
Penyanyi dan pelakon vateran, Kazar ada memuat naik gambar terbarunya di laman Instagram.
Gambar tersebut memaparkan Kazar sedang menunjukkan motosikal barunya yang telah diubah suai.
Kazar turut bertanya kepada peminatnya, adakah motornya itu mampu untuk menarik perhatian pelajar-pelajar universti seperti UiTM mahupun KDU.
“Kalau pakai moto ni buleh dak ngorat awek uitm or kdu or sek men keb gombak setia,” tulisnya
Entri lucu tersebut telah menerima hampir 17,000 tanda suka setakat ini dan turut dihujani komen netizen yang terhibur dengan kapsyen Kazar itu.
Dalam pada itu, mereka turut memuji motosikal baru Kazar yang bertemakan Gucci itu.
Wah, cantik betul motosikal baru Kazar ni! Agak-agaknya, ada tak adik-adik UiTM atau KDU yang minat dengan motosikal Bro Kazar ni ye?
Foto: Instagram Kazar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Genap 3 Tahun, Yana Samsudin Titip Ucapan Birthday, Tapi Tiada Sambutan Atau Kek Hanya Doa Anak Jadi Orang Soleh

Menginjak pada usia tiga tahun, Yana Samsudin mengimbau detik kelahiran Aisy Mateen yang disifatkan sebagai hadiah di dalam kotak.
Kongsinya di Instagram, dia dan suami tidak tahu apa yang harus ditebak saat menunggu keluarnya si kecil daripada rahim.
“Anak ku @aisymateen, hari ini genap 3 tahun usia anakanda…
“Mommy masih ingat lagi 3 tahun lepas masa ni kami menunggu kelahiran kamu. Masa tu juga macam macam perasaan mommy kalau lahir macam mana kehidupan kamu nanti.
“Mateen umpama hadiah yang masih dalam kotak. Mommy tak tahu apakah dalamnya dan tak sabar nak membukanya.
“Macam-macam terbayang dalam fikiran. Mampukah kami menjaga sebaiknya, ikut masa makan kamu, jaga sakit kamu, sediakan susu, bangun pagi jam berapa, tidur jam berapa, macam mana nak ajar kamu bercakap dan apakah perangai sebenar kamu.
“Sampai nama pun kami tak boleh nak decide lagi. kami panggil
Mateen “Ahmad” sahaja dari dalam perut,” kongsinya.
Malah tambah pengacara ini, kehadiran anak lelaki itu membuatkan kedua-duanya cukup teruja melalui kehidupan dari hari ke hari.
“Rupanya hadiah dari Allah ni sangat unik dan sangat berharga! Antara Hadiah mommy yang Paling best selepas Daddy @fadzilzahari!
“Amanah Allah ni juga sangat comel untuk di bentuk. Semakin hari semakin teruja mommy nak besarkan Mateen… tak sabar nak tunggu hari esok, aktiviti apa yang kita akan buat bersama sama.
“Setiap hari adalah proses pembelajaran kita bersama sama, sampai mommy kadang kadang terlupa Mateen belum berusia 3 tahun lagi. Hari ini tak sangka Mateen dah boleh jadi teman duet mommy berkaraoke,” tulisnya.
Meskipun tiada sambutan istimewa atau kek, namun doa seorang ibu sudah cukup menyempurnakan hidup si anak.
“Takda kek, hanya lah doa dari mommy… semoga AisyMateen menjadi anak yang soleh.
“Sentiasa doakan mommy dan daddy & kirimkan Al Fatihah bila kami dah tiada nanti, jadi seorang pemimpin yang beriman dan seorang pemuda yang tinggi akhlak dan adabnya. Semoga berjasa kepada negara dan agama. Amin amin ya rabbal alamin. #HappyBirthdayAisyMateen #MateenDanMommy.
“Terima kasih kerana mengaminkan doa saya saya doakan semoga kalian mempunyai anak yang sangat sayang dan doakan anda selalu.
“Ok lah, mommy belanja video aisy mateen tunjuk bakat sikit dan kalau nak video penuh boleh ke youtube. Link ada kat bio atas,” kongsi Yana panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on
Selamat hari lahir Mateen. Semoga membesar menjadi anak yang soleh.
Foto : Instagram Yana Samsudin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Stylist Saya Tahu Yang Saya Nampak Macam Cicak,” – Komen Tyra Banks Apabila Penampilannya Ketika Mengacara Menjadi Bualan Warganet

Sebagai seorang selebriti pasti banyak mata yang memandang terutamanya penampilan mereka. Tidak kira siapa, pasti tidak akan terlepas dari menjadi bualan warganet apabila busana yang digayakan nampak lucu. Terbaharu, penampilan supermodel terkenal, Tyra Banks menjadi satu bualan hangat.
Mana tidaknya, dia yang merupakan hos kepada rancangan Dancing with The Stars tampil unik dan ektsravaganza dalam balutan gaun dengan perincian seperti kipas besar dibahagian hadapan kiri dan kanan. Lantas ramai warganet mula menyamakan gayanya seperti cicak yang beracun dan juga dianor dari filem Jurrasic Park.

