Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman tampil memberikan penjelasan berhubung videonya yang dilihat seperti melakukan sujud syukur selepas papan iklan billboard produknya, Mikaseries dipasang di lebuh raya, baru-baru ini.
Penjelasan tersebut dibuatnya selepas video yang dikongsikan di Instagram miliknya itu mendapat reaksi pelbagai seterusnya mengundang kecaman warga maya.
Memetik Harian Metro, Zoey berkata dia merujuk kepada jenama lokal baharu yang berada di pasaran.
“Ramai yang sudah salah faham. Apa yang ingin saya sampaikan adalah kebanyakan billboard membabitkan produk lokal adalah jenama yang sudah lama dan dikenali ramai. Tapi, untuk jenama baharu macam saya, memang jarang sekali ada.
Ads
“Disebabkan itu saya berkongsi di media sosial. Saya mahu ia menjadi inspirasi kepada ahli perniagaan baharu atau mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Supaya selepas ini ada banyak lagi produk lokal yang boleh berjaya.
“Kalau saya boleh dapat dan berjaya mencapai apa yang diusahakan selama ini, kenapa tidak orang lain? Ini yang saya mahu ajak kepada semua.
“Daripada kita asyik mencari salah orang dan mengata yang bukan-bukan, apa kata untuk kali ini kita buka mata dan melihat dari sudut positif,” katanya seperti yang dipetik.
Zoey pada masa sama berpendapat, tidak ada apa yang salah di atas perbuatannya itu.
Ads
“Kalau pemain bola boleh sujud syukur di padang, kenapa saya tidak boleh? Lagi pula, apa dibuat itu sebagai tanda saya mensyukuri nikmat dan rezeki pemberian Allah SWT.
“Saya percaya setiap ahli perniagaan bercita-cita untuk memiliki billboard sendiri. Malah, tentu sahaja mereka bangga jika ia dapat dilaksanakan. Begitu juga saya.
“Tidak ada istilah nak riak atau menunjuk. Nanti kalau saya tak kongsi, orang akan tanya pula kenapa tak buat macam orang lain. Apabila kongsi, kena kutuk pula. Apa pun, saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.
Ads
“Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan kata-kata semangat buat saya dan menyokong produk saya. Kepada yang mengata itu, tidak mengapa, saya maafkan anda. Saya okay saja,” katanya.
Terdahulu, Zoey terharu dalam syukur apabila dua buah billboard yang memaparkan jenamanya berjaya menembusi dan dinaikkan di Lebuh raya Federal.
Video tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 75,000 kali.
Sumber, Foto: Harian Metro, Instagram Zoey Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pentas akhir All Star Gegar Vaganza dibuka dengan persembahan daripada Juara Gegar Vaganza musim ke-6, Hady Mirza.
Menerusi persembahan tugasan pertama ini, Hady menyanyikan lagu Making Love Out Of Nothing At All nyanyian asal Air Suply.
Sejurus persembahan, Datuk Ramli MS tidak memberikan komen mengenai sisi teknikal nyanyian, sebaliknya meminta Hady supaya terus persembahan terbaik untuk baki dua tugasan lagi.
“Saya tak mahu komen soal teknikal. Awak ada dua lagu lagi. Jadi, full throttle untuk dua lagu lagi Itu saja yang boleh saya cakap,” komen Ramli MS.
Terdahulu, Hadi bakal membawakan dua buah lagu lagi iaitu Ikhlas Tapi Jauh dan Sorry, Sorry.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini telah berlangsung pertandingan Miss Grand Malaysia 2024 yang menghimpunkan 12 finalis dalam merebut kejuaraan bagi mewakili negara ke pentas antarabangsa.
Ternyata tuah berpihak kepada gadis tinggi lampai, Melisha Lin yang menampilkan prestasi memberangsangkan sepanjang pertandingan diadakan.
Merupakan anak kacukan Cina-India, Melisha berjaya memenangi gelaran utama sekaligus membawa pulang sebentuk mahkota, selempang dan wang tunai bernilai RM12’000.
Selain itu, atas prestasi yang cemerlang, Melisha turut menggondol tujuh anugerah sampingan lain seperti Miss Eloquence, Miss Niang Jia, Miss Puravida, People’s Choice, Key Ng’s Preferred Choice, Miss OlyLife dan King King Ambassador.
Dalam satu hantaran di Instagramnya, Melisha meluahkan rasa syukur kerana di beri kepercayaan untuk menggalas gelaran sebagai Miss Grand Malaysia 2024.
“Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bersyukurnya dan gembiranya saya apabila dinobatkan sebagai Miss Grand Malaysia 2024! Perjalanan ini adalah bukti indah tentang kekuatan ketekunan, semangat dan percaya pada diri sendiri.
“Saya tidak akan berada di sini tanpa kasih sayang dan sokongan yang tidak pernah pudar daripada keluarga, rakan-rakan, dan setiap seorang daripada anda yang percaya pada saya,” ujarnya.
Merupakan graduan dalam jurusan pemasaran, Melisha aktif sebagai hos kepada pelbagai acara berprestij. Selain itu dia juga mula berjinak dalam dunia lakonan menerusi filem pertamanya, Oppa, yang disiarkan pertengahan tahun ini.
Bukanlah asing dalam dunia ratu cantik, wanita berusia 26 tahun ini pernah bergelar Miss Supranational Malaysia 2022 dan meraih kedudukan top 24 di pertandingan peringkat antarabangsa yang berlangsung di Poland.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sembilan tahun melayari bahtera bersama suami tercinta, Mohammad Zulfadhli dan pada tanggal 27 Februari akan datang merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta selebriti...