Pelakon Sharifah Sakinah mengakui dia memahami dan memilih untuk tidak mengambi pusing soal kritikan netizen setiap kali timbul sesuatu yang mencetuskan tular.
Menurut Sakinah, 33, atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, semenjak disahkan menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan berjumpa dengan beberapa pakar terapi, dia mulai belajar untuk mengendalikan kehidupan dengan lebih baik.
“Setiap orang ada perspektif masing-masing. Saya tak salahkan mereka (netizen) kalau mereka tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan.
“Macam isu samakan tandas dengan syurga baru-baru ini, saya tidak maksudkan syurga akhirat, saya tahu syurga itu tempat suci tetapi lebih kepada bahasa orang dalam industri hiburan.
“Bila isu ini jadi perdebatan, saya pilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu apa sahaja kenyataan saya disalah ertikan.
“Kalau saya pilih untuk bergaduh, masalah tidak akan selesai. Sebab itulah baik dari sudut kehidupan atau kerja, saya pilih untuk menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.
“Kemudian kita layan semua orang sama rata. Dalam bekerja pun, saya tidak suka ada jurang antara saya dan pelakon baru.
Ads
“Saya mahu semua orang selesa dalam bekerja dan tidak ada drama yang berbangkit,” katanya kepada MH.
Adik kepada penyampai radio, Sharifah Shahirah ini berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran filem Jemputan Ke Neraka di Pulau Carey, Klang baru-baru ini.
Berkongsi mengenai perkahwinan keduanya, Sakinah berkata, dia dan suami, Michael Hansen, 43, ketika ini melalui perhubungan jarak jauh.
Ads
Jelas Sakinah meski ia bukan mudah, namun mereka membuat pengorbanan itu demi anak masing-masing yang masih memerlukan perhatian.
“Suami ada dua anak di Sweden dan saya juga ada anak di Kuala Lumpur. Jadi agak sukar untuk saya bawa anak ke sana kerana dia masih ada bapa di sinidan dia satu-satunya anak bekas suami saya.
“Jadi kami buat keputusan untuk melalui perhubungan jarak jauh. Syukur, setakat ini semuanya berjalan dengan baik.
“InsyaAllah hujung Jun nanti saya akan pulang ke Sweden untuk berehat dan bersama suami di sana selama dua bulan,” katanya.
Berita baik buat para peminat genre dangdut, penganjur Konsert Millenia Live In Kuala Lumpur bakal menampilkan bintan rock, Thomas Arya khusus bagi menggamatkan lagi acara yang bakal berlangsung pada 25 November 2023 depan.
Seperti yang dijanjikan, konsert yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam itu akan memberikan kelainan dan yang pastinya memberi kepuasan maksimum kepada para penonton.
Penganjur yang juga Pengarah Urusan Mission Sight Sdn Bhd, Jeffri Yaacob berkata, penampilan Thomas Arya bakal mengimbangi Konsert Millenia yang dibarisi ratu-ratu dangdut dari Malaysia dan Indonesia.
“Thomas Arya sangat dikenali dengan genre slow rock tetapi dia diterbangkan khas untuk konsert dangdut. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya kaitan slow rock dengan irama dangdut.
“Di situlah kelainan yang kami mahu tampilkan. Thomas Arya ‘King Of Slow Rock’, walaupun fortenya adalah muzik rock, namun keistimewaan beliau adalah cara nyanyian yang mempunyai cengkok dangdut. Beliau memiliki gaya berbeza, lain daripada yang lain,” katanya.
Menurut Jeffri lagi, kehadiran Thomas Arya pastinya akan menghangatkan lagi persembahan Amelina, Ani Maiyuni, Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek-klepek dan Rheyna Morena selain dijangka bakal mendendangkan empat lagu hits.
Thomas Arya ialah figura seni asal Padang, Indonesia, merupakan legenda Rock Indonesia yang mendapat Gelaran ‘King Of Slow Rock’ yang pernah popular dengan lagu Bunga dan Syahara.
Selain itu, kelainan lain yang bakal ditampilkan menerusi konsert ini nanti ialah, kehadiran dua DJ Dugem iaitu DJ ACE JB Style dan DJ Bob Arjuna dari Singapura turut diundang.
Mereka akan memainkan lagu-lagu irama dangdut dugem seperti yang menjadi kegilaan peminat muda di sosial media.
Tiket mengikut zon kini boleh didapati di laman sesawang ticket2u yang menawarkan harga terkini bermula dari RM240 (VIP Koplo), RM134 (Asyik), RM89 (Rindu) hingga ke zon berdiri yang hanya RM50.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemilik gerai atau restoran dibenarkan menerima pelangganuntuk makan dalam premis dengan jumlah maksimum dua orang pada setiap meja mulai hari ini.
Lalu, orang ramai berasa gembira dan menarik nafas lega dengan pengumuman itu terutamanya kepada golongan peniaga restoran.
Pelakon jelita Nur Risteena Munim misalnya turut berasa teruja dan gembira dengan pengumuman tersebut.
Pada masa yang sama, pelakon berusia 31 tahun itu menasihati agar orang ramai sentiasa mematuhi SOP seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
“Yeay! Esok dah boleh makan dekat restaurants. Macam2 dah craving ni. Korang nak pergi makan apa dlu esok? Heheh!
Tapi SOP tetap kena jaga okey guys!,” tulisnya.
Dalam pada itu, bintang filem Girlfriend Kontrak ini ingin memberi bantuan kepada orang ramai untuk memulakan perniagaan tanpa modal bersamanya.
“Sebelum tu jom join Ris buat bisnes TANPA MODAL. Ris tengah kumpul team untuk berjaya sama-sama.
“Korang nak tak buat bisnes, tapi tak perlu keluar modal? Jangan lupa follow @irisbeauty_hq,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Risteena
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin memohon maaf buat semua sebelum berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah, awal semalam.
Perkara tersebut disampaikan bintang senior ini menerusi Instagram, yang turut merakamkan entri salah seorang anak istimewanya, Muhammad Raizal Azrai (Azal) yang membacakan doa serta ucapan maaf sebelum berangkat.
Selain Azal, turut sama menyertai rombongan ke tanah suci ialah madunya, Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd Noor serta ibu Zarina.
“Assalamualaikum. Saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki diatas segala dosa dan kesilapan saya sama ada dari segi percakapan atau perbuatan.
“Saya bersama madu saya Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd Noor ,ibu saya Zahura binti Abdul Mutalib dan anak saya, Muhammad Raizal Azrai bin Abu Raihan akan ke Mekah menunaikan umrah bersama saudara jemaah yang lain ,doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik dan mendapat umrah yang mabrur,” tulisnya.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat termasuk rakan selebriti mendoakan yang terbaik dan semoga semuanya dipermudahkan sepanjang berada di sana.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Fizie Roslan, meluahkan rasa terharu melihat pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang bertungkus lumus memadam kebakaran hutan di...