa yang perlu dibantu terhadap individu tersebut.
Malah, penyanyi Abang Nak Tegur turut bertanya mengapa ramai yang ‘tag’ namanya.
“Apa kena mengena dgn abg?? Kenapa terlalu ramai masyarakat Malaysia tag nama abang utk tolong budak comel ni..nama dia siapa?
“Siapa tau budak comel ni dari mana.. dia nak apa dari abg?? adalah abg patut tolongggg?? komen di bawah dan slide pic ni utk tngok,” tulisnya.
Namun di sebalik keprihatinan penyanyi dan ushawan berjaya ini, ada netizen yang menyelar tindakan Aliff yang disifatkan tiada adab dalam penggunaan bahasa.
Pada masa sama, ada yang meminta Aliff supaya membantu permasalahan yang dihadapi individu berkenaan.
Terdahulu, Aliff dan isteri, Datin Seri Nur Shahida cukup sinonim mengenai keprihatinan mereka dalam membantu insan memerlukan.
Malah, pengambilan pekerja kurang upaya (pekak dan bisu) baru-baru ini turut menerima reaksi positif ramai.
Foto : Instagram DS Aliff Syukri