Gaun yang digayakan Tyra Bank itu merupakan hasil rekaan Julian mendez Couture dan penata gaya yang bertanggungjawab mencipta penampilan pengasas America’s Next Top Model ini adalah Natalia Barzilai dan Eric Archibald. Gaun rona merah hati itu ternyata menjadi satu penegasan fesyen yang berjaya.
Walaupun diperlekehkan dan menjadi bahan ketawa warganet. Tyra Banks mempertahankan tindakan penata gayanya dan dia sendiri mengakui yang mereka sudah tahu dari awal yang di kelihatan seperti cicak.
Ujarnya, “Ketika mula-mula menyarung busana tersebut saya meraskan yang saya kelihatan seperti burung merah, namun mereka mula tergelak. Sehinggala baju ini menjadi bualan ramai di internet kemudian mereka mengakui yang dari awal mereka merasakan yang saya kelihatan sepertci cicak.”
Walaupun begitu, selebriti popular ini tidak kisah dengan kecaman tersebut dan memiliki pendapat yang berbeza apabila bergaya. “Bagi saya berbeza adalah sesuatu yang baik. Saya tiada masa untuk menyarungkan baju yang kelihatan normal sahaja. Sebab tiada siapa yang akan bercakap tentang baju yang cantik. Kadangkala kita perlu mencabar diri dan berani,” kongsinya tentang pemilihan busana.

Selain itu, selebriti yang juga merupakan usahawan, penerbit ini menyatakan yang perincian di busana tersebut mengingatkannya kepada sayap yang dipakai ketika pertunjukan fesyen Victoria Secret yang pernah dilakukannya.
Sumber: people.com, Instagram Tyra Banks
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sibuk Jalani 2 Penggambaran, Arrora Salwa Belum Fikir Tinggalkan Kerja Pramugari

Penyanyi, Arrora Salwa teruja apabila berpeluang berlakon di bawah dua syarikat produksi besar iaitu Skop Production dan Zeel Production selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza 11 (GV11).
Menurut Arrora, kemunculannya di GV11 telah membuka mata banyak pihak seterusnya memberi peluang buat dirinya untuk mencuba bidang lain.
“Sejak dahulu lagi, saya memang sudah mula berlakon. Cuma platform dahulu tidak sebesar sekarang. GV11 ini yang membuka pandangan semua orang bahawa Arrora Salwa ini masih wujud.
“Saya teruja bila dapat bekerja bersama dua syarikat produksi besar. Saya tertarik dengan komen penerbit, Hj Zeel, dia kata dahulu saya tak lawa. Sebab itu dia tak nak ambil saya berlakon.
“Saya akui perkara itu. Dahulu saya kerap menangis tepi katil. Kini, mungkin wajah saya ada sedikit kelebihan dan peningkatan,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Ahmad itu berkata sedemikian ketika ditemui di Malam Gala dan Sesi Bertemu Peminat Gegar Vaganza (GV), baru-baru ini.
Bidang Lakonan Lebih Seronok Dari Nyanyian
Malah, Arrora turut menyifatkan bidang lakonan ini lebih menyeronokkan berbanding nyanyian.
“Pengalaman berlakon ini sangat menyeronokkan dan istimewa buat saya. Saya akui diri ini memang tak boleh menyanyi tapi saya suka bercakap.
“Seronok bila boleh menjadi orang lain ketika berlakon. Jadi, saya tak rasa penat itu. Saya enjoy setiap momen ini. Berbeza pula dengan bidang nyanyian. Saya tahu kekurangan saya.
“Kalau menyanyi lagu yang sesuai dengan kita, itu saya okay. Bila bawa tugasan mencabar, konsep pertandingan dan ada juri, itu akan buat saya tertekan,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia akan meninggalkan kerjaya sebagai pramugari bagi memberikan sepenuh tumpuan dalam bidang seni, Arrora memaklumkan dia tidak boleh membuat keputusan terburu-buru.
“Selepas tamat sahaja GV11, saya belum ada waktu rehat lagi. Saya masih ada jadual penggambaran dan saya sudah kembali bertugas sebagai pramugari.
“Buat sementara waktu ini, saya akan teruskan dengan kerja hakiki saya. Selepas ini, mungkin saya akan lihat semula sejauh mana jaminan kerja di dalam bidang seni ini.
“Jika segalanya terjamin dan memberangsangkan untuk dua tahun ke depan ini, mungkin saya akan pertimbangkan pekerjaan saya yang sekarang,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI