Sejak kebelangan ini, hangat diperkatakan mengenai isu segelintir pihak yang dikatakan telah menerima vaksin ‘angin’ atau kosong di kalangan warganet.
Malah, beberapa klip video juga dilaporkan turut tular mengenai hal berkaitan.
Isu berkenaan nyata menarik perhatian ramai pihak termasuklah pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril.
Jelas Dr. Say, isu seperti ini sebenarnya bukanlah baru dan ia berkemungkinan berlaku disebab oleh ‘human error’.
“Baru-baru ni kecoh kisah-kisah mereka yang terima vaksin “angin”. Actually tak baru pun, rasanya dari dulu tular video-video yang kena cucuk tapi syringe-nya tiada isi, kena cucuk tapi tak ditekan langsung syringe-nya dan pelbagai lagilah.
“To be honest bila saya dan wife tengok video-video sebegitu pun kami tertanya-tanya “apa rationale diorang buat macam tu?”. Saya faham frontliners ramai yang burnt out sekarang ni. Baru habis syif di hospital, mereka ke Pusat Pemberian Vaksin pula,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Tanya Doktor itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagi mengelakkan masalah tersebut terus berlaku, Dr. Say turut menasihatkan kepada semua pihak untuk lebih teliti sewaktu menerima vaksin.
“Jadi sebagai rakyat jelata, anda ada hak untuk take part in this. Apa yg anda boleh buat bila masuk cubicle nak menerima vaksin tu, cakap kepada pemberi vaksin, boleh tak saya nak tengok syringe vaksin tu dan lepas dicucuk minta nak tengok sekali lagi syringe tu.
“Masa saya dan bini dapat vaksin kami aritu, pemberi vaksin siap sedut vaksin depan muka kami, bagitau berapa ml vaksin akan dicucuk dan selepas cucuk dia tunjuk syringe kosong tu kat kami.
“Rezeki kami dapat pemberi vaksin telus sebegitu,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Dr Say turut berharap agar isu ini dapat diteliti sebaiknya agar tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
“Sekali lagi, “human errors” are bound to happen in chaotic situation like now, but we should play our part in this too. Kalau PPV tu tak bagi buat rakaman, ambil inisiatif untuk request pemberi vaksin tunjuk semua di depan mata anda.
“Saya berharap tiada kuncu-kunci anti-vaxxx Mosus di PPV ni lah, mane lah tau kan? Lindungi Diri, Lindungi Semua. Ada sesiapa ada experience vaksin angin ni? Share sikit peeps,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Dr. Say