Gara-gara penat dicemuhan segelintir pihak, pelakon jelita, Sophia AlBarakbah mendedahkan pernah terdetik untuk tidak mahu lagi bergandingan dengan pelakon lelaki berstatus suami orang di dalam projek drama atau filem.
Bagaimanapun, Sophia tetap akur perkara tersebut sememangnya diluar kawalannya.
“Ada satu ketika, saya pernah bagitahu kepada pengurus, kalau ada tawaran berlakon, sebolehnya saya tidak mahu bergandingan dengan pelakon lelaki berstatus suami orang.
“Namun, saya tahu industri ini bukan kita yang tentukan. Segalanya bergantung kepada produser dan jalan cerita. Saya tak boleh memilih.
“Walaupun saya tidak berbuat apa-apa, orang tetap akan mengata. Lama-kelamaan saya rasa penat. Jadi, kalau boleh saya nak elakkan. Saya tak suka orang bercakap buruk mengenai diri saya,” katanya kepada MH.
Sophia berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis sidang media filem Harimau Malaya: The Untold Stories yang berlangsung di Hotel Sheraton pada Selasa.
Ads
Jelas pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu lagi, dia juga hairan mengapa pelakon wanita lain tidak mendapat perhatian yang sama ketika berlakon dengan pelakon lelaki berstatus suami orang.
“Ada kalanya saya sendiri tak faham dengan nasib saya. Saya ada ramai rakan pelakon wanita yang kena buat promosi drama dengan pelakon lelaki yang berstatus suami orang.
“Namun, tiada pula orang nak mengata. Malah, siapa ada yang puji lagi pasal gandingan mereka dalam drama.
Ads
“Tapi bila giliran saya, orang mengata. Mungkin ini nasib saya,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Sophia memaklumkan dirinya kini sedang membiasakan diri dengan asam garam industri seni tanah air.
“Saya hanya perlu membiasakan diri kerana saya berada di dalam industri yang tak boleh lari daripada kontroversi. Sama ada kita buat atau tidak, kita tetap kena laluinya.
Ads
“Sejujurnya memang mental saya agak tertanggu tapi saya kena kuat. Saya tak boleh biarkan perkara remeh menjejaskan kerjaya saya.
“Saya kenal diri saya, orang yang kenal saya, tahu saya macam mana. Lagipun, orang yang bercakap tu, mereka tak kenal saya pun. Tanggunglah dosa bila mengata fasal saya,” akhirinya.
Terdahulu, Sophia bakal berlakon di dalam filem terbaharu, Harimau Malaya: The Untold Stories arahan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki.
Sophia dikhabarkan bakal membawa watak sebagai teman wanita kepada pemain bola sepak negara.
Selain Sophia, filem ini turut dibintangi barisan pelakon seperi Syafiq Kyle, Tony Eusoff, Namron dan Kavin Jay.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penjagaan tubuh badan adalah terpulang kepada usaha masing-masing untuk mengekalkan atau mencapai satu bentuk badan yang ideal. Ianya berpandu pada niat serta tekad seseorang itu.
Kelihatan semakin kurus dan ramping, ibu kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita kelihatan cantik di laman Instagram. Ada juga yang risau jika dia jatuh sakit.
Kesihatan Kena ‘Maintain‘ Meski Usia Dah Lanjut
Bagi pengikut Rozita Ibrahim atau lebih gemar dikenali sebagai Bonda Rozita akan sering melihat posting di laman Instagram miliknya itu penuh dengan motivasi serta semangat seorang usahawan. Tambahan, ada juga telatah yang sering menjadi kegemaran orang ramai.
Terdahulu, ibu kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, tampak ramping dan kurus. Namun, setiap apa yang di kongsikan itu adalah satu bentuk motivasi yang ingin dia tujukan buat semua pengikutnya.
Bonda Rozita juga pernah memuatnaik satu posting pada 8 Julai yang mengatakan dirinya masih boleh menggayakan baju raya 20 tahun yang lepas. Dia juga menjelaskan usia bukanlah cabaran bagi seseorang itu untuk menjaga kesihatan badan dan kecantikan.
“Baju raya 20 tahun lepas , tempoh usia kita makin berkurangan…kesihatan & kecantikan semakin merudum – bonda kongsi sikit tentang kesihatan saya 2 years dulu …
“Parents saya berpenyakit keturunan iaitu jantung, kolestrol susah kawal dietlah macam mana pun…Akhirnya bonda ada fatty liver – saya pernah jalan bertongkat selama 4 bulan! Semakin drop kesihatan saya,
“Saya kaji kesihatan saya dengan ramai doktor pakar tulang, jantung…hampir setahun cari solusi kesihatan saya,
“Akhirnya saya kenal punca disease saya itu dari pemakanan dan saya tak bersenam dan kurang cahaya matahari…” ulasnya di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, team MH mendapati ramai dikalangan pengikut Bonda Rozita menzahirkan rasa khuatir dan risau akan perubahan mendadak yang dialami oleh ibu kepada pengasas D’herbs, Datuk Aliff Syukri yang popular dengan gelaran ‘Abang Kosmetik’ itu.
Malah, tidak kurang juga yang menitipkan doa agar bonda Rozita dapat mengekalkan kesihatan dan menurunkan berat badan dengan cara yang lebih selamat.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Selebriti popular, Noor Neelofa memohon doa yang baik-baik selepas memaklum dia kini sedang menantikan detik melahirkan anak sulungnya pada bila-bila masa.
Neelofa, 33, pada masa sama akui rasa gementar menantikan detik kelahiran bayi pertama selain bakal berkongsi berita gembira buat semua.
“Satu pengalaman yang berbeza. Insya-Allah untuk kelahiran nanti saya akan kongsi dengan semua, dalam masa terdekat. Orang kata menghitung hari. Dekat dah dan bila-bila masa saja.
“Tidak saya nafikan untuk melalui proses ini memang gementar. Dari segi persiapan kena belajar banyak perkara. Banyak baca buku, bertanya pada orang. Barangan ‘baby’ alhamdulillah dah siap,” katanya.
Neelofa ditemui pada Majlis Pelancaran Perisa Baharu Susu Nilofa di Bayswater, KLCC, sebentar tadi.
Dalam masa sama, Neelofa juga berharap diberikan rezeki untuk bersalin secara normal.
“Insya-Allah kalau diberikan rezeki memang nak bersalin normal.
“Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan diberikan pada saya selama ini. Tidak kira dalam kerjaya atau perniagaan tanpa jemu. Terima kasih mendoakan saya dan suami.
“Terima kasih juga yang mendoakan kelahiran saya. Minta doakan semoga segalanya dipermudahkan,” katanya.
Neelofa dan suami, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hampir 10 tahun berehat, pengarah dan pelakon Pierre Andre tidak cemburu dengan kejayaan yang telah diraih oleh dua rakan pengarah lain, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof yang kini ‘mendonia’ dalam industri perfileman tanah air semasa